Bab 23

154 18 0
                                    

"Arghhh!"mendengar sahaja jeritan dari sang isteri Syakir terus berlari mendapatkannya.

"Sayang"Syakir terus memeluk Dhia yang sudah terjaga dari lenanya.

"Ab...bang.Tolong Dhia.Dhia takut"Dhia terus menangis di bahu Syakir.

"Kenapa ni?Dhia ada mimpi buruk?"soal Syakir.

Alhamdulillah semenjak dua hari Dhia keluar dari hospital,Dhia mula menerima Syakir semula.Akan tetapi rahsia yang disimpannya masih belum diberitahu.

"Dhia takut abang.Dhia takut"

"Jangan takut sayang.Abang akan sentiasa dekat sisi sayang.Abang takkan pergi mana-mana"

"Abang"panggil Dhia kepada Syakir.Pandangan Syakir terus memandang wajah isterinya yang sembap itu.

"Ya,sayang.Sayang nak apa?"

"Boleh tak abang bawak sayang jumpa seseorang?"

"Sayang nak jumpa siapa?"

"Naflah"detak jantung Syakir terhenti.Kenapa?Kenapa isterinya mahu berjumpa dengan Naflah?

Melihat Syakir yang diam itu membuatkan Dhia menundukkan wajahnya.

"Dhia nak minta maaf dekat dia"

"Dhia nak minta maaf sebab pernah ambil abang dari dia.Dhia yang jahat"

"Allahuakbar.Dhia tak salah tapi abang"

"Allah dah tentukan yang Dhia akan menjadi isteri abang dan bukannya Naflah"

"Maafkan abang.Khilaf abang sebab abang terlalu ikutkan perasaan.Abang buat macam-macam dekat sayang sampai sayang masuk hospital"

"Kita sama-sama salah.Kita jumpa Naflah ya"

"Boleh.Demi tunaikan permintaan isteri abang"Syakir tersenyum memandang Dhia.

"Terima kasih,abang"Dhia terus memeluk Syakir sekali lagi.

"Sama-sama"

"Maaf atas apa yang Dhia lakukan, abang.Dhia nak jumpa dengan teman lelaki Naflah.Dhia nak minta ampun.Dhia langgar dia.Dhia terlalu ikutkan perasaan.Dhia hantar ugutan dekat Naflah"

"Dhia dah banyak buat salah.Dhia sepatutnya tak buat macam tu"ujar Dhia dalam hati.

************************************

"Mak,boleh tak Ira nak jumpa dengan Alif?"ujar Naflah perlahan.

Badannya masih lemah akibat daripada benda yang berada di dalam badannya.Dan tidak semua sudah dikeluarkan.Semua itu memerlukan masa.

Dia sudah meminta pihak sekolah agar diberikan cuti selama 2 bulan bagi memastikan dirinya sudah sihat seperti sedia kala.Mungkin dalam waktu terdekat dia ingin menukar sekolah.

"Mak tak benarkan.Kamu tu kena sihir dengan sepupu dia.Kamu ingat mak nak biar"ujar Mak Siah.

"Mak...Ira mintak sekejap ja.Ira nak jumpa dia buat kali terakhir.Ira janji Ira takkan jumpa dia lagi"

"Boleh kan mak?"pinta Naflah.

"Ira.Mak tak nak tengok anak mak macam dulu.Seorang yang penyendiri.Mak tahu anak mak sedih,tapi keadaan tak mengizinkan"

Sungguh luluh hatinya melihat Naflah yang mengurungkan dirinya di dalam bilik selepas hari perkahwinan antara anaknya dan Syakir terbatal.

Dia tidak mahu melihat perkara yang sama berulang lagi.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now