Bab 21

163 21 1
                                    

"Mak"panggil mama.Kakinya melangkah laju ke arah nenek yang sedang duduk di kerusi menunggu bersama Sarah.

Dibelakangnya ada suaminya dan tiga lagi orang anaknya.

"Macam mana Alif?"

"Dia tak sedarkan diri lagi.Badan dia cedera teruk"ujar nenek.

"Allahuakbar.Macam mana boleh jadi sampai macam ni?"soal papa Alif,Dato' Mohamad.

"Mak tak tahu.Polis yang ambil keterangan saksi tadi bagitahu mak yang Alif kena langgar lari.Tapi bila tengok balik macam diorang langgar Alif dengan sengaja"

Mama memandang sekeliling.Dan pelik Naflah tidak ada di situ sedangkan tadi adik Naflah memberitahu bahawa mereka akan berada di situ.

"Mak,Naflah datang tak lagi sini?"soal mama.

"Kamu tak payah tanya mak pasal budak tu.Meluat mak dengar nama dia"ujar nenek.

"Dia tu bakal isteri Alif mak"tidak fahamkah emaknya itu bahawa Alif menyukai Naflah.

"Mak tak suka dengan dia.Mak nak Alif kahwin dengan Sarah"ujar nenek membuatkan mana mengeluh.

"Saya tak nak anak saya sakit mak.Cukuplah saya pernah nak jodohkan dia dulu.Mak pernah terfikir yang dia cari mak dulu lepas apa saya buat dekat dia.Mak masih nak jodohkan dia dengan Sarah"

"Kamu Sarah.Mak long pernah beritahu supaya Sarah hormati keputusan Alif.Tapi sekarang apa Sarah?"

"Sarah suka dekat abang Alif,mak long.Sarah betul-betul cintakan abang Alif"ujar Sarah.

"Haihhh.Mak long faham perasaan kamu tapi apa yang kamu lakukan salah,Sarah"

"Kamu jangan nak salah kan Sarah.Mak yang nak satukan diorang.Mak tahu Sarah mampu bahagiakan Alif.Sarah jom balik"

"Tapi Sarah nak tunggu abang Alif"

"Kita balik dulu.Mandi bersihkan diri.Sekejap lagi kita datang semula"

"Hurmm.Baik"Sarah terus mengikuti nenek pergi dari situ meninggalkan mama dan yang lain.

"Sabar sayang"ujar papa menenangkan mama yang menunduk ke arah lantai.

"Mesti Naflah terasa dengan mak.Saya tahu Alif sekarang nak dengar suara Naflah"

"Abang faham.Tapi sekarang kita fikirkan cara untuk anak kita pulih dahulu"

"Insyaallah,dia boleh selesaikan masalah yang terjadi dekat mak dan juga Naflah"

"Saya kesian dengan apa yang berlaku pada Alif,bang"mama mula menangis.

"Abang faham.Sekejap lagi sayang call Naflah beritahu yang kita dah sampai di hospital"

"Mungkin Naflah boleh berjumpa dengan Alif"

"Saya malu dengan Naflah.Perangai mak dari dulu sampai sekarang masih tak berubah"

"Tak baik sayang cakap macam tu.Apa-apa pun sekarang doakan anak kita yang sedang berjuang dalam ICU tu"

"Doa seorang ibu amat diperlukan oleh Alif sekarang.Macam apa yang abang cakap tadi,hanya Alif mampu membuat mak terima Naflah"

"Dah tak mahu nangis.Sekejap lagi abang pergi jumpa doktor untuk tahu keadaan Alif sekarang"

"Terima kasih abang"

"Sama-sama"papa mengusap lembut bahu mama.Menenangkan isterinya yang masih sedih itu.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now