𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟐𝟒

26.3K 1.5K 144
                                    

"TAKNAK! TAK MAHU! TAK HINGIN! TAKNAK! TAKNAK! TAKNAK!"

"I said get out!"

"I said no means no!"

"Get out now— or I swear, you'll regret it!" Ujar Qaswar dengan bengang. Refleks aku menatapnya tanpa berkedip. Nada Qaswar.. Bengangkah dia?

Geleng.

Jelas kelihatan, telinga Qaswar berubah warna.

Merah.

"Taknak.." Masih menolak. Mengeleng-geleng kepala dengan laju, dengan  riak ingin menangis. Lebih lagi dengan kedudukan Qaswar tika ini. Berdiri betul-betul dekat dengan aku dengan gaya pintu di bahagian penumpang— tempat yang aku duduki, ditahan agar tidak tertutup. Sangat dekat dekat.

Sewel-sewel aku reti takut juga tahu!

Qaswar menghembus nafas dengan kasar. Rasa mahu pecah kepala dengan cuaca panas tika ini.

Panas! panas matahari mencucuk cucuk. Haih.

Air liur aku telan dengan payah. Memandang seram ke arah mewah rumah dua tingkat yang menyapa kedua bola mata hitamku. Dikesempatan itu, aku memilih untuk mengamatinya. Kawasan rumah itu agak sunyi. Di garaj— terdapat satu buah motorsikal superbike berwarna hitam. Kacak seperti tuannya. Pasti milik Qaswar! Jarak dengan kejiranan pula agak jauh. Sangat private. Qaswar.. anak dato ke apa? Kereta dah mewah.. rumah tak kalah mewah walaupun.. haa walaupun apa?

"Cepatlah, Marissa. Tak reti nak ingat waktu ke?" Jam tangan ditilik. Mahu menunaikan solat zohor. Selepas makan tengah hari mahu masuk kerja lagi. Hantar anak dara orang lagi dan lagi.

Aduhai.

Aku masih tidak berganjak. Meramas jemari sesama sendiri.

"Kenapa saya perlu ikut? awak kalau nak nikah dengan saya jangan dengan cara macam ni." Pelbagai spekulasi mulai muncul. Nyah kau dari fikiran!

Qaswar terlihat tercenggang.

"Astaghfirullah! kau keluar cepat sebelum aku heret kau macam dugong" ujar Qaswar berbaur amaran. Dia kesah apa.

Mahu sanitize otak perempuan itu. Pelik pelik sungguh.

Aku membuat muka. Ish! dengan tidak rela aku keluar juga. Halu pulis tolong saya.

Bum!

Badan tersentak sebab bunyi tutupan pintu yang kuat sangat. Uish! kejut kita. Qaswar yang sudah banjir keringan aku pandang tak berkedip, sian dia merah merah muka. Nak cendol bang? hehe.

"Tempat yang kau berdiri tu keras sikit." ujar Qaswar.

Kaki diatur ke dalam rumah. Tubuh aku kejung seketika, pantas menoleh kiri kanan sebelum berlari mengejar langkah Qaswar.

Ah!

Dia ni celupar betul!

"Awak betul ni?" ujarku perlahan. Mata masih setia memerhati sekeliling, seram nok. Hujung baju Qaswar aku pegang walaupun hanya menggunakan hujung jari, untuk menghalang dia masuk.

Satu takut sebab lain yang aku fikirkan.

Satu lagi takut mengenai hantu.

Huargh.

Prang!

Oh my gosh!

Kami sudah berpandangan sesama sendiri. Masing masing terkejut! Makin erat peganganku di baju Qaswar. Kepala digelengkan beberapa kali tanda tidak mahu masuk.

Apa itu?!!

Qaswar pantas berlari ke dapur. Aku pun turut mengikuti langkahnya macam anak kucing. Takutnya mashaAllah sekali.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now