Bab 6

215 25 0
                                    

"Hari ni mak cik dekat kantin masak apa eh?"soal Naflah di dalam hati.

Kakinya melangkah laju ke arah kantin.Selepas ini dia tidak ada kelas yang perlu dia masuk tetapi hanya akan ada satu kelas sebelum waktu persekolahan tamat.

Belum sempat dia melangkah masuk ke ruangan guru di kantin,

"Cik.G!"terdengar satu jeritan yang memanggilnya.

"Cik.G!"dia terus memandang ke arah suara tersebut.

"Ouh Haikal kenapa?"soal Naflah.

"Ermmm,Nadir jatuh Cik.G, kepala dia berdarah"ujar Haikal membuatkan bulu romanya meremang.

"Allahuakbar.Bawa Cik.G pergi dekat dia"

"Sini"Haikal terus berlari diikuti Naflah.

Sedaya upaya Naflah cuba untuk kekal tenang dan berfikir rasional.Pertama kali dia menguruskan hal ini.

"Ni Cik.G"ujar Haikal sambil jarinya menunjukkan sekumpulan murid-murid.

"Cik.G!Cepat!"sahut murid-murid tersebut.

"Cik.G mintak semua berundur sedikit.Ouh ya Haikal.Sini sekejap"Haikal terus mendekati Naflah.

"Cik.G nak kamu pergi pejabat kemudian panggil ja sesiapa yang ada dekat situ untuk datang sini"

"Cepat"ujar Naflah membuatkan Haikal terus berlari dengan cepat.

"Siapa ada kain tuala kecil?Yang tak diguna lagi.Boleh Cik.G pinjam?"pinta Naflah.

"Jangan risau nanti Cik.G ganti balik"

"Saya ada"ujar salah seorang murid perempuan.

Dia terus menyerahkan kain tersebut.

"Terima kasih"ujar Naflah kemudian tangannya terus mengambil kain tersebut dan terus mengelap darah di dahi budak lelaki yang mengalir keluar.

Tangannya sedikit ketar,mungkin jarang melihat darah yang banyak itu.

Ketika Naflah sibuk membersihkan darah datang seorang guru lelaki.

"Eh,kenapa ni?"soalnya.

"Saya tak tahu.Tapi boleh tak saya nak  mintak tolong cikgu bawak dia ke kereta saya?"pinta Naflah.Takut jika dibiar dengan lebih lama murid tersebut mungkin akan pengsan.

"Boleh....boleh"guru lelaki tersebut menganggukkan kepalanya.Dia terus mengendong budak lelaki tersebut dan dibawa ke arah kereta Naflah.

Naflah membuka pintu keretanya kemudian guru lelaki tersebut meletakkan budak lelaki itu di tempat duduk belakang.

"Semua dah boleh masuk kelas yer.Loceng dah berbunyi"ujar guru lelaki tersebut.Murid-murid akhirnya bersurai.

Jika tidak masih ramai yang akan mengerumuni kereta Naflah pula.

Sedang Naflah menghidupkan enjin kereta,datanglah guru penolong kanan untuk menemaninya ke klinik berdekatan.

"Mari cepat kita ke klinik"ujar guru tersebut.Dia juga sedikit gelabah kerana ini kes pertama sejak dia mula bertugas di sini.

"Baiklah.Terima kasih cikgu Azman tolong saya"ujar Naflah sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Tak mengapa.Itu anak murid saya juga.Pergilah cepat takut luka lebih teruk"pesan guru tersebut.

"Baik"Naflah memasuki keretanya diikuti guru penolong kanan kemudian bertolak ke klinik.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"soal guru penolong kanan,Cikgu Mariam.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now