𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟖

23.4K 1.5K 83
                                    

LORONG yang semakin jauh dari cahaya terus dilalui tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Perasaan takut dan seram tidak diperdulikan sama sekali. Yang si dia tahu hanya berlari sejauh mungkin supaya tidak tertangkap dari orang orang yang mengejarnya. Nafas yang semakin tidak teratur rentaknya cuba untuk dikawal. Namun semakin cuba dikawal semakin kuat bunyi nya.

Sesak.

Penat.

Kawasan yang sunyi itu hanya didengari dengan suara orang kejar mengejar.

Semakin riuh dengan bunyi tapak kaki berlari.

Bang!

"AHH" si dia meringis kesakitan bila terasa ada suatu menembusi peha kiri. Bodoh.

Rasa sakit yang semakin mencucuk cucuk tidak dihiraukan. langkah semakin dibuka sebesar mungkin untuk mencari tempat selamat. Seluar sudah lecun dengan darah dihiraukan saja. Dia kena selamatkan diri dan jangan sampai tertangkap. Itu tekad nya.

Suasana jadi sepi apabila langkah si dia mendadak terhenti. Penghujung jalan. Tika ini di depannya hanya ada tembok pemisah yang sangat tinggi.

Holy shit!

"Bodoh. Kenapa nak kena block jalan ni dengan tembok sial!"

Dia sudah tiada pilihan lain selain cuba untuk berdepan dengan orang yang mengejar tadi. Kalau berlawan yang dia perlu lakukan sekarang dia siap asal tak kena cekup.

Pistol dibelakang seluar sudah sedia dikeluarkan dan membuka langkah berjaga jaga. Mata pistol dihalakan ke hadapan.

Si dia tersenyum seram.

Alpha Delta Leopards.

Huh! Alpha konon.

Dia sudah agak lelaki yang berpakaian hitam di depan nya sekarang selalu mengekori dia sejak dari cafe lagi. Dia kenal siapa Alpha, orang yang dia kena berhati hati. Detective leader bagi Team Delta Leopards. Tapi dia berlagak tak tahu saja kerana dia ingat identiti yang dia simpan selama ini masih tersimpan rapi.

Tch.

Bodoh.

Rupanya penyamaran sebagai barista sudah terbongkar.

"Put your hand up" arah Qaswar dengan nada tegas.

Sebelah tangan memberi isyarat untuk menghalang anggota lain daripada melepaskan tembakan. Matanya tergerak gerak memerhati setiap langkah Harris.

Hampir 2 minggu dia perhatikan lelaki dihadapan nya ini tapi semalam dia hampir hilang jejak bila target mereka sudah mencuba untuk melarikan diri. Cis! menyusahkan.

"jadi kau lah yang spy aku selama ini" sinis Harris.

"Encik tolong bagi kerjasama" pujuk Danish dengan mengarahkan Harris untuk menurukan senjata.

Takut pula kalau kalau ada anggota yang tercedera. Mereka harus sentiasa berfikir sebelum bertindak.

Silap langkah boleh gagal misi mereka.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now