𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟗

31.6K 1.5K 196
                                    

"SUDAH sudah lah tu dengan tiktok tu, Nurynmarissa. Tadi mengadu pening kepala. Cuba rehat sikit." Tegur Qaswar tanpa menoleh.

Qaswar di sisi masih focus memandu. Aku tersenggih. Bosan sangat kalau tak buat apa apa, baik luang kan masa dengan mengikuti trend.

Namun, sebagai isteri yang mendengar kata, akur. Handphone aku simpan ke dalam dashboard, tak memasal makin banyak benda aku buat nanti. Haih.

Bosan.

Tubuh aku sandarkan pada seat. Cakap pasal pening, tangan mulai naik memegang pelipis semula. Lepas kena tegur, datang balik sakit tu. Jarang jarang aku mabuk perjalanan, kalau dulu memang selalu kena tapi bila dah selalu gerak sana sini dengan kereta sendiri dah hilang penyakit mabuk perjalanan tu. Hari ini muncul semula. Mengada sangat ya selepas jadi princess passenger Qasayang. Dah tahu dah ada orang nak sayang baru nak mengada. Semua nak mengada, lagi mengada bini dia. Kan?

"Aduh.. dia mai dah." Bisikku sendiri.

Kepala aku lentokkan ke tepi tingkap untuk menahan rasa. Sakit mencucuk - cucuk. Perut pula rasa berangin. Haih. Baru teringat yang aku makan sikit aje tadi. Mata aku pejam sesaat.

Pasti gastrik.

"Masih sakit?" soal Qaswar dengan nada risau.

Angguk.

Qaswar melihat cermin belakang sebelum memberhentikan kereta ditepi jalan. Handbag milikku di seat belakang dia capai. Aku dapat lihat dari hujung mata yang dia mengeluarkan minyak angin sebelum button seat ditekan. Perlahan lahan ia menurun.

"Toleh sini." arahnya mendatar.

Akur.

 Aku menoleh dengan mata terpejam.

Bau wangian dari Qaswar semakin menyengat. Dia mendekatkan jarak di antara kami.

Aku memilih untuk berdiam diri saja.

"Lepasni, sekali buat live joget kat seat biar sampai keluar otak tu." Sindir Qaswar tanpa riak.

Dalam keadaan mata terpejam menikmati urutan Qaswar, aku pasang muka cemberut. Tak baik tau marah orang sakit.

"Dah, sakit nak datang. Rissa boleh buat apa? selain dari tahan je." Dalihku.

Macam mak mak aje, sekali sakit nak tegur ini. Salahkan fon padahal sakit tu memang gedik nak datang sendiri.

Kedengaran Qaswar merengus.

Urutan pada pelipisku dikuatkan sekali.

Auch!

"Cakap dengan Rissa sampai esok pun tak habis!" Bebel Qaswar.

Serentak itu, dia langsung menutup wajahku dengan kain tudung.

"Duduk diam diam dan tidur! nanti sampai abang kejut." Arahnya tegas selepas selesai sesi mengurut pelipisku. Bibirku tarik senyum nipis. Akur. Baru saja mahu bangun, Qaswar lebih pantas menahan sehingga tubuhku terbaring semula.

Aku gelak kecil.

Ya, Allah!

"Kenapa abang ni, Rissa nak selesakan diri aje lah." Ujarku dengan tawa halus. Cepat betul dia bertindak, sekali dia arah mesti kena buat.

Protective?

"Tch. Tidur." Arahnya lagi. 

Malas ingin berdebat aku mengeyakan saja. Dengan selesa aku baringkan tubuh dengan gaya mengiring sedikit. Ha! baru selesa. Sebelum mataku terpejam. Aku sempat tersenyum nipis, melihat Qaswar yang tenang ingin memulakan pemanduan semula.

HELLO QASWARΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα