𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟐𝟑

23.8K 1.3K 83
                                    

DAHI berkerut pelik. Memisat mata buat beberap kali untuk melihat skrin handphone.

"Keluar."

Mesej dari Qaswar aku perhati lama. Demam ke cik abang ni? selalu aku aje yang mulakan conversation.

Tali pengukur yang sedia di bahu aku sangkutkan pada mannequin. Sibuk sangat buat masa sekarang, kalau tak sibuk dah lama aku kacau Qaswar. Tapi sebab dia text aku, buat ketepi dahulu segala sibuk itu.

Yang disayangi perlu di dahulukan.

Aku berfikir lagi. Lama.

Kenapa dengan 'keluar', Qaswar ada di mana? pelbagai persoalan mulai timbul di benakku. Depan rumah sewa aku atau ada depan butik. Jam tangan sempat di kerling.

11.50 pagi.

Masih awal untuk waktu lunch, mana tahu doa di sepertiga malam aku termakbul buat saat ini. Dimakbulkan untuk mencairkan hati sekerang batu encik tiger toes itu.

Walaupun berasa pelik. Jemari pantas membalas mesej dari Qaswar. Ingin tahu apa tujuannya untuk menyuruhku keluar.

Tiger toes

- Why?
- Saya masih kat butik ni.

- Keluar.
- Aku ada kat depan butik ni.

Semakin pelik, dahiku sudah berkerut kerut. Mabuk ke tiba tiba ada kat butik. Jari jemari lincah menekan keyboards.

- Hah? butik mana awak?

- Butik kain kafan.
- Cepat lah keluar, aku tunggu kat luar ni!

Ceh!

Aku mencebik. Yang pelik pelik aje ada butik kain kafan. Tiba tiba aku terdiam. Tak semenah menah, kelopak mataku berkedip tak percaya. Dia kata dia kat depan maksudnya.. dia nak jumpa aku lah?

Dengan laju aku berlari ke arah tingkap, langsir putih pada bilik kerja diselak sedikit. Benar saja, mulutku ternganga kecil bila melihat Audi hitam rs7 yang sudah elok terparkir di depan Florence Boutique.

Mabuk ke demam ini orang.

Tapi saya suka. Saya suka!

Boleh lepas rindu. Hehe.

Tanpa di tahan aku sudah pasang sengih bahagia. Tak sabar untuk jumpa kesayangan, lagi tak sabar bila dia yang mengajakku untuk bertemu.

"Mira, saya nak keluar kejap. Apa apa hal, awak call aje." kataku ringkas tanpa memandang Amira.

Perempuan muda itu cuma mengiyakan. Biasa.

Marissa attitude.

Tanpa berfikir panjang aku terus berlari anak keluar dari butik Florence. Kereta Qaswar aku tuju, dari luar sudah dapat lihat lelaki itu yang berdiam diri sambil menyandarkan kepalanya pada kerusi. Kelopak matanya turut terpejam, seperti berehat untuk sebentar.

Senyuman manis aku sediakan sebelum masuk ke dalam kereta Qaswar.

Bau versace lagi.

Hm.

Wangi.

"Busy ke?" soal Qaswar sebaik saja aku masuk ke bahagian penumpang.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now