Bab 22

191 19 0
                                    

"Assalamualaikum,Naflah"ujar mama.Beberapa kali dia cuba menelefon Naflah dan akhirnya berjawab.

"Waalaikumussalam.Ni siapa ya?"tanya seseorang membuatkan mama terkejut.Dia melihat paparan telefonnya.Disitu tertulis nama Naflah tetapi kenapa orang lain yang menjawab panggilannya.

"Saya mak Naflah"ujar Mak Siah lagi.Dia dapat mengagak bahawa wanita yang sekarangnya berada dalam talian hairan ketika dia jawab panggilan Naflah sebentar tadi.

"Ouh.Boleh saya bercakap dengan Naflah?"soal mama.

"Naflah sekarang tak sihat.Lagipun dia tengah tidur"

"Ada apa ya?"soal Mak Siah.

"Saya mama kepada Alif.Saya cuma nak berjumpa dengan Naflah.Tapi tak apalah.Biarlah dia berehat"

"Insyaallah.Sekejap lagi,Naflah bangun saya beritahu dia"

"Baiklah.Saya minta diri dulu.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"selepas mendengar balasan dari Mak Siah mama terus meletakkan panggilan.

"Macam mana?"soal papa.

"Naflah tak sihat.Tadi pun mak dia yang jawab panggilan saya.Haihh"keluh mama.

"Tak apalah.Yang penting sekarang kita tunggu Alif sedar"

"Ok"ujar mama.Sekarang dia merasa amat letih.Badannya terasa tidak bermaya.

Setelah suaminya menghantar anak-anaknya yang lain ke sekolah,emaknya menelefon memberitahu bahawa Alif kemalangan.

Hatinya berdegup kencang.Sememangnya pada pagi itu setiap perkara yang dia lakukan tidak seperti yang dirancang.

Macam-macam yang berlaku memikirkan hatinya yang tidak tenang.Sampai sahaja di hospital perlu melayan karenah emaknya.

Dia penat.Tapi seorang ibu inginkan kebahagiaan kepada anaknya.Dia sanggup berbuat apa-apa sahaja.Walaupun berkaitan nyawa.

Cuma satu sahaja harapannya iaitu Alif.Dia inginkan Alif seperti sediakala.

************************************

"Dhia,abang ada bawak kan makanan untuk Dhia"ujar Syakir lalu mengetuk pintu bilik mereka.

Sudah beberapa hari Dhia tidak keluar dari bilik.Cuma dia perasan kelmarin yang Dhia keluar.Tapi tidak tahu ke mana.

"Diam!Aku nak tidur"ujar Dhia keras.

"Dhia tak makan lagi dari pagi tadi.Kesian dekat baby tu sayang"

"Pergi!"Dhia menutup telinganya.Dia tidak mahu mendengar apa-apa yang keluar dari mulut Syakir.

"Maafkan abang,sayang.Abang tahu abang salah.Abang abaikan sayang"

"Tolong beri abang peluang"

"Tak.Kau tipu.Hati aku ni dah cukup sakit"ujar Dhia.

"Biarlah.Biar aku mati dengan anak ni.Biar aku tak jumpa dengan kau dah.Aku benci kau"ujar Dhia lagi.

"Ya Allah.Maafkan abang sayang"

"Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila"ujar Dhia kemudian perlahan badannya berbaring ke atas katil semula.

Syakir hanya mampu mengeluh.Sungguh dia tidak tahu apa yang terjadi dengan dirinya.Macam orang bodoh memperlakukan isterinya sebegitu.

Tambahan isterinya sedang mengandung itu membuatkan dirinya semakin merasa bersalah.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now