Bab 31

185 16 0
                                    

"Assalamualaikum, Naflah"

"Waalaikumussalam.Akak tunggu sekejap.Naflah dalam perjalanan ni"ujar Naflah.Dia dengan segera memasukkan dompet ke dalam beg tangannya.

"Sabar.Jangan kalut.Akak pun baru ja sampai"

"Tapi kak..."

"Naflah ambil masa dulu.Akak okay"

"Naflah kalau dah masuk mall tengok ja belah kiri.Akak tunggu dekat kerusi menunggu"

"Ok akak.Minta maaf eh"

"Don't worry"tanpa menunggu lama Fiza terus meletakkan panggilan.

"Kenapalah Naflah?Kau kalau tak menyusahkan orang tak boleh"Naflah terus keluar dan menutup pintu keretanya.

Kakinya terus melangkah masuk ke pusat beli belah tersebut.Seperti apa yang Fiza cakapkan dia memang tunggu di kerusi menunggu itu.

Naflah terus bergerak laju ke arah Fiza yang sedang melambaikan tangan ke arahnya.

"Naflah minta maaf sangat-sangat"ujar Naflah.

"Eh tak apalah.Tak lama pun.Dah jom kita gerak"

"Takut diorang tunggu kita"ujar Fiza mendapat anggukan dari Naflah.

Mereka berdua terus bergerak ke tingkat tiga pusat membeli belah itu.

Mata Naflah seakan akan memandang wajah yang amat dia kenali.Semakin dia dan Fiza mendekati kedua-dua orang lelaki tersebut Naflah semakin jelas dengan wajah tersebut.

Kaki Naflah seakan terhenti membuatkan Fiza yang menarik tangannya hairan.

"Naflah okay tak ni?"

"Naflah?"Fiza menggoyangkan tapak tangannya di hadapan wajah Naflah menyedarkan Naflah dari lamunan.

"Kenapa akak?"soal Naflah setelah tersedar dari lamunanya.

"La.Tanya akak pulak?Naflah okay tak ni? Tiba-tiba ja berhenti"

"Ermmm...Naflah sakit perut tiba-tiba pulak.Naflah nak ke tandas sekejap"ujar Naflah seraya mengangkat tangan ke perutnya.

"Lah.Nak ke tandas sampai mengelamun jauh.Dah pergi cepat.Meja dekat sana tu tunang akak dengan kawan dia.Akak tunggu dekat sana dengan diorang"

"Ok akak"ujar Naflah.Dia terus membalikkan badannya dan bergerak pergi dari situ.

"Kenapa?Kenapa perlu aku jumpa dia?"soal Naflah.Kalau boleh dia ingin menangis.Tapi apabila memikirkan keadaannya sekarang yang berada di pusat beli belah yang besar ini dengan orang yang memenuhi tempat itu,memang tidak sesuai.

Naflah terus masuk ke dalam tandas.Dia kemudiannya bersandar di pintu.Seakan tidak percaya di akan jumpa Alif semula.Tidak menyangka tunang Fiza merupakan rakan baik Alif.

"Aku kena balik.Aku tak boleh jumpa dia"Naflah keluar dari tandas tersebut lalu ke arah singki membasuh tangannya.

Keluar dari tandas tersebut dia terus menyelongkar beg tangannya.Mengeluarkan telefon untuk memberitahu Fiza yang dia tidak dapat menyertai mereka.

"Naflah"kedengaran seseorang memanggilnya membuatkan dia terus menghentikan langkahnya.Terdengar sahaja sudah dia tahu siapa.

Tanpa menoleh ke belakang Naflah berjalan tanpa menghiraukan panggilan jejaka tersebut.

"Naflah...please stop"

"Naflah please stop.I'm begging you"

"Please Naflah"sekali lagi tanpa menghiraukan panggilan tersebut Naflah terus berjalan dengan laju.

I Love You Cik.G©Where stories live. Discover now