Bab 18

150 18 1
                                    

"Mama,Naflah balik dulu yer"ujar Naflah.Tangannya menyalam mama Alif.

"Tak dapat la mama nak jumpa dengan Naflah lagi.Mama nak kena balik KL esok"

"Cepat-cepat tau kahwin dengan anak mama ni.Mama harap dapat berita baik la ehhh"

"Insyaallah.Kalau ada jodoh"ujar Naflah sambil mengusap perlahan tangan mama Alif.

"Eh, mesti ada jodoh dengan Alif.Mama ni ada firasat yang baik tau"ujar mama membuatkan kesemua orang yang berada di situ tersenyum kecuali nenek dan Sarah.

"Jom Naflah.Malam dah ni"ujar Alif.

"Naflah balik dulu.Assalamualaikum"Naflah terus menyalam tangan nenek.

"Waalaikumussalam"ujar nenek kasar.Naflah terus mengikut Alif masuk ke dalam keretanya.

"Aku takkan sesekali benarkan kau kahwin dengan cucu aku.Kau tak layak untuk cucu aku kecuali Sarah"ujar nenek di dalam hati.

Hatinya mendongkol kegeraman apabila melihat anaknya dan cucunya melayan Naflah dengan baik.

Kakinya dengan pantas melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Sarah.

"Nenek okay ker?"soal Sarah.Dia tergelak di dalam hati apabila melihat riak wajah nenek sebegitu.

Nampaknya rancangannya selepas ini akan lebih mudah.

"Nenek tak suka dekat perempuan tu.Badan dia besar tak macam Sarah yang kurus tambahan cantik pulak tu"

"Abang Alif tu doktor.Sepatutnya dia cari isteri yang cantik dan sihat"

"Bukan macam perempuan tu yang gemuk.Entah-entah ada macam-macam penyakit dalam badan di tu"ujar nenek.

"Ala nenek.Biarlah abang Alif tu nak kahwin dengan pilihan dia.Memang bukan jodoh Sarah dengan abang Alif"ujar Sarah.Wajahnya cuba dibuat-buat seperti dia sedih.

"Eh jangan cakap macam tu.Nenek yakin yang kamu ada jodoh dengan Alif.Tak apa nanti nenek pujuk dia ya?"

"Mak.Sudah-sudahlah dengan niat mak nak jodohkan Alif dengan Sarah"

"Biarlah Alif cari pasangan dia sendiri"

"Disebabkan saya paksa dia kahwin dia datang ke sini.Tapi bila tengok mak macam ni saya risau di akan pergi jauh dari kita"ujar mama.

"Mak fikirlah apa yang akan jadi kalau mak masih ikutkan hati mak"

Dulu memang dia memaksa Alif untuk berkahwin membuatkan Alif terus pulang ke kampung.Tetapi bila melihat Naflah sebentar tadi dia tahu bahawa anaknya ada hak untuk memilih pasangannya sendiri.Dia hanyalah seorang ibu yang sepatutnya menyokong apa sahaja keputusan anaknya.

"Kamu tu Azizah suka sangat nak bantah cakap mak.Mak cuma nak yang terbaik untuk cucu-cucu mak.Mak nak yang terbaik untuk Alif"

"Mak saya ni mama Alif.Saya pun nak yang terbaik untuk anak saya.Naflah tu saya nampak dia dah cukup sempurna.Cukup lengkap sifatnya.Lemah lembut,berbudi bahasa.Cuma mak ja yang tak nampak"

"Mak tetap tak suka budak tu.Mak tengok dia cuma nak ambil kesempatan dekat Alif.Mak tetap nak Sarah jadi isteri Alif"ujar nenek membuatkan Sarah tersenyum kelat.

Hati dia sakit.Tak sangka ibu saudaranya itu boleh menyebelahi si Naflah itu daripada dirinya sendiri.

"Azizah malas nak bertengkar dengan mak.Sarah pergi balik rumah.Dah malam"

"Tak elok anak dara balik malam macam ni.Tadi mak kamu dah telefon mak long suruh kamu balik"ujar mama lalu masuk ke dalam biliknya.

"Urmm,nenek Sarah balik dulu yer.Mak dah risau.Esok Sarah datang lagi.Assalamualaikum"Sarah dengan cepat menyalam tangan nenek dan pulang ke rumahnya.Dia perlu cepat.Misinya perlu dijalankan supaya Alif tidak akan dapat bersama dengan Naflah.

"Waalaikumussalam"balas nenek.

"Tak lama lagi hidup kau akan merana Naflah.Alif hanya untuk aku.Tiada sesiapa pun yang mampu miliki dia kecuali aku.Hahaha"ujar Sarah perlahan agar tidak didengari sesiapa.

Kakinya dengan laju berjalan ke arah rumah seseorang.

************************************

"Bahhh"sergah Hariz.

"Ish, kau ni terkejut aku"ujar Alif lalu menampar kasar bahu rakannya itu.

"Fuh.Sakit mat"

"Tau pun.Kalau aku mati kat sini macam mana?"

"Senanglah.Dah alang-alang kita duduk dekat klinik ni.Bawak gi hospital lepastu tanam"ujar Hariz selamba.

"Mulut tak ada tapis kau ni"Alif terus menarik telinga Hariz.

"Ehh.Pedih weyhhhh"ujar Hariz meringis kesakitan.Bukan main kuat pakcik ni tarik telinga dia.

"Main-main dengan aku.Cakap benda mengarut sekali lagi kau akan terjaga dalam gelap"ugut Alif.Orang tengah takda mood duk kacau.

"Sorry bro.Pahala tak kutip banyak lagi ni"

"Tau pun"ujar Alif lalu menyambung menghirup air teh yang dibelinya tadi.

"Kau kenapa?Aku tengok macam orang period ja? Kau ada masalah ka?"

"Huh"Alif mengeluh.Hatinya sekarang berasa gundah.Memikirkan perkara semalam.

"Kau cerita la.Aku boleh dengar.Mungkin aku boleh bagi pendapat aku kan?"ujar Hariz.Kalau dibiar masalah kawan dia tu risau gila ja.

"Aku ada masalah dengan keluarga aku.Dan aku tak tahu nak buat keputusan apa?"

"Hurmm,kelmarin kau bawa Naflah ke rumah keluarga kau kan?"

"Yapp.Dan nenek aku tak suka dekat Naflah.Sarah yang hasut nenek supaya tak terima Naflah"

"Hurmm,sulit betul masalah kau ni.Tapi kan mama dengan papa kau okay tak?"

"Mama,papa dengan adik-adik aku okay jer dengan Naflah.Mama aku tu siap bagi nombor dia dekat Naflah"

"Tapi tu lah.Satu ja masalah aku sekarang....nenek"

"Tapi kalau kahwin ni perlukan restu mak dengan ayah ja kan?"

"Masalah Hariz oiii aku tu dari kecil aku duduk dengan nenek aku.Dah besar sikit baru aku duduk KL"

"Nenek tu darah daging aku"

"Jadi kau pilih Naflah atau nenek kau?"soal Hariz membuatkan Alif terdiam.

Pertama dia sayangkan neneknya tetapi pada masa yang sama dia cintakan Naflah.

"Huh.Yang tu la aku fikir sekarang.Aku tak tahu nak buat keputusan apa"

"Alif aku nak pesan satu.Tak salah kalau kau nak ikut cakap nenek kau tapi sekali sekala tanya hati kau tu.Ada kau tanya hati kau siapa yang nak jaga dia?"

"Aku tak mahu hati nenek terluka dan juga Naflah.Aa...aku dah janji tak nak lukakan hati Naflah"Alif menyerabutkan rambutnya.

"Aku rasa kau kena solat istikharah.Cari apa petunjuk yang kau patut dapat.Tu ja yang aku boleh cakap"

"Aku tak pandai sangat nak nasihatkan kau.Cuma aku nak yang terbaik untuk kau"

"Dah la ehh.Aku gi dulu.Nanti pergi la basuh muka.Aku risau patient tengok muka kau dia terus lari.Gua cau dulu"Hariz menepuk perlahan bahu Alif lalu meninggalkan Alif sendirian yang masih dalam dilemanya.

"Kenapa lah aku perlu lalui semua ni?"Alif bangun dari tempat duduknya.Di ingin mengambil beberapa barangan yang tertinggal di dalam kereta.Kakinya terus melintas jalan.Harini keretanya diparkir jauh kerana ramai pesakit yang datang di awal pagi.

Dari jauh ada seseorang yang sedang memerhati.

"Kau akan merana Naflah.Kau dah serabutkan hidup aku jadi aku akan buat apa yang aku rasa jadi dekat kau"

"Aku nak hidup kau sengsara"

I Love You Cik.G©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora