SPECIAL CHAPTER | BABY MEL Chapter 16

8.4K 565 62
                                    

"Your name, little girl?"

Pipi kembung seperti hamster. Mata bulat terkebil – kebil polos. Menghadam pertanyaan yang diajukkan sehingga ia mengambil masa beberapa saat.

Satu, dua, tiga..

Gadis kecil berambut messy bun itu, mengeleng kepala sambil mengunyah buah strawberry.

"Takder nama,"

"T– takder nama?" Diulang kembali.

Lelaki asing yang duduk mencangkung dihadapan Amanda, membuang pandangan ke sisi. Tertawa kecil. Anak mat saleh ke yang aku jumpa ni.. alahai..

Bekal makan berisi strawberry yang dipegang kemas oleh gadis kecil itu, dikerling.

Amanda Rai Imelisa.

Lama dihadam sebelum merenung empunya bekal itu. Mata bulat, rambut hitam pekat, sekilas pandang macam.. 50 - 50! mat saleh, tak juga. Melayu pula iya.. tapi entahlah! Kerana kulit Amanda putih seperti tidak sesuai dengan cuaca panas, kemerah - merahan macam lepas kena lempang. Eh tidak! tapi begitulah.. kalau perasaan malu bertandang, mesti kulit wajahnya cepat berubah warna. Pasti! Ditambah dengan cara Amanda berucap. Pelat sungguh!

Amanda sengih lebar, menampakkan baris gigi susunya yang rapi. Ngeee!

"Uncle ader girlfriend?"

Geleng.

"Takhader, uncle takhader sesiapa.."

"Whoaaaa!" Mata Amanda langsung membulat sempurna. Sinarnya mata bulat itu seperti mangsanya termasuk perangkap yang dibuat olehnya. Muehehehe.. takder gegirl..

Pap!

Selamba saja Amanda menjatuhkan tangan kecilnya pada belakang tangan lelaki asing dihadapannya. Refleks, kening si lelaki terjungkit ke atas. Amboi dik.. bagitau mak engkau yang kecik – kecik dah gatal!

"Aip! Aper ni sentuh – sentuh kiter?" Sengaja mengunakan cara Amanda berbicara. Muka dibuat pura – pura marah. Mata terjengkil, tapi tidak terlihat seram dan menakutkan di mata Amanda. 

Sengih lagi! Amanda menarik tangannya semula.

"Hehehe... sowyyy! Er... kiter jadi boyfriend - girlfriend.. boleh? Manda takder boyfriend, uncle jadi boyfriend Manda, macam Hannah dengan.. t– tak tahu nama dia aper.."

"Uncle– "

Amanda memotong, belum selesai lagi bicaranya. Strawberry seterusnya dimakan. Pipi kembung, mulut penuh mengunyah. Mata ke arah lain, lawan bicara di arah lain. Fokusnya dari bermacam sisi.

"Nama uncle aper? Nama Manda.. MANDA! Kalau uncle.. nama– " Yasmin– guru taska Amanda, mencelah.

Amanda menoleh, melihat ke arah Audi ditunjuk oleh cikgu Yasmin. Terparkir tepat di hadapan sekolah taska Amanda.

"Papa kamu dah datang, Amanda."

Qaswar. Menghampiri anak gadisnya dengan penuh berkarisma. Ceh! Kalau Marissa ikut bersamanya untuk menjemput Amanda, pasti bola mata Marissa sudah tergolek keluar. Jatuh cinta, iya. Cemburu pun mungkin, iya! Kerana ada kehadiran wanita asing disitu, iaitu cikgu Yasmin. 

Riak Amanda berubah ceria. Menelan sebiji strawberry dengan paksa sehingga biji matanya sempat terbeliak besar. Woi! terkejut aku! Hampir jadi saksi anak orang tercekik strawberry.

"Papaaaaaaaa,"

Amanda berlari ke dalam pelukkan Qaswar.

"Ya sayang, tak terbang papa sampai kamu nak berlari macamni." Cap dark green yang tersarung di kepalanya dibuka, disarungkan di kepala sang anak.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now