EBOOK SPECIAL CHAPTER 1

31.4K 1.2K 128
                                    

"MUHAMMAD AL - QASWAR!!!!"

Tidak peduli penghuni rumah cair tai telinga sekalipun, rasa nak buka War saja tengok keadaan rumah tika ini. Lantai rumah habis kotor dengan sisa tanah. Mana tak kotor kalau ada tiga biji electric motorbike kanak kanak yang terbiar di dalam rumah.

Dia buat macam tengah park.

Mentang mentang minions ada 3 ekor, tiga terus dia beli. Ingat murah ke, beribu riban juga duit habis beli bendala tak bermanfaat itu.

Kalau untuk Uwais dengan Noah, aku masih boleh berkompromi. Tapi untuk Qadree ada sekali, katanya alang alang. Biar sekali tiga terus dapat. Budak tu baru 5 bulan.

"Strawberry tak boleh diam ke? pening lah hari hari me-"

"Me-- me--- what?!" potongku dengan mata separa membesar. Qaswar yang hanya bertuala paras pinggang itu aku pandang dengan tidak puas. Aku ke hulu ke hilir kemas rumah, jejaka jejaka malaya dalam rumah ini boleh pula berendam kat bilik air.

Aku lah... sabar Marissa. Sabar.. kau isteri dan ibu yang baik kan?

Eeee!

Tarik kang baru tahu.

"apa pandang pandang? tahulah abang seksi"

Refleks aku tayang muka jelek. Tangan sudah bercekak pinggang melihat encik suami atas bawah. Selamba saja keluar bilik air dengan bertuala. Mahu ada tetamu tak diundang datang. Tercemar mata mereka, tak boleh! aku saja yang boleh tengok dia seksi hottie hottie. Dah ketepi semuaaaa. Tutup mata! jangan berani intai suami orang biar sikit pun. Cucuk mata dengan jarum kang.

"Pergi lah pakai baju, tak malu ke pakai macamni?"

"tak" balasnya sepatah.

Oh lupa, Qaswar? what did you expect?

Aku berdecit perlahan.

"Back to topic, siapa nak kemas semua ni? kenapa abang tak beli lori aje, biar park kat tengah tengah rumah. Bukan tak muat. Luas apa" hambik kau sarkastik aku bagi. Mana tak geram 3 motor budak kecik tu pun besar gedabak, aku yang dewasa ni pun boleh naik tahu. Qaswar jangan cakaplah, situ anak dia main situ juga dia join. Aku? berhuhu saja.

Qaswar bergaru kening sebelum berdehem sekali.

"Erk... allahu kotor ke sayang? tak nampak pun. Mana? berry tipu eh" dengan itu bebola mata Qaswar meliar melihat sekeliling tapi bebola matanya seperti menolak untuk tidak ingin melihat 'keindahan' yang telah dia buat dengan rumah kami. Bertuah punya suami, dia buat macam gaya glimpse of us pula.

"Tak baik berry tipu abang, dosa sayang" katanya lagi. Kepala sudah tergeleng geleng.

Tangan yang aku tompangkan pada pinggang di jatuhkan kesisi dan melangkah mendekati Qaswar bersama senyuman di muka. Dia diam saja sebelum berundur sedikit.

Dia menelan air liur paksa.

"No! no.. don't seduce me!"

What the-

Dalam hati sudah menahan diri dari meluahkan sesuatu yang tidak baik. Perlahan lahan telapak tanganku naik menyentuh dada bidang Qaswar yang terdedah luas. Perlahan lahan diusap buat dia terdiam sebelum diakhiri dengan tamparan.

Pap!

Berbunyi ha!

"Aduh.."

Sekali aku tersenyum. Bahunya aku tarik untuk menyamai ketinggianku. Akur, sebelum aku berbisik.

"ambik bantal abang, tidur dengan minions" sehabis kata aku terus melangkah ke luar dari ruangan itu. Ruang dapur aku tuju, masak.

Terjatuh rahang Qaswar dengan ucapan itu. Oh tidakk.

HELLO QASWARNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ