Bab 24

162 16 0
                                    

"Assalamualaikum,Alif"ujar Naflah perlahan.Sebak mula bertandang.

Wajah Alif yang pucat itu direnung.Tiada lagi senyuman yang menghiasai wajah lelaki itu.

"Saya datang ni nak jenguk awak.Awak bangun yer"

"Saya tak suka tengok awak terbaring macam ni.Sekarang saya tak dapat dengar awak ketawa,usik saya.Saya rindu semua tu.Saya rindu nak dengar suara awak"

"Alif,jujur saya datang sini.....saya nak minta maaf.Kalau saya pergi jauh dari sini,saya harap awak faham.Bukan semua orang suka dengan saya"

"Saya jujur.Saya mula sukakan awak.Layanan awak buat saya rasa dihargai.Tapi saya rasa pergi jauh dari awak adalah yang terbaik"

"Saya tahu dalam situasi sekarang saya nampak ego dan nampak saya pentingkan diri tapi ini semua demi kebaikan awak Alif"

"Saya rasa awak dilanggar punca daripada saya.Saya takut Alif.Nampak sangat yang saya ni bawa masalah dekat semua orang.Tambahan awak"

"Tak pernah ada perkara yang baik berlaku dalam hidup saya termasuk saya yang bakal tinggalkan awak.Sumpah saya cakap saya tak sanggup.Saya akui awak dah mula jadi orang yang penting dalam hati saya"

"Selepas ni....dah tak ada orang yang sanggup dengar luahan hati saya.Dengar masalah saya seperti awak"air mata Naflah mula mengalir.

"Maafkan saya Alif.Maafkan saya"Naflah mula teresak.

Sekarang suasana bilik itu bertukar hiba.Hanya kedengaran suara tangisan yang memenuhi ruangan itu.

"Insyaallah,jika ada kesempatan dan ada jodoh kita berdua,saya takkan tolak.Saya pergi dulu.Assalamualaikum"ujar Naflah.Kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu.

Tidak lagi dia akan memandang ke belakang semula.Keputusannya sudah muktamad.Dia tidak akan mengambil risiko yang akan membuatnya dan Alif akan terpisah untuk selamanya.

"Papa.Naflah minta diri dulu"

"Naflah taknak tunggu mama dengan adik Naflah?"soal papa.

"Diorang pergi mana?"baru sekarang Naflah sedar jika tiada susuk Nazrah dan mama.

"Mama dan Nazrah turun ke kantin sekejap.Naflah duduk la sekejap sementara tunggu diorang"

"Bb...aiklah"ujar Naflah lalu bergerak duduk berseorangan satu kerusi dari nenek.

Nenek dan Sarah memandang tajam ke arah Naflah.Namun apa yang Naflah lakukan hanyalah membiarkan dia makhluk tersebut memandangnya dan dia pula hanya menundukkan pandangan ke arah lantai.

"Kau masih tak serik perempuan.Tapi kenapa aku tengok dia biasa ja"

"Takkan benda tu tipu.Tapi ramai yang kata santau bomoh tu berhasil"ujar Sarah di dalam hati.

Cuma wajah Naflah sedikit kelihatan pucat dan tidak seperti orang yang terkena santau.

"Sarah.Jom ikut nenek.Kita pergi dari sini"

"Rasa panas pulak"ujar nenek sambil mengibas wajahnya.

"Ok nenek"Sarah terus bangun mengikuti langkah nenek pergi dari situ.

Setelah kelibat kedua-dua orang itu...

"Papa minta maaf dekat Naflah atas kelakuan mak mertua papa dekat kamu"

"Eh,tak apa.Naflah okay.Tak apa Naflah faham"

"Tapi bila tengok nenek buat macam tu dekat kamu buatkan papa dan mama rasa bersalah"

I Love You Cik.G©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora