𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟑𝟗

30.8K 1.5K 156
                                    

6

(Tidak terlalu matang atau overcook, tetapi budak-budak diminta menjauh, jika degil semoga dikejar lipas)

notify me if ada typo or whatever.

notify me if ada typo or whatever

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Drum!!!

KILAT saling sambar menyambar, seiring dengan dentuman guruh yang bergema kuat di dada langit. Bunyi itu sekali tidak buatkan aku berasa takut.

Guruh aje pun, belum taufan lagi.

Tenang.

Sambil mengatur langkah ke arah sofa di ruang tamu, aku sempat menjengukkan kepala sedikit keluar rumah sebelum menarik kain langsir agar tertutup dengan rapat. Air hujan, sudah perlahan lahan turun menitis untuk menyembah bumi sebelum berubah dengan lebih lebat.

Aku mengangkat bahu saja.

"Hujan.."

Usai menunaikan menunaikan solat isyak dan makan malam sebentar tadi, kini aku memilih untuk bersantai menonton televisyen di rumah tamu saja.

Qaswar? selepas makan malam sebentar tadi, dia sudah hilang diri ke bilik kerjanya. Bila di tanya mesti ada saja jawapan pedas dari lelaki itu, kadang terfikir masa umi mengandungkan dia. Umi mengidamkan chili ke apa. Risau betul.

Hometown cha cha cha.

Antara banyak banyak cerita korea. Cerita itu yang aku belum pernah ada niat nak rushing tengok. Padahal dah lama dalam list aku. Teh matcha aku hirup perlahan. Pekena maggi panas dengan hujan lebat waktu ini, memang sesuai sangat.

Gulp!

Spontan satu tubuhku mengeras akibat terkejut.

Terkebil kebil aku dibuatnya bila Qaswar melabuhkan kepala di pehaku dengan selamba. Teh matcha terpaksa di telan dengan cara paksa. Mujur tak tersembur keluar. Sebelah tangan sudah menepuk nepuk bahu si suami agar bangun dari baringnya. Kepala tu berat semacam, macam batu saja.

Qaswar tidak mengendahkan malah semakin memberi keselesaan kepada kepalanya pada bantal 'special' iaitu pehaku.

Santai benor.

"Awak.."

"Kau tengok apa?"

"Hometown cha cha cha." Balasku ringkas.

Qaswar mencebik.

Dia pantas mengambil remote dan mahu menukar siaran ke channel astro asal. Entah sejak bila ada netflix di rumahnya. Selama ini dia hanya tengok berita atau sukan saja. Kalau ada cerita baru pun dia akan tengok di cinema bersama Alvin dan Danish.

Tap!

"Tak payah mengada, nak pergi tukar!" marahku.

Suka hati dia aje.

HELLO QASWARTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon