𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟗

23.7K 1.4K 77
                                    

Kirana's Floral.

Pagi itu awal awal lagi Afiera pergi ke Kedai bunga untuk menguruskan hal yang nan satu itu. Marissa ditinggalkan sarapan bersendirian. Maafkan lah member mu ini, demi cuti yang tenang dia kena settle kan kerja dengan cepat.

300 rose?

Nampaknya dia kena bergerak sendiri untuk membeli bunga di garden warehouse. Bukan dia tidak boleh meminta agent untuk datang tetapi agent baru sahaja datang dua hari lepas. Kalau nak minta stock akan makan masa beberapa hari. Majlis customer dah dekat, takut pula kalau kalau bunga yang sampai tidak sama dengan yang dia ada sekarang. Bukan bunga rose tu lain jenis ke apa kadang ada yang rosak lah itu lah ini lah kang makin pening dia memikirkan. Lagipun akan merugikan untuk bayar kos dengan order yang sikit. Kalau dia minta agent datang untuk bayar tempahan bunga rose sahaja rugi lah dia. Bunga bunga yang lain baru sahaja di hantar kang beli lagi ada pulak yang rosak nanti. Kirana's Floral pun baru saja beroperasi. Tak mampu lah dia nak tanggung kos besar besar nanti.

Srett!

Handreak di tarik.

Sampai pun.

Melihat Garden warehouse yang agak penuh dengan manusia membuatkan Afiera mengeluh perlahan. Bengkel kereta di sebelah Garden dipandang sekilas.

"banyak tempat kat KL ni kat sebelah garden jugak dorang nak buat bengkel"

Letih lah macam ni.

Yang Afiera tak suka waktu nak weekend sebegini mesti kawasan garden akan sesak. Kadang kena berpusing dua tiga kali baru dapat parking.

Lain pengunjung dari garden lain lagi dari bengkel disebelahnya. Sama sama nak untung. Heh kau pun peniaga Afiera takkan lah taknak kejar untung?

Dia mengucap perlahan. Fikiran tak boleh nak positive sikit.

Langkah diatur untuk ke seberang jalan. Dengan keadaan matahari terik membuatkan Afiera sedikit berkerut.

Panas.

Disebabkan panas yang mencucuk cucuk membuatkan Afiera tidak focus untuk melihat keadaan kereta jalan raya.

Langkah di atur secepat mungkin.

Namun entah di mana silapnya, tiba tiba di dorong kuat oleh seseorang sehingga membuat Afiera jatuh terduduk di atas jalan.

Kenapa?

Apa yang terjadi.

"awak okay?"

Tanya orang yang menolaknya tadi. Lelaki ka?

Dush!!!

anak mata Afiera berpaling melihat kereta yang baru sahaja melintasi mereka. Laju.

Astaghfirullah.

Nyaris kena langgar.

Afiera cuba untuk bangun. Dengan keadaan yang susah payah terus lelaki tadi membantu nya. Rasa sakit di kepala lutut cuba di tahan. Pasti lecet.

"Terima kasih encik. Saya tak perasan ada kereta tadi."

Tangan yang kotor dengan butiran batu kecil dibersihkan beberapa kali. Terasa agak pedih bila ada kesan calar.

Afiera mengeluh lemah. Luka.

Lelaki memakai cap itu mengangkat muka.

Dia tersenyum.

Buat beberapa saat masing masing saling bertatapan. Diam. Dalam diam Afiera sudah terpaku dengan raut wajah lelaki itu. Wah manis! eheks.

Lesung pipit yang menghiasi pipi lelaki itu yang memberi tarikkan pada Afiera untuk bertahan melihatnya.

HELLO QASWARWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu