Bab 10

218 18 1
                                    

Nasrul dan Nazrin sudah pulang ke rumah masing-masing.

Naflah mulai sibuk dengan kerjanya.Macam biasalah kan dekat sekolah.

"Assalamualaikum,Cik.G"

"Waalaikumussalam.Semua boleh duduk"murid tersebut terus duduk setelah mendapat arahan daripada Naflah.

"Harini semua hadir ka?"

"Ya Cik.G"

"Bagus.Harini Cik.G akan bagi kertas yang Cik.G dah fotostate untuk latihan"

"Iman boleh ambil kertas dekat Cik.G dan edarkan dekat kawan"anak muridnya terus bangun dan pergi ke arah Naflah.

Diambilnya kertas lalu diberi kepada rakan sekelasnya.

"Boleh mula sekarang.Kalau dah siap boleh beritahu dan kita akan bincangkan jawapan"

"Okey!"ujar kelas 3 Indah serentak.

Naflah terus duduk di tempatnya.Matanya memandang suasana kelas yang sunyi itu kerana murid-murid sedang sibuk menyelesaikan tugasan yang diberinya.

"Keputusan apa ehh yang aku nak bagitahu dia?"soal Naflah di dalam hati.

"Kalau aku tolak menyesal seumur hidup sebab aku rasa aku dah mula sukakan dia"

"Hurmm,complicated betul hidup kau Naflah"

"Cik.G"panggil salah seorang muridnya membuatkan dia kembali ke dunia nyata.

"Ya.Kenapa?"

"Bolehkah saya pergi ke tandas?"

"Boleh"ujar Naflah.Murid itu terus berjalan keluar.

Waktu persekolahan akhirnya tamat.Harini dia diambil oleh Nazrah akibat Nazrah ingin meminjam keretanya kerana ada beberapa perkara yang perlu diuruskan oleh Nazrah.

"Haihhh,si Nazrah ni.Selalu sangat datang lambat"Naflah terus duduk di perhentian bas di hadapan sekolahnya.

Naflah terus membuka telefon bimbitnya sementara menunggu.Dan terlihat ada sesuatu nombor yang tidak dikenali menelefonnya.

"Nombor siapa pulak ni?"Naflah terus menekan nombor tersebut.

Telefon dibawa ke arah telinga.

"Assalamualaikum"ujar Naflah.

Tiada sesiapa yang membalas salamnya.

"Hello,ni siapa?"soal Naflah.

Masih juga tiada sesiapa yang menjawab soalannya.

Ketika Naflah ingin meletakkan panggilan tersebut ada satu suara lelaki bercakap.

"Naflah.....ni saya sayang"

"Eh,ni siapa ni? Bersayang-sayang dengan aku pulak"

"Suara macam kenal"soal Naflah di dalam hati.

"Sorry,saya tak kenal awak"ujar Naflah.

"Ini Syakir"ujar lelaki tersebut membuatkan Naflah terus menghentikan panggilan.

Naflah terdiam buat seketika.

"Kenapa dia call aku?Apa dia ingat aku boleh lupa apa yang dia buat dulu.Eiii boleh pergi mampus"ujar Naflah di dalam hati lalu menggenggam penumbuknya.Air mata mula mengalir.

"Akak....Akak"panggil seseorang.

"Akak!"Naflah tersedar dari lamunannya.

"Kau ni dah kenapa kak? Termenung lepastu dengan mata berair"soal Nazrah.Beberapa kali jugak la panggil tapi tak bersahut.Tu yang dia keluar panggil akak dia.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now