THE END

40.6K 1.4K 377
                                    

I never said that we would die together

That doesn't mean it was a lie

Remember, nobody said that it would last forever.

- Forever, Lewis Capaldi.

_____________________________________

RUANG dapur hanya ditemani dengan bunyi ketuk mengetuk pada permukaan meja. Bawah bibir aku gigit perlahan. Mangkuk yang kosong ditenung dengan rasa bersalah. Perasan bercampur baur. Runsing. Fikiran sudah mulai aktif memikirkan seribu cara untuk mencipta alasan. Haih. Aku menghela nafas berat.

"Termenungkan apa?"

Teguran itu buat aku tersentak kecil. Opah mengambil tempat pada kerusi yang bertentangan. Semakin berdebar dada bila di tanya sebegitu. Apa aku nak jawab? gaduh? salah faham? merajuk? atau gurau gurau?

Mengeluh lagi.

"Sakit perut atau Rissa nak makan sesuatu?" Soal opah lagi sambil melirik perutku yang sudah membesar. Kini kandunganku sudah mencecah 31 minggu. Wajar saja bila opah ajukan soalan begitu. Kadang mahu terjerit pun ada bila terasa ada tendangan. Mahu koyak perut, nak bergerak pun payah.

"Suami Rissa merajuk." Luahku perlahan sebelum mengigit bibir. Riak opah sempat terkejut sebelum mengeleng kepala. Qaswar yang duduk sambil bermain telefon pada pangkin depan rumah aku kerling dengan hujung mata. Huargh! hampir saja aku kejar langkah dia tadi tak larat nak turun tangga. Walaupun agak jauh, riak wajah seriusnya aku dapat kenal pasti. Mengerunkan, wajah encik tiger toes menjelma kembali. Takut..

"Rissa dah buat apa sampai Al merajuk tu.." Opah turut mengerling cucu memantunya yang menyendiri di pangkin. Merajuk sangat gamaknya. Tergeleng kepada tua itu.

Mangkuk yang kosong aku tolak perlahan.

"Habis." Sengihku.

Memang aku yang salah, Qaswar berpesan untuk tolong jagakan tomyam dia supaya tak kena kacau kucing sementara dia menjawab panggilan dari pejabat. Akibat bosan menunggu, aku terliur pula. Bila rasa sekali, tak kena tekak tapi selepas rasa berkali kali.. tak sedar mangkuk dah kosong. Salah siapa? salah kucing! siapa suruh gatal nak kacau makanan orang. Kalau dia tak gatal, aku pun jadi penjaga makanan Qaswar.

Kalau boleh masak sekarang, aku dah minta maaf dengan masakkan tomyam yang baru. Tapi semenjak kebelakangan ini, aku tidak boleh mencium aroma masakan. Terumanya bawang yang di tumis, buat tekak loya. Mual. Pening.

"Tadi opah buat banyak, engkau tolak mentah mentah. Sekarang tengok? padan muka!"

Automatik bibirku memuncung.

"Sampai hati opah kata macamtu dengan cucu dan bakal cicit sendiri."

"Dok payah nak fitnah fitnah cicit aku.. pergi minta maaf sana. Nanti petang sikit Opah masak baru" kata opah sebelum bangkit dari duduknya.

"Erm.. opah nak pergi mana?" langkah opah terhenti.

"Pergi kebun kejap, pergi minta maaf dengan suami kamu. Kang terberanak pula kat sini. Menyusahkan aku pula."

"Yela.."

•••

LENGAN sasa Qaswar yang terdedah aku cuit perlahan. Tiada respon. Kehadiranku bagaikan halimunan, fokusnya seratus peratus hanya pada telefon bimbit. Sempat curi curi melihat apa yang dia lakukan, hanya scroll keputusan perlawanan bola sepak. Menarik sangat ke, sampai taknak layan aku.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now