𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟏𝟓

23.9K 1.4K 126
                                    

"WHAT are you looking for?"

Aku membatu ditangga. Sejak bila ada lelaki kat rumah nekwan? tanpa berfikir panjang aku terus berpaling ke arah suara tersebut.

Betul sangkaan aku.

Lelaki.

Asing dan masih muda.

"Awak siapa?" soalku berani.

Walhal agak resah sedikit. Siapa pulak lelaki asing ni? tak pernah nampak pun sebelum ni. Lelaki itu aku teliti. Kulit cerah, tinggi lampai. Rambut bergaya. Tak nampak yang dia adalah budak kampung.

Takkan lah nekwan kahwin baru?

Eh--

Astaghfirullahalazim tak boleh tak boleh, itu anak ikan namanya. Aku memandang lelaki itu dengan pandangan pelik. Macam macam spekulasi muncul dibenakku.

"Saya yang patut tanya apa yang awak buat kat sini?" dia memerhati aku atas bawah dan membuat muka smirk "pencuri ke?" tuduhnya sarkastik.

What the pirana?

Aku bercekak pinggang. Menjeling lelaki itu dengan tajam. Suka hati mata dia saja nak pandang orang macam tu, aku ni perempuan tau dia lelaki. Dahlah pandangan dia macam tu buat segala bulu roma naik. Seram. Pemikiran lelaki bukan boleh pakai sangat. Dapat jenis nauzubillah. Haa sia sia dia pandang aku dengan pemikiran yang bukan bukan.

"Heh! awak tu yang siapa hah?!! nak tuduh tuduh saya pencuri" marahku. Lengan baju aku singsingkan ke atas. Tak boleh sabar ni. Suka hati nenek moyang dia saja nak cakap aku ni pencuri. Cantik cantik begini dia cakap pencuri? Aku tengah lapar ni, kang aku makan orang satgi baru tahu.

Dia berkerut sedikit.

"Tanya aje kan, yang awak nak marah marah ni dah kenapa?" bidasnya.

"Tanya, tanya, tanya! tu bukan tanya saudara!! tu menuduh namanya" balasku sedikit meninggi.

Bebola mata aku perbesarkan. Macam Annabelle. Sesedap rasa aje nak tuduh orang yang bukan bukan "Tu ha rumah opah saya, dan balang ni kepunyaan opah saya. So, saya datang sini nak ambik barang ni saja bukan nak Men.Curi!"

"Boleh percaya ke?" katanya dengan nada curiga.

"Tak percaya sudah ingat saya nak kisah ke? Huh, waste my time betul. By the way awak ni siapa dan apa awak buat kat rumah ni?" Setiap sudut rumah Nekwan aku perhati, kut kut rumah ni dah jadi homestay tak ke malu aku.

"Perlu ke saya jawab? ouh mesti awak dah suka saya ni kan?" Dia menolak rambutnya kebelakang. Huh! acah macho!

Aku pasang muka buruk. Sesiapa tolong kirimkan air zam zam. Rasa tercemar telinga ni.

"Eww! takde benda lain nak jadi topik ke?" balasku malas. Aku mula memeluk tubuh.

Hempuk guna balang kuih ni baru tahu.

"Gurau jela, saya Danish Idham cucu kepada 'kakak nekwan'. Datang sini sebab.." Aku angkat kening, menanti jawapan darinya. Lelaki bernama Danish itu seakan berfikir.

"Melawat" putusnya.

Danish sengih segaris.

Perkataan kakak nekwan sengaja ditekan. Danish bukan lah cucu kandung Nekwan dan dia hanya menumpang kasih sayang selepas nenek kandungnya meninggal dunia 10 tahun lepas.

"Ouh." Hanya itu balasanku. Tidak tahu nak balas apa. Cucu kakak nekwan? nekwan cucu? apa apa saja lah.

Danish angguk.

"Dah tahu kan? Tak nak mintak number ke? mana tahu after this boleh tahu isi hati pulak?" Danish tersenyum manis. Lebih kepada senyuman buaya.

Heh! ingat Marissa melt ke? Pigidah!

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now