Bab 28

176 18 2
                                    

"Naflah...awak betul-betul tinggalkan saya"ujar Alif lalu melihat kotak yang diberikan oleh Nazrah sebentar tadi.

Pagi tadi, dia diberitahu oleh mamanya bahawa Nazrah datang.Dan senyum di wajahnya mula melebar.Mungkin Naflah juga datang.

Tapi sayang hanya Nazrah dan juga teman lelakinya yang datang.

Dia juga mendapat kejutan dengan kotak yang berisi hadiah yang pernah diberinya kepada Naflah.

"Kenapa awak pergi tanpa terangkan apa-apapun dekat saya?"

"Allahuakbar,apa dugaan yang aku terima sekarang?"

"Kenapa aku rasa ada benda yang diorang simpan?Ada benda yang aku masih lagi tak tahu"buat seketika Alif terdiam.

Kelakuan mama dan juga Nazrah juga amat lain bila dia bertanya soal Naflah.Mama berkata Naflah mengalami batuk dan tidak dapat menjenguknya, manakala Nazrah pula berkata Naflah perlu menyambung pelajaran.Apa sebenarnya yang mereka sorokkan darinya?

"Tak.Aku tak boleh berdiam diri.Aku perlukan jawapan atas apa yang berlaku.Kenapa Naflah perlu pergi dan tinggalkan aku?"

"Sedangkan hubungan kami baik-baik sahaja sebelum aku kemalangan"

"Mungkin aku boleh tanya dengan mama.Aku perlu dengar penjelasan tentang apa yang berlaku sepanjang aku koma"

************************************

"Sarah!"

"Mak dan ayah nak tanya apa semua ni?"soal Cik Nah.

Terkejut dengan benda yang dijumpainya di dalam bilik Sarah.Pagi tadi dia ternampak bilik Sarah tidak ditutup.

Dan sudah lama dia tidak melihat bilik anak perempuannya itu kerana Sarah sering mengunci pintu biliknya.Memang dia agak hairan kerana Sarah bukan sebegitu.

Dengan perasaan ingin tahu dia terus masuk dan dilihat bilik Sarah kelihatan berselerak.

"Haih,kenapa berselerak sangat bilik ni?"ujar Cik Nah lalu mengutip baju-baju yang bertaburan di lantai.

Dan sedang dia ralit mengutip baju,dia ternampak satu bekas yang berada di meja Sarah.

Tanpa berlengah,Cik Nah terus membuka bekas itu.

"Allahuakbar"kotak itu terlepas dari tangannya.

Alangkah terkejutnya ada patung yang mempunyai paku dan patung itu juga terlihat menyeramkan.Dan juga terdapat kain kuning yang mempunyai tompokan darah.

"Apa Sarah buat ni?Ya Allah"dengan tangan yang ketar Cik Nah mengutip dan menyimpan di dalam bekas itu semula.Air matanya mula mengalir.

Apa yang dilakukan anaknya?Kenapa ada barang sebegitu boleh ada dalam biliknya?

Jadi sekarang dia ingin bertanya apa yang sudah Sarah lakukan.Langkahnya kaki Sarah masuk ke dalam rumah dia terus menarik tangan anaknya itu supaya duduk berhadapannya dan suami.

"Mak tanya Sarah?Apa yang Sarah dah buat?!"

Sarah terkejut.Ini kali pertama dia melihat emaknya yang kelihatan marah.Teramat marah.

"Sarah tak buat apa pun"ujar Sarah.

"Kamu jangan bodohkan mak.Mak tahu apa yang kamu buat ni Sarah.Dan mak dah pernah bagitahu kamu semua ini syirik"

"Allahuakbar.Mana pergi iman kamu Sarah?"

"Mana kesedaran kamu saat ni?Kamu tahu ini semua dosa besar.Allahuakbar"Cik Nah terus mengusap dadanya perlahan.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now