𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟐𝟖

25.6K 1.3K 50
                                    

WAJAH pucat Alvera yang terlantar di katil hospital dipandang sayu. Dia nampak, jelas. Alvera ditampar, dicekik dan ditolak kuat oleh lelaki asing beberapa minit lalu.

Theo menghampiri katil wad yang menempatkan Alvera.

Kasihan dengan nasib perempuan itu. Walaupun mereka tidak rapat tapi dia pernah berkawan dengan Alvera dan Marissa sewaktu sekolah menegah dahulu. Masih berkawan ka mereka? siapa saja tak tahu tentang hubungan mereka yang kian merengang akibat kewujudan orang ketiga dalam persahabatan mereka.

Alvera membuka mata perlahan lahan. Silau yang menusuk masuk ke retina agak menyiksa matanya. Dengan secara paksa dia buka jua mata kecil itu. Siling putih dan satu plastik air yang dia nampak tika ini. Dia belum kurang bijak untuk tidak mengetahui dia ada kat hospital tika ini.

Kepala yang sakit mencucuk dipegang perlahan.

Berbalut.

"Vera, you dah sedar" tanya Theo risau. Takut kalau perempuan itu kesakitan.

"Theo.. terima kasih sebab tolong saya."

"It's okay Vera."

"Farzan ada pergi cafe. Sikit lagi dia datang balik" beritau Theo.

Niat lelaki itu ingin memanggil waris Alvera tapi bila tengok recent call Alvera adalah 'fiance' dia memutuskan untuk call saja. Terkejut juga bila yang sampai adalah Farzan. Kawan angkatan semasa club kadet polis waktu sekolah dulu.

"You bagitau dia?"

"Why not? Farzan tunang you kan?"

Alvera cuma tersenyum nipis.

Clak!

Theo dan Alvera memandang ke arah pintu. Farzan masuk bersama dua plastik di tangan. Dia tersenyum sebentar ke arah Theo.

"Dia dah lama sedar ke Theo?"

"Baru je"

Farzan angguk sekali.

"You kenal siapa yang buat kat you?" soal Farzan.

Risau.

Alvera mengeleng.

"No, i tak kenal. Syukur sangat Theo yang tolong tadi. Kalau tak dah lunyai gamaknya i kena belasah dengan entah gangster ke apa."

Dengan perlahan lahan Alvera bangun dari baringnya sebelum dibantu oleh Farzan. Kepala katil dinaikkan sedikit untuk memudahkan Alvera duduk.

Alvera menghembuskan nafas perlahan.

Melihat ke arah Theo yang setia melihatnya.

"Thanks again Theo. I tak tahu nak jawab apa kalau you takde tadi."

"Korang ni. Terima kasih je lah dari tadi."

Muak pula Theo dengan ucapan pasangan itu. Dia tergelak kecil.

"Takpe, kalau orang lain pun, i akan tolong juga." Kata Theo lagi.

"Kau baru sampai Malaysia ke?" Soal Farzan

"Dah sebulan lebih."

"Asal tiba tiba balik? Ingat kau nak jadi orang Amerika je terus " usik Farzan. Walaupun mereka tidak rapat tapi lelaki itu pernah jadi kawan team dia.

"Bosan. Hati masih kat malaysia." seloroh Theo

Di sisi lain, Alvera sempat berfikir dengan ucapan Theo.

"You dah jumpa Nuryn?" soal Alvera tiba tiba.

Farzan terdiam.

Turut menanti balasan dari Theoruz.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now