Bab 20

185 18 1
                                    

"Mak nak tanya sikit.Macam tadi ka layanan nenek Alif dekat kamu? Marah-marah masa kamu pergi rumah dia haritu?"

"Mana adalah mak.Ira rasa perasaan dia tak stabil tu.Kan Alif tu excident"

"Mak tak percaya dekat kamu"ujar Mak Siah.

"Tak apa lah mak.Nenek tu baik ja"

"Haihhh.Mak tak tahu dah nak cakap apa dengan kamu.Tapi sebelum balik kita pergi check dulu keadaan kamu"

"Urmm mak kita balik jerlah"

"Pasal nenek Alif,mak boleh bertolak ansur lagi tapi kalau dah campur pasal kesihatan ni mak tak boleh nak tengok ja"ujar Mak Siah.

Bukan boleh dibiar anaknya ini.Bila dah bagi betis nak paha.Sekejap lagi bukan paha yang dapat siku makannya.

"Adik jangan ikut sangat kakak kamu tu.Ingat mak tak tahu kamu tu cepat sangat kesian tengok kakak kamu macam ni"

"Heheheh.Baik mak"mereka bertiga terus keluar dari lif.

Nazrah terus menolak kerusi roda Naflah mengikut emaknya.

"Nurse,saya nak bawa anak saya jumpa dengan doktor"

"Baik.Boleh bagi kad pengenalan anak puan?"pinta nurse tersebut.

"Boleh.Sekejap yer"

"Adik ambik kad pengenalan kakak dalam beg dia"ujar Mak Siah.

"Ok"ujar Nazrah.Dibukanya beg tangan akaknya lalu mengambil kad pengenalan dalam dompet Naflah.

Naflah sekarang hanya mampu berserah.Dia tahu emaknya itu risau dengan keadaannya sekarang.

Yang pastinya sekarang fikirannya ialah Alif.Dia hanya mampu mengeluh di dalam hati.Dia ingin melihat Alif,ingin tahu keadaan Alif tapi apakan daya dia hanya mampu menahan di dalam hati niatnya itu.

Bukan mahu mengalah cuma menghormati keputusan nenek Alif.Dia cuma pendatang dalam hidup Alif.Dia tahu nenek Alif tidak sukakannya dan dia juga tahu bahawa neneknya akan menjodohkan Alif dengan Sarah.

Bagaimana dia tahu...

Sedang Naflah membasuh pinggan di singki rumah nenek,

"Sarah jangan risau ya.Nenek akan satukan Sarah dengan Alif bukannya dengan perempuan tu"ujar nenek lalu menjeling ke arah Naflah.

"Ermmm,tak apa lah nenek.Sarah rasa akak Naflah sesuai dengan Alif"mendengar sahaja intonasi dari Sarah membuatkan hari Naflah bagai disiat-siat.

Tidak sangka selama ini Sarah menyukai Alif.Adakah dia seorang penghancur kebahagiaan orang?Tapi kenapa Alif tidak memberitahunya soal Sarah.

"Akak..."

"Akak!"Nazrah menepuk lengan Naflah dengan sedikit kuat.

"Ish sakitlah"adu Naflah sambil mengusap lengannya.

"Kau termenung apa lagi akak oii?Sampai bila doktor yang dekat depan ni kau nak tenung?"ujar Naflah lalu memandang ke arah hadapan.

Tidak sangka lamunannya akan sebegitu.

"Urmm,maafkan saya"ujar Naflah kepada doktor wanita di hadapannya.

"Tak apa.Biasalah orang sakit ni banyak mengelamun sikit.Dengan badan yang rasa lemah"ujar doktor tersebut beserta senyuman di wajahnya.

"Bukan mengelamun sebab sakit duk fikir boyfriend dia yang sekarang tengah terlantar accident"ujar Mak Siah.

"Ish mak ni"ujar Naflah.Mak Siah ni bukan boleh dibuat main.Kalau boleh satu dunia dia nak cerita kata anak dia yang tak laku ni dah ada boyfriend.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now