𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟑𝟏

26.5K 1.4K 122
                                    

TERMENUNG. Fikiranku sudah melayang teringatkan kata kataku beberapa jam lalu. Qaswar sudah tahu tentang mama dan papa. Baguslah. Aku mengorak senyum melihat bulan yang mengambang pada malam ini. Cerah saja tidak di tutupi oleh awan sekalipun.

Bintang memang cantik, tapi bulan adalah satu satunya yang paling special di antara berjuta bintang. Mungkin jarak membezakan tapi aku percaya satu bulan ini ada objek yang kami pandang bersama.

Tak kira di mana jua. Ianya akan tetap bulan yang sama.

Unfair kan? kenapa orang lain boleh lengkap tapi aku tak.

"Babe, are you okay?"

Teguran itu menyentakkan aku, menoleh ke belakang untuk memandangnya Afiera sebelum berpaling ke arah bulan semula.

"Ya."

Kedengaran Afiera mengeluh berat.

Dia tahu kalau Marissa sudah termenung diluar rumah sambil melihat langit malam, mesti ada sesuatu yang dia mahu luahkan.

"Yinyin rindukan papa.." bisikku sayu dengan mata yang bergenang.

Kelopak mataku, dikedipkan beberapa kali. Ingin deras saja.

Serentak itu, Afiera melabuhkan duduk di sebelah sebelum menarik aku untuk bersandar pada bahunya.

Akur.

Aku memilih untuk mendiam diri.

"Aku tak boleh halang untuk kau menutupi kesedihan yang kau rasa sekarang ini, tapi aku berharap kau kuat. Doa yang baik baik, kalau jalan tuhan memang itu untuk kau insyaAllah dipermudahkan." Nasihat Afiera lembut.

Masih mendiamkan diri, katanya aku dengarkan saja.

Seperti selalu.

Jemari Afiera aku mainkan. Aku tersenyum nipis melihat awan nipis yang melintasi bulan.

Cantik.

"Lama aku tunggu Papa Fir, hari hari sentiasa berharap untuk hari yang aku harapkan itu terwujud. Tapi.. nothing happen, papa dah tak sayang aku ke? dia dah lupa yang aku ni anak dia? apa aku nak jawab kalau umi Qaswar tanya mengenai wali aku? Aku takut, bila umi tanya aku jadi tak kuat. Mungkin pasal papa aku boleh kawal perasaan aku, tapi kalau dia orang kaitkan mama, aku..."

"Hiks.. Hiks.. a..aku tak boleh Fira. Aku tak kuat. Aku lemah kalau orang tanya mengenai mama. Aku takut, kalau tak boleh kawal emosi aku." Sebak yang aku tahan kini pecah jua.

Mengeluarkan semahunya.

Anak mana yang suka hidup sendiri? tambah lagi dia anak tunggal. Tidak mudah, di mana orang orang boleh rayakan hari hari mereka dengan keluarga sendiri, tapi aku? hanya mampu meratapi dan berharap jika moment itu masih di izinkan untuk aku.

Sakit.

Marissa.. Nurynmarissa tak sekuat seperti yang orang lain lihat. Deep inside, aku struggle untuk tidak mengenang rasa sedih itu.

Afiera membuang pandangan ke arah lain, seketika dia cuba untuk menutupi rasa sebak yang dia turut rasa. Aku perlu kuatkan Marissa, dan bukan sedih bersama. Marissa ingin bercerita dan aku kena jadi pendengarnya.

Nafas diarik dalam dalam sebelum membalas kata Marissa.

Afiera memaksakan diri untuk tersenyum. Bahu sahabatnya itu di usap dengan penuh kasih. Lembut.

"Qaswar dah tahu kan? aku yakin dia akan cerita dengan family dia. Pasal papa kau, tipulah uncle tak rindu anak dia ni. Sebenci benci manusia pun mesti ada terdetik rasa rindu dihati mereka even sekecil zarah sekalipun."

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now