𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟐

31.1K 1.4K 115
                                    

"DANISH!"

Bugh!

"Aduh!"

Danish berdesis kesakitan sambil memegang belakang kepalanya yang terhantuk pada hujung bucu meja. Sebelum sempat dia tertindihkan Afiera, dia sedaya upaya menyeimbangkan diri agar tidak terjatuh pada gadis itu, tapi alhasilnya dia pula yang terkena.

Sakit.

"Halamak! awak okay tak?" Soal Afiera risau.

"Cuba saya tengok kepala awak." Afiera berpusing ke belakang tubuh Danish. Belakang rambut hitam pekat itu ditilik dengan teliti.

Akibat bibir Danish yang tidak berhenti dari mengaduh sakit, Afiera turut terikut sama. Berkerut kerut wajah itu sambil menilik belakang kepala Danish. Sesekali Afiera mengigit kuku sendiri, dengan takut takut dia ingin menyentuh kepala Danish.

Risau dan takut. Kerana lelaki itu seperti sungguh dalam kesakitan.

Ting! Tong!

"Ya, kejap! kejap! saya tengah tengok kepala orang ni." jerit Afiera dengan kuat.

"Mak aih. Sakit sangat ke Dani?" Soal Afiera lagi.

Boleh tahan tajam juga, hujung meja coffee di ruang tamu itu. Muka Danish berkerut. Dapat hilang mabuk member.

Ting! Tong!

Afiera memandang ke arah pintu utama yang terbuka luas. Matanya dipicingkan sehabis mungkin. Terdapat satu figura yang tinggi lampai terpacak muka pintu. Sepanjang Danish masuk ke dalam rumah banglo itu, Afiera sama sekali tidak menutup pintu. Di biarkan saja terbuka dengan luas.

"Pergi tengok dulu." ujar Danish sambil memegang belakang kepalanya berdenyut denyut. "Bukan mabuk dah ni, tapi sakit lain." bisiknya perlahan.

Afiera menjatuhkan kepala, pantas bergegas ke pintu utama untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumah itu.

"Ya ada... eh? macam kenal." ujar Afiera disebalik pintu.

Orang itu menunduk sedikit. Sempat melemparkan senyuman nipis sebelum menjengukkan kepalanya ke dalam rumah besar itu. Dahinya sempat berkerut sebelum menjatuhkan kepala sekali.

"Danish ada?"

"Ada! ada. Masuklah, Dani ada kat dalam." Pelawa Afiera seraya menunjuk ke arah Danish. Dia berganjak ke tepi sedikit, memberi ruang kepada lelaki itu untuk masuk.

Tiba tiba dia terasa pelik. "Wait! how you.. macam mana awak tahu Danish ada kat sini?"

Eidlan mengangkat kening seraya menunjukkan layar skrin telefon bimbitnya kepada Afiera. Skrin itu memaparkan mengenai perbualannya dengan Alvin beberapa minit lalu.

"Tuan Alvin detect location Danish tadi. That's why saya boleh sampai sini.. maaf kalau kedatangan saya. menganggu awak-"

Terhentinya kata Eidlan Ejas buat kedua bebola mata Afiera membulat besar.

"Kitorang tak buat apa apa! Sumpah! Danis..."

"Jas, jom balik."

Afiera terdiam memandang ke arah Danish yang sudah berada di sebelahnya.

"Saya balik dulu.. terima kasih sebab tumpangkan saya." Pamit Danish.

Lambat lambat Afiera menjatuhkan kepala.

"A..awak dah okay? masih pening?"

"Baik je. Awak jaga diri. Kalau orang tak dikenal datang, jangan main buka pintu aje." pesan Danish sebelum berlalu bersama Ejas dari situ.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now