𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟑𝟎

30.6K 1.4K 191
                                    

Kalau tak sayang sehelai nadine lagi tak tahu lah. Selamat membaca.

..

TUDUNG bawal berwarna soft purple aku hempas ke katil dengan geram. Hampir 15 minit aku membetulkan tudung itu, tapi tak reti nak betul betul.

Ada ni kang aku free hair je.

Dengan pasrah aku mengambil tudung spare yang sudah siap kena iron. Shawl printed warna soft purple juga. Cuba kali ini, tudung itu tidak polos. Tudung itu dihiasi dengan beberapa bunga kecil di hujung tudung.

Cantik!

Ayuh lah bershawl. Yang tak berapa nak gemar pakai shawl sebab harini aku kena pakai spec mata. Rabun kalini rasa dah naik. Kang terlanggar orang kat tempat nikah orang naya je nanti. Oh yeay! harini adalah tarikh nikahnya Alvin dan Atisha. Kebetulan pula Alvera pun turut nikah hari ini. Jadi kena melawat dua tempat, memandangkan sudah berjanji awal dengan Atisha, aku dan Afiera akan pergi ke tempat Atisha dahulu.

"Rissa pakwe kau dah lama tunggu kat luar tu "

"Hah?!"

Kepalaku terteleng laju

"Qaswar, lelaki yang kau gilakan bagai dah pupus lelaki kat dunia ni." Perli Afiera.

Tudung yang sudah siap terlilit diatas kepala aku tahan sedikit supaya tidak terlepas, sempat mengintai kereta Audi hitam yang sudah parkir depan rumah.

Aku menepuk dahi.

"Aigo! hampir terlupa aku minta dia jemput aku." dengan gelabah aku cepat cepat mencari pin tudung.

"Kau naik dengan dia kan?"

"Kereta aku tak cukup minyak, kau kata kan nak pergi kedai dulu."

"Yela, jumpa kat sana. Berkulat pula Syera tunggu aku hantar kunci kedai." Pintu bilik terus di tutup.

Aku angguk sekali. Sempat melirik jam dinding, memang kena marah lah aku lepas ini. Tiga jenis perfume aku sembur tanpa ragu. Lantaklah orang nak pening janji aku wangi. Muahahahaha!

Selesai bersiap dengan cantik, menawan dan jelita. Aku terus melangkah keluar ke tingkat bawah dengan tergesa gesa.

Satu takut kena bebel. Dia marah aku tak kisah, bab bebel tu. Mahu bernanah telinga.

Dua, tak sabar nak selesaikan task hari ini.

Task apa?

Setiap hari mesti jumpa kesayangan, lihat dengan mata kepala sendiri.

What? suka hati Nurynmarissa lah nak cipta task apa.

Dengan bismillah, aku langsung memasuki kereta berjenama Audi Rs7 itu. Dari luar serius semacam je raut wajah Qaswar melihat telefon bimbitnya.

"Hai, cintaku!"

Dia mengangkat kepala dan menjeling sekilas. Dasar adik Ryan Bakery.

"Kenapa tak sidai aku sampai malam je?"

Cebik.

"Eleh awak ni, tak berjam pun kan saya sidai."

"Kau mandi perfume ke apa ni?" komenya. Muka Qaswar sudah berkerut.

"Kuat sangat ke?"

Aku menghidu bahu belah kiri sekilas. Biasa je pun. Bau bau manis cake begitu. Manis manis xoxo girl.

Malas mahu berdebat Qaswar terus memulakan pemanduan. Hensem pakwe kita eh pakwe saya!

"Saya dah cakap jodoh kita kuat, qasayang."

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now