𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟕

23.7K 1.4K 24
                                    

AKU hanya mendiamkan diri. Berpeluh dingin satu tubuh sampai aku meramas ramas semua jari jemari sesama sendiri. Takut. Bersalah. Sudah hampir sepuluh minit aku sebegini, tak berani keluarkan suara bila ada mata yang tenung bagai nak tembus. Muka orang itu pun jangan cakap lah. Siapa tengok pun akan seram sebab telinga dia sampai berubah warna. Garang. Silap hari bulan ada yang buta bila ter eye contact.

"Kenapa senyap— dah habis skrip?" Kalimat itu terdengar keras dipendengaranku. Pergh.. Lambat lambat aku mengangkat wajah. Memberanikan diri untuk membalas panahan bola mata light brown. Glup!

Kini tinggalkan aku dan Qaswar sahaja. Umi dan yang lain sudah berpamitan beberapa minit yang lalu. Plan awal— bila Umi Qaswar balik, aku pun nak ikut keluar untuk menyelamatkan diri. Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Tapi lain pula jadinya bila Qaswar cakap dia nak 'date' berdua dengan aku sahaja. Apalagi! bila dia berkata begitu naik riuh member dia menyakat kata dia dah mula nak bergayut dengan buah hati. Tapi dari sisi aku? Takut. Sejujurnya.. Nurynmarissa memang spesis tak makan saman— orangnya, macam tadi.. tiba tiba tidak terkawal jadi gila sebentar.

Anyone Helppp!

Masih memilih untuk diam. Mahu bersuara takut salah langkah, sekali silap kata boleh terancam nyawa aku.

Huhu ~

Qaswar berdengus garang. Bosan dengan kebisuan Marissa. "Takkan dah bisu, pula?" Sindirnya. Pelan.. tapi pedas dipendengaran Marissa.

Qaswar masih cuba menahan suara dari menengking Marissa. Dia masih waras— tahu mereka berada di tempat umum. Belum terfikir lagi nak buat kerja gila macam Marissa. Perempuan gila!

Marissa buat muka.

"Hish! itu pun nak marah. Kita nak number dia aje kan tak tahu la pulak ada pakej tadi. Tu lah sombong sangat haritu kan dah mendapat. Siapa suruh cari pasal dengan aku eiii aku kang! orang cakap orang suka dia pun tak faham faham langsung. Cuba lah bersyukur sikit ada orang cantik macam kita ni suka kat dia! ihh geram pulak dengan mata dia tu ha! kang ada yang aku cucuk kejap lagi" berkerut kerut mukanya menahan sebal. Tangan sudah menumbuk numbuk sesama sendiri.

Orang dihadapan aku jeling sekilas. Selamba saja dia melihat tanpa perasaan.

Qaswar tersengih sinis dengan omelan Marissa sampai berkerut kerut muka menahan amarah gamaknya. Tahu pulak nak membebel, yang aku jadi mangsa dia tak pikir pulak. Tak memasal orang ingat dia adalah girlfriend aku. Sikit baik lagi aku tak sound dia depan umi tadi.

"Puas membebel? Kalau boleh perlahan volume suara tu."

Kena perli lagi.

Terbungkam. Lah kuat sangat ke aku cakap tapi? ahh lantak dia lah. Wajah Qaswar aku pandang takut takut, aku tertunduk. Bawah bibir digigit perlahan.

"Maaf.." perlahan saja nada suara yang terpancul keluar.

Itu saja yang dapat aku katakan sekarang. Takut. Sangat takut. Betulah kata orang menyesal itu selalu berlaku diakhir kejadian. Terlajak garisan traffic light boleh undur, terlajak langgar lampu merah berserah kepada kepada takdir. Mungkin terlepas dari makian orang sekeliling, tapi tidak dari perhatian abang polis seluar hitam les putih. Huargh!

"Apa yang kau fikir sampai kau buat pengakuan palsu depan umi tadi?" Qaswar menyoal dingin. Terasa hembusan nafas sejuk darinya sampai ke lubuk hati.

Dingin.

Aku menghembuskan nafas perlahan.

"S.. saya tak sengaja, semua dari luar kawalan. Lagipun siapa suruh awak tinggalkan saya sendiri kat cafe haritu. Saya cuma terbalas dendam sikit..." diakhir ayat aku perlahankan sedikit. Takut takut kalau Qaswar dengar.

HELLO QASWARWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu