𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟏𝟕

23.3K 1.4K 95
                                    

"TAFIRA! Jom pergi pangkin.."

Kini aku sudah siap kemas mengenakan tudung bawal berwarna merron. Muka hanya neutral dan cuma dihiasi dengan pelembap bibir. Pergi rumah sebelah aje. Nak.. Meng.. melawat maksudnya.

Semasa mengangkat kain diluar rumah, aku sudah terusik dengan bunyi bising dari rumah nekwan atau lebih tepat ke arah pangkin. Pada mulanya malas mahu memperdulikan hal itu, tapi tertangkap ada susuk tubuh Qaswar kat situ terus rasa bersemangat mahu join. Lagipula aku agak bosan duduk berdua dengan Afiera aje, nak ikut opah dengan nekwan jalan pergi kenduri tidak berminat pula, mesti makcik bawang kat sana sibuk nak persoalkan pasal jodoh dan paling tak suka bila diaorang siap jual anak cucu diaorang nanti. Huh!

So rhyming.

"Kau aje lah," Afiera menolak mentah mentah. "A..aku segan." Bola mata Afiera terkunci pada satu susuk tubuh. Dari jauh dia sudah dapat lihat wajah Danish yang sakan bergelak tawa, segan member derr~

Malam semalam Afiera cukup geram bila Marissa tiba tiba hilang begitu saja, tapi alangkah terkejutnya dia bila didatangi dengan kehadiran Danish secara tiba tiba sebagai cucu nekwan. Lelaki itu masih mengenalinya selepas kejadian yang hampir meragut nyawa beberapa hari lepas. Yang buat dia rasa nak benam buka sendiri adalah, bila Danish buka cerita depan Opah dan nekwan tambahan pula ada Alvin kat situ mengenai Afiera yang bersorak gembira lepas dia tolong. Malu beb. Nasib marissa dan Qaswar takde kat situ.

"Alah! Kau tak bosan ke? aku nak pergi sendiri tapi nanti Opah marah kalau aku sorang je perempuan kat sana." Juihku. Cuba memujuk Afiera. Sebaliknya, Afiera memilih untuk membantah.

"Taknak!"

"Ayuh adik manis.."

"Tidak Marissa! Aku tak— maknanya tak dan tidak!"

"Fira.."

"Jangan paksa paksa aku." Aku menjeling.

"Danish tu baik je.. lah," Menatap Danish dari jauh. Dalam masa yang sama tercari cari seseorang tak hampah. Figura itu tidak terlihat sama sekali. "Walaupun sedikit sewel."

"Kau pun apa kurangnya. Sebelas dua belas je dengan dia." Omel Afiera. Cakap orang, diri sendiri tak sedar.

Laju kepala memandang Afiera Kirana. Defend nampak? Komenku dalam hati.

Erhh!

"Whatever! evah! evoh! Kau taknak aku pergi sendiri." Putusku tekad. Bergegas ke beranda tangga.

"Pergi! Pergi! Shuhhhhh..." Halau Afiera. "Aku nak marathon drama korea."

Fikiranku berubah lagi. Mengenggam pemegang tangga kayu rumah Opah sebelum berputar ke belakang semula.

"Kau nak pergi sendiri ke—" Danish aku tunjuk bersama mata disepetkan. "Atau nak aku suruh a— bang, Danish yang jemput." Ugutku bersama sengihan nakal.

Kening sebelah sudah terjongket jongket. Senang aje nak ubah fikiran Afiera Kirana. Pravok sikit, jalan punya!

Berdengus. "Nurynmarissa! sampai hati kau!!!" Protesnya geram. Kaki sudah dihentak hentak. Bukan mahu tunjuk manja tapi Marissa sudah keterlaluan.

Member laknat!

"Abang Danish..."

"WOW, look! who's here!! eh cik Afiera pun ada.... Sini lah duduk" pelawa Danish dengan senang hati.

Mula lah tu nak membuaya. Aku tersenyum saja. Walaupun munafik kerana palsu. Alvin menyapa mesra.

"Rissa.. d-dan Afiera right? Jemput duduk." Alvin bangun dari duduknya dan memberi ruang kepada aku dan Afiera.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now