𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟐𝟔

26K 1.4K 112
                                    

"HAHAHAHA,"

Aku memukul kepala Afiera menggunakan botol mineral yang sudah gelak sakan pada ketika itu. Mata mata dari orang sekitar dipersetankan saja. Biarlah, diaorang pun ada mata.

Sumpah memalukan dapat member macam ni. Kalau depan Danish bukan main fake!

"Diam Fira! mulut kau busuk! Buat bingit telinga aje gelak macam pontianak!"

Afiera tidak memperdulikan amarah Marissa. Kalau tidak fikirkan mereka di mall pada tika ini, sudah lama dia gelak terguling guling di lantai. Afiera berhenti seketika. Aduhai senak perut gelak tak ingat dunia.

"weh confident nya makcik tu" komen Afiera dan dengan dekah lagi. Sumpah lawak.

Sebuah kerusi panjang depan watson kami dekati. Rehat lu. Aku hanya mencebik geram. Jujurly mahu smackdown orang.

Bengkak hati.

"pendek sangat ke aku?" tanyaku kesal. Bukan kali pertama tapi dah banyak kali kena macam ni.

"haa serious lah 24? keciknye! ingat budak pt3 tadi" ajuk Afiera. Terjuih juih bibir melakonkan semula makcik yang berkata begitu semasa mereka di kedai buku. Bahuku sudah dipukul berkali kali. Minah ni kalau gelak tangan dia pun tak reti diam.

"aduh! sakit lah ngok!"

"sorry sengaja. Haha!" selambanya. Iihh hempuk lagi baru tahu!

"bukan kali pertama weh. Sebelum ni, masa aku spm dulu lagi teruk kena. Mak lang boleh cakap aku kat yang 'Rissa asal ponteng sekolah, tak risau ke upsr dah dekat' ahh sakit hati siot" luahku dengan geram. Rasa itu masih berbekas di hati. Pergh harini sejarah berulang lagi.

Afiera berkemam bibir. Kena behave sebab ada sepasang mata budak yang sudah ketakutan melihat dia gelak dari tadi. Sorry dik akak lost control. Senyuman manis sempat dilemparkan.

"asal mung tak jujur dari tadi"

"How Fira? kalau muka makcik tu macam nak terberak menindakan aku. Siap 'huh keciknyeee' geram tahu" kitkat yang tersisa satu papan aku gigit dengan geram. Masa masa macam gini kena rilex dengan kitkat.

Afiera mengeleng kecil. Penat mahu gelak lagi. Air mineral diteguk sedikit, kering tekak.

"Kau dah jumpa Theo?" tanya Afiera. Sebelah keningku terangkat.

"Asal?" soalku kembali.

"Haritu aku nampak dia lalu depan kedai. Tak lama lepas tu aku nampak dia dengan sorang perempuan seksi, keluar dari butik apa tah nama dia"

"Thania ke"

"Kau kenal?"

Angguk.

"Aku dah jumpa dia dua kali. First depan bank, tak lama lepas itu aku jumpa dia lagi sekali time lunch dengan Nurin. Theo dengan adik dia, Thania" jelasku panjang lebar. Mata memerhati kelakuan manusia di mall itu. Semua berpasangan, huhu!

"Asal aku baru tahu?!" soal Afiera meninggi.

Aku berjuih bibir. Over.

"Lupa" balasku ringkas.

Tch.

Afiera pasang muka menyampah. Mula dah!

"Tapi cantik weh adik dia"

"Yahh! tapi seram kalau mengamuk. Kau tahu, Nia haritu mengamuk sebab nampak abang dengan kakak ipar dia. Hampir main tali pingang hitam lagi"

"What happened?! and why?" desak Afiera. Aku julingkan mata.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now