𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟓𝟔

31.7K 1.5K 351
                                    

QASWAR melepaskan keluhan. Kepalanya di jatuhkan pada sisi katil yang menempatkan Marissa. Tangan kecil itu digengam erat. Dingin. Mata di pejam erat.

Mengeluh lagi.

Genggaman tangan semakin dieratkan bila teringat akan kejadian tragis yang hampir menimpa Marissa dan anak mereka. Mujur dia cepat sampaikan ke tempat kejadian sebelum keadaan menjadi semakin buruk. Dimana, sepatutnya dia berada di butik Florence untuk menjemput Marissa tapi isterrinya sudah terlebih dahulu keluar dengan menaiki grab.
Alvin, lelaki itu yang memberitahunya mengenai kejadian tadi.

"Assalamualaikum."

Qaswar angkat kepala dan menoleh ke belakang, dia meraup muka kasar sebelum bangun mendekati Puan Qaleeda di muka pintu.

"Kenapa datang? kan umi tak berapa nak sihat." Tanya Qaswar lembut. Dia menyalami tangan uminya, pipi wanita separuh abad itu turut dikucup kasih.

Puan Qaleeda hanya tersenyum nipis. Menatap sayu ke arah menantunya yang terbaring lemah pada katil hospital. Keluhan dilepaskan sebelum datang menghampiri Marissa. Walaupun demam, dia tetap gagahkan diri untuk melawat menantunya.

Kasihan.

"Umi tak tenang selagi tak tengok keadaan Marissa depan mata Umi sendiri." Balas Puan Qaleeda.

Kepala Marissa diusap lembut, kasihan dia tengok wajah pucat itu terbaring lemah. Mata tuanya tercacap pada bawah dagu Marissa yang kemerahan. Lama ditenung sebelum dahi puan Qaleeda pasang kerut. Terdapat kesan calar halus. Semakin diteliti, semakin jelas calar itu.

Refleks Puan Qaleeda mengucap terkejut.

"Ya allah! sampai luka macam ni?" Marahnya. "Jelaskan dengan Umi, apa yang orang tu buat dengan menantu umi ni along? Siap pengsan lagi. Teruk sangat ke kejadian tadi?" Soalan Puan Qaleeda bertubi tubi.

Qaswar melabuhkan duduk pada kerusi disebelah katil pesakit.

"Pisau, penjenayah tu sempat ancam dengan acukan mata pisau kat dagu Rissa, tu yang calar. Kalau pengsan.." Qaswar berjeda.

"Phobia. Rissa phobia dengan darah." Balas Qaswar dengan nada kasihan.

Kalau bukan disebabkan kejadian hari ini, sampai bila bila pun dia takkan tahu yang Marissa ada phobia dengan darah. Sedangkan darah tadi tidak lah banyak mana, tapi boleh buat isterinya jadi lemah sebegitu.

Qaswar berdiam diri.

Hanya itu yang dia boleh beritahu, mengenai ugutan mahu menikam perut isterinya itu cukuplah hanya mereka yang tahu. Nanti makin risau pula Uminya. Silap hari boleh dikejar penjenayah tadi dengan pisau daging Puan Qaleeda.

"Dah lama ke tak sedar?"

"Tadi dah sedar, tapi penat sangat tu tidur balik." Balas Qaswar sambil memperkemaskan selimut yang menyelubungi tubuh Marissa. Tangan isterinya itu digenggam lagi, menyalurkan haba pada tangan dinginnya.

Puan Qaleeda geleng geleng kepala.

"Biarlah Rissa nak tidur, bagi rehat yang cukup dengan bawa baby lagi mesti penat sangat." Pesan Umi Qaleeda. Beg kertas yang dibawanya diletakkan pada meja di depan katil pesakit. Qaswar dipandang.

"Umi ada masak sup ayam dengan bekalkan buah sekali. Bila isteri kamu dah sedar nanti, along bagi makan ya? Biar sikit, janji perut Rissa ada isi."

Qaswar mengangguk.

"Baik umi, terima kasih sebab datang jenguk isteri along."

"Kak long!"

Qaswar berdecit. Sekali dia pejam mata sebelum memutarkan tubuh ke belakang.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now