XXTRA HIDDEN SCENE

8.7K 495 15
                                    

"OPAH! Nak pergi mana tu?" Tanyaku dengan meleret. Pelik melihat penampilan Opah, dengan topi sawah— baju berbunga bunga macam tema orang Hawai bercuti bagai. Yang aku tertarik sehingga ingin menegur adalah kasut boot opah. Dari mana dapat idea pakai macam ni? Ada event ke? Atau pergi da.. te? Uish! boleh tahan jika benar. Hahaha!

"Jenguk getah." Ringkas Opah. Pipiku mengembung sesaat, diam dan akhirnya menyoal lagi.

"Really, Opah?" Kena ngorat dengan Jin kat kebun getah baru tahu. Malam malam ada phewit phewit, ha takut tak takut. Kalau Jin tu kenyit seksi dengan mata terbeliak dia— Ah! tak boleh bayangkan! Manusia kenyit mata nampak flirty.. kalau Jin, ha kau! Bergolek biji mata dia orang nanti.

Opah bercekak pinggang dikejauhan.

"Lily! lily! Jangan nak beromputeh dengan aku. Tak faham." Bebel Opah, mengundang tawa dari Qaswar diri sisi. Lelaki itu aku kerling. Amboi bang! suka engkau ye. Semenjak dah nikah, berfungsi rupanya button gelak dia, ingat takde langsung.

Opah melanjutkan langkah ke arah superbikenya. Eh tidak! Tapi kira superbike lah kan? Vroom vroom!

"Opah!" Panggilku lagi.

Opah yang baru menekan minyak motor terhenti. Mukanya berubah garang. Berpusing ke belakang bersama tangan yang masih melekat pada pedal motor. Tak sabar nak race kita nengoknya.

Aku tersengih.

"Nak gapo?" Soal Opah sekali nafas.

"Wuish.. garang," Aku memuncung bibir "Beli mana?" Tertuju pada boot yang tersarung di kaki tua Opah. Tua tua, berbisa.

"Dina bagi."

"Aduh kak Dina ni! Takde benda lain ke nak di bagi. Macam taylor swift. Opah swiftie ke? hahahahah," Berhambur tawaku sehingga ingin putus nafas ketawa.

Kalau makcik Taylor nampak, mau dia kejarkan Opah ke ganu. Buat konser kat  Pantai Batu Buruk. Kan? kan?

"Tch! Tch! Tch! Semua orang Rissa nak bahankan kan?" Aku menoleh ke sisi, bersama sisa tawa yang masih merasa terhibur.

"Mana.. ada Qasayang! Bagus apa kalau Opah the part of fanatik Taylor, boleh lah Rissa ajak scream—"

"You look beatiful tonight, and I feel perfectly fine! But WE miss screaming and fighting! and kissing in the rain, And It's at 2AM and I'm cursing Haedi name—" Qaswar menjatuhkan sebelah tangannya pada bahuku, dan sebelah lagi menutup mulutku. Sempat dijeling bersama sengihan yang terlihat kekok khas untuk Opah.

Dia berbisik, "Dah! Dah! Taufan melanda nanti." Bisiknya dengan tawa segan dihujung kata. Aku menjeling dengan hujung mata. Takut lah tu, nama mak lampir Haedi aku sebut.

Tangan yang menekup mulutku aku lepas dengan mudah. Menyempatkan diri mengigit telapak tangannya.

Qaswar berdesis. "Shh.. aduh! Sakit berry." Komenya.

Aku endahkan. Kembali ke scene awal. Terlihat Opah yang sudah mengelengkan kepala. Riak Opah cepat berubah, dari Syok melihat cucu menantunya ber honey watermelon sugar kepada riak jengkel—Akibat senyuman dariku.

Opahku Swiftie.

Opah berdengus seperti Sapi yang sedang marah. Vrom! Vroom! Mengaum garang enjin motor di panaskan oleh Opah.

"Kamu sama ja dengan si budak Hawa tu. Mengutuk aje kerja. Sudahlah! Aku nak pergi kebun." Pamit Opah.

Aik? Hawa pula yang kena.

Kepalaku tergeleng geleng "Tak baik opah. Tak baik kan Qasayang?" Qaswar yang kurang tahu mengikut saja— Pucuk dagu Qaswar aku pegang, digeleng geleng dengan manual supaya dia berpihak dengan aku.

Kini, kami berdua sudah mengeleng geleng kepala.

"Tch! Tch! Tch! Nenek awak Qasayang.. Biasa dia, tuduh tuduh hawa si kecil molek tu." Tak nafikan, kerana memang benar Hawa tu sebelas dua belas dengan mak sedara dia yang comel, cantik, jelita, dan menawan ini. Up to date sungguh budaknya! Budak bandar lah katakan. Semua benda dia tahu, mujur abah dia seorang cikgu. Dapat juga didik yang elok sikit.

Walaupun kadang terpesong.

"Haih! Opah pergi dulu. Kamu jangan lupa masak nasi! Lauk biar aku yang masak nanti." Belum sempat aku membalas Opah sudah meluncur laju. Tak lama lepas itu berhenti semula. Jemput member der! Nek wan turut naik dibelakang. Comel pula tengok bestie tua ni. Gambaran aku dengan Fira ke? hihihi.

Eh jangan jangan! Aku dengan Fira versi moden. Naik Porsche.

Hilang saja Opah dari pandangan, aku ketawa sepuasnya. Dari sunyi menjadi meriah laman rumah Opah dengan tawa dariku.

"Kak Dina ni.. kak Dina! Cuba bagi elok sikit hahahaha! Swiftie berkebun... Whoa! Menarik! Menarik!" Terangguk angguk kepalaku.

"Kan Qasa—" Kosong. Sunyi. Sepi.

"Sayang? Qasayang? Where are you?" Aku langsung berdiri. Terputar putar mencari keberadaan Qaswar. Sudah kosong di sebelah aku, tiada orang.

Pusing pusing sampai kepala berputar. Hampir rebah sebab pening. Ada pula tangan yang menahan. Mataku terkedip kedip. Melihat gerangan itu.

Qaswar.

Aku tersengih. "Ehe.." Plak!

Jentikan pula yang dapat pada dahi.

"Pergi naik!"

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now