Bab 16

148 17 0
                                    

"Assalamualaikum"ujar Alif.Sekarang dia berada di hadapan rumah Naflah.

"Waalaikumussalam.Kejap yer"ujar seseorang.

"Anak ni siapa ya?"soal Mak Siah.

"Saya Alif"

"Ouh Alif.Baru mak cik teringat.Kejap ehh,mak cik panggil Naflah"

"Baik"ujar Alif penuh hormat.

"Uishh,hensem budak ni.Sesuai dengan anak aku"ujar Mak Siah di dalam hati.Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Naflah!Ni Alif dah datang!"jerit Mak Siah memanggil Naflah.

"Eh,mak dia datang dah ka?"soal Naflah gelabah.

"Ya la.Yang kamu ni nampak gelabah semacam kenapa?"pelik lah tadi bukan main nampak seronok ni tiba-tiba gelabah biawak.

"Mak nampak ayah tak?"

"Dia keluar kejap tadi.Tak tahulah pulak bila dia nak balik"

"Ouh,ok.Tak pa la mak.Ira keluar dulu.Assalamualaikum"ujar Naflah lalu menyalam tangan emaknya.

"Waalaikumussalam.Jaga diri tu baik-baik"pesan Mak Siah kepada Naflah.

"Ok"Naflah kemudiannya menyarungkan kasut kemudian pergi ke arah Alif.Dibukanya pintu pagar dan terus menaiki kereta Alif.

"Takut ayah dia tahu la tu.Padahal si ayah tu tak sabar nak jumpa bakal menantu dia ni.Ira....Ira"ujar Mak Siah lalu tergelak kecil.

Patutlah tanya si ayah dekat mana.Al maklumlah pegawai polis kan.Tegas dia tu lain macam.

************************************

"Awak...awak nak tak jumpa nenek dan parents saya?"soal Alif kepada Naflah.

Alang-alang keluarganya ingin datang ke kampung minggu hadapan, untuk menjenguk dirinya dan neneknya dia ingin memperkenalkan Naflah kepada ahli keluarganya.

"Ermmm,saya takutlah"ujar Naflah jujur.

Walaupun sudah sebulan mereka bersama,jujur dia katakan dia selesa dengan layanan Alif kepadanya.

Tetapi dia agak sedikit takut jikalau keluarga Alif tidak dapat menerimanya.

"Alah jangan risau.Keluarga saya mesti suka dengan awak"ujar Alif sedangkan dia tahu bahawa neneknya tidak akan bersetuju dengan hubungan mereka.

Flashback

"Alif,nenek nak kamu tinggalkan perempuan tu"

"Dia tak layak dan tak sesuai dengan kamu"ujar nenek.

"Kenapa pulak nenek ni?Ni mesti sebab Sarah kan?"bukan dia tak tahu kalau Sarah tidak sukakan Naflah.

Dia dapat mengagak riak wajah Sarah apabila bertemu dengan Naflah pada hari mereka berkelah.

Dari cara percakapan,layan Sarah kepada Naflah tampak seperti acuh tak acuh.

"Sarah ada tunjuk gambar perempuan tu dekat nenek.Gemuk sangat dengan kamu yang kurus ni"ujar nenek.

"Nek,Alif minta nenek hormat keputusan Alif.Perempuan tu nama dia Naflah"

"Nenek tak patut kutuk fizikal orang.Pada Alif dia sempurna.Alif masuk bilik dulu la nek.Assalamualaikum"ujar Alif lalu memasuki biliknya.

Jikalau dia masih tunggu di situ dia takut jikalau dia akan tertinggi suara dengan neneknya.

"Allahuakbar.Kau kuatkanlah hati aku.Kau kuatkanlah hati bakal isteriku"

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now