𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟓

29.7K 1.4K 135
                                    

TAK VOTE SPAM KOMEN BUKAN SCANDEL SCANDAL SANDAL QASAYANG.


HAEDI bergegas masuk ke ruang cyber operasi. Uniform polis yang lengkap tersarung pada tubuhnya sempat dikemaskan sekali sambil mempercepatkan lariannya. Memasang alat pendengaran pada telinga untuk mula mengawal operasi mereka.

Operasi Thailand code 253.

Operasi memberkas dan menyelamatkan mangsa pemerdagangan manusia.

Bebola mata berwarna hitam pekat milik Haedi tekun memerhati tindak tanduk para anggota yang terlibat dalam misi mereka pada malam itu, melalui satu skrin tv. Beberapa skrin lain turut memaparkan gerak geri suspek mereka. Satu butang ditekan untuk menghantar maklumat.

Bibir Haedi mula bergerak memberi maklumat.

"Suspek utama kita sudah melepasi sempadan diantara Malaysia dan Thailand pada pukul 8 malam tadi. Menurut pemerhatian suspek akan bertindak untuk melarikan semua mangsa ke bahagian selatan Thailand pada pukul 2 pagi nanti. Semua diminta untuk alert dengan semua arahan dari pusat kawalan!"

Tanpa jeda.

"Seperti anda sudah sedia maklum, kali ini Team Black Hawk akan berkerjasama sekali lagi dengan Team Delta Leopards yang diketuai Alpha (Muhammad Al Qaswar) dari Personal Detective Agency. Saya taknak buang masa, semoga semuanya berjalan seperti yang semua anggota telah rancangan. Goodluck and do all your best!"

"LEPAS! korang ingat kitorang ayam ke nak kurung macam ni"

Lusha menurunkan baju yang ternaik pada pehanya. Entah kenapa dia berpakaian terdedah seperti itu. Dari perkiraan Lusha sendiri, kini dia dan 13 orang perempuan yang turut di kurung sama seperti dia sama mengenakan pakaian kurang sopan. Seksi, dan mungkin mereka semua diculik oleh bapak ayam!

"haah! kalau aku tahu aku kena tipu aku takkan ikut cakap member aku untuk pergi bandar" tambah Diana. Lusha menoleh kepada perempuan bernama Diana itu, nampak polos tapi garang.

"Tolonglah aku nak balik, aku tak suka pakai pakaian macam ni"

Lusha berteriak lagi untuk dilepaskan bila beberapa gadis yang sama nasib sepertinya berteriak sama. Bilik kurungan besi itu ditendangnya beberapa kali. Macam duduk dalam penjara.

"AKU NA..."

"DIAM BODOH!" jerkah satu lelaki berbadan tegap. Selaras senapang dihalakan pada kepala Lusha. Lusha menelan air liur kesat. Perlahan lahan dia menjauh dari lelaki itu.

"yang kau takut kenapa? dia takkan bunuh kita" beritahu Diana keras.

"Ye! Dan kau lelaki berkurap cepat lepaskan kami!" jerit perempuan dibelakang Lusha. Dia sudah berdiri dengan garang. Sedikitpun dia tidak takut kerana dia sudah dua kali kena tangkap sebegini rupa.

"baik kau diam perempuan!"

"KALAU KITORANG TAKNAK?!" cabar Diana.

Zarul berdengus kasar seraya menendang kasar besi jerigi itu menyebabkan beberapa mangsa tahanan mereka berteriak ketakutan. Keadaan jadi riuh pada tika itu. Lusha Memberanikan dirinya berdepan dengan lelaki bernama Zarul itu.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now