𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟓𝟓

29.9K 1.5K 250
                                    

"MARISSA!"

Langkahku terhenti, berpusing ke belakang dan menoleh ke arah sumber suara itu. Pintu watson aku lepaskan seraya mencari orang yang menyeru namaku. Mesti orang! mustahil hantu.

Mataku masih tercari cari sebelum tercacap pada satu susuk tubuh berbaju kurung yang melambai mesra kepadaku. Wanita lingkungan 50- an itu tersenyum manis. Walaupun tangan penuh dengan barang selepas berbelanja, aku menekup mulut.

"Aunty ika? Ya Allah! rindunya dengan masakkan aunty!"

Tubuh aunty ika aku peluk erat. Rindu. Sewaktu berjiran dengan aunty ika, beliau dan sekeluarga yang paling kerap bertanya akan khabar aku dan Afiera. Sedekahkan lauk jangan cakap lah! Kalau boleh dalam seminggu boleh kira pakai jari bila aje kitorang berperang kat dapur. Disebabkan aunty ika jenis rajin memasak untuk keluarga besarnya, dia gemar bersedekah lauk dengan jiran. Maka, untunglah jiran baru beliau. Takkan lapar!

"Amboi! masakkan aje? Tukang masak dia tak rindu ke?" Usiknya. Pelukkan dilepaskan.

Aku tergelak kecil.

"Mestilah rindu jugak! Lagi rindu nak bergossip sampai magbrib dengan aunty." Selorohku membuatkan aunty ika tergelak lucu.

Wanita separuh abad itu geleng kepala.

"Haih kamu ni.. eh! Berisi ke?" Soalnya bersama muka berkerut. Refleks aku tersengih malu. Tangan aunty ika sudah menyentuh perutku bersama usapan lembut.

Dia ukir senyum.

"Tak sangka kamu dah nak jadi mak orang..."

Tidak tahu mahu respond apa, alhasilnya aku tersenyum saja. Kepala diangguk sekali. Ya.. lepas jadi bini, haruslah jadi mak orang pula. Kan? kan.

"Afiera apa khabar? Rindu pula aunty dengan si budak bunga tu."

"Alhamdulillah dia sihat aje. Kalau luang, aunty datang lah jenguk Fira kat Florist dia, hidup seorang Afiera memang dengan bunga saja. Tak lari ke mana pun." Kataku mengundang tawa aunty ika.

Benda betul!

"Ye la, nanti aunty jenguk kamu berdua. Eh! Aunty nak tanya, kau orang pindah ni tak bagitahu kawan kau orang ke?"

"Kawan?" Soalku kembali. Kening berkerut pelik.

Aunty ika mengangguk sekali.

"Sebulan lepas korang pindah, ada orang cari pemilik rumah tu. Pastu, kalau tak aunty tak salah dalam beberapa hari lalu orang tu datang semula. Katanya cari Rissa. Aunty bagitahu lah yang Rissa dah lama pindah lepas kahwin."

Penjelasan aunty ika buat aku berfikir. Lama aku cuba mengingati kawan kawan lama tapi tetap tak jumpa. Mustahil aku lupa kawan, kalau kawan lupa aku adalah.

Wanita itu sambung bicara lagi.

"Yang cari Rissa tu lelaki, muka dia.." Jeda.

"Haih! lupa pula aunty nak cam muka lelaki tu. Tak jelas sangat sebab aunty dah tua kan, ingatan pun kurang kuat. Hmm.. Alah, yang selalu datang rumah Rissa tu. Ingat tak?"

Sekali mulutku membulat bentuk 'O'.

"Qaswar ke aunty?" Soalku tanpa ragu. Hanya Qaswar saja yang pernah datang rumah sewa aku dulu. Kalau Danish tak pernah lagi ataupun lelaki lain. Melainkan adik Afiera iaitu Afzan, tapi budak tu memang dah di kenal oleh orang sekitar kerana adik penyewa.

Geleng.

"Bukan! Kalau suami kamu aunty kenal, tapi yang ini lain. Kawan Rissa yang selalu datang rumah Rissa tu. Takkan tak ingat kut?" Balasnya.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now