𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟏

32.2K 1.4K 109
                                    

TIBA tiba perutku terasa ada sesuatu yang menjalar dari belakang. Aku yang sedang baring mengiring sambil scroll social media terkejut kecil dan menoleh.

Qaswar.

Dia baring secara meniarap seraya mengeratkan lagi pelukkan. Amboi! biasa sangat baring macam tu.

"Hey! kenapa ni, sakit?" soalku.

Belakang telapak tangan aku tekapkan pada dahinya. Panas suam suam kuku. Awal dia balik harini. Jam dinding aku kerling. Baru pukul 2 petang. Selalunya maghrib baru balik rumah tak pun larut malam. Kadang tak boleh jangka juga, subuh pun baru terpacak kat rumah. Mahu tegur tapi aku kena faham jam kerja Qaswar tak menentu macam perkerjaan biasa. Pasrah aje, dapat husband detective.

"Hm." Gumamnya dengan mata terpejam.

"Jangan malas sangat boleh tak? saya tanya sakit ke? awal sangat balik harini." Soalku lagi. Terselit rasa risau.

Qaswar pun satu, asyik nak bergumam aje. Sayang betul tenaga untuk keluarkan suara. Mana tak risau kalau dia tak jelaskan?

"Tak, cuma nak rest."

Serentak itu, aku menjatuhkan kepala dan meng'ohkan katanya. Tangan Qaswar yang berada di atas perutku, aku usap perlahan. Aktiviti melihat social media tadi aku sambung semula.

Memberi ruang untuk dia nak rehatkan diri.

"Kenapa kat rumah?" Suara garau itu menyapa gegendang telinga dengan perlahan.

Dahiku berkerut.

"Apadia sayang?"

Serius tak dengar. Mataku mengecil melihat wajah Qaswar. Kalau tak pakai spek pakej rabun dengan pekak sekali dapat.

"Kata balik malam."

Spontan mulutku membulat kecil.

"Ouh! cancel. Fira tiba tiba ada urgent, jadi saya decide untuk balik rumah terus. Lagipun work tak banyak sangat kat butik." Balasku lembut.

"Qasayang.."

"Hm."

Gumaman itu membuatkan aku spontan memasang riak jengkel. Sudah lah, Nurynmarissa. Kau tegur pun takkan ubah apa apa.

Redho je.

"Alang alang awak pun ada sekali, nak makan tak? kalau nak saya masakan untuk awak." Tawarku.

"Nope, aku dah lunch tadi." Balasnya sekali nafas dan mendiamkan diri semula.

Bibirku langsung berjuih. Simple dan padat. Itu aku tanya, itu juga yang dia jawab balik. Takde respon lebih nak di bagi.

Raut wajah kacak itu aku tenung dengan gaya matanya yang dipicingkan sebelum bertindak mencubit pipinya dengan geram.

Qaswar berdesis seraya membuka kelopak matanya. Terbuka saja mata miliknya, pandangan kami langsung bertaut. Kening tebal yang terbentuk cantik itu sempat berkerut garang sebelum dia sendiri menyorokkan muka kembali tapi tika ini disebalik ceruk leherku.

Terkedu.

Spontan aku bergerak untuk mencipta jarak tapi Qaswar semakin mengerakan pelukkan. Bebola mataku terkebil kebil. Nafas hangatnya semakin terasa menampar pada kulitku.

Selamba saja dia semakin menselesakan posisinya untuk berehat. Nafas berat aku hela dengan panjang. Tengok dia ni! nak manja manja pula. Dengan pasrah aku hanya boleh membiarkan.

Give up.

Nurynmarissa penat.

"Dah makan?"

Rolling eyes.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now