𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟏𝟎

29K 1.4K 37
                                    

PELIPIS dipicit beberapa kali. Sebelah tangan sudah bercekak pinggang melihat patung mannequin yang tidak jauh dariku. Mahu saja aku menangis meraung bila kain baju pengantin salah potong. Kenapa.. kenapa kau cuai sangat Marissa.

Buat masalah aje, bazir masa sungguh!

"Ya tuhan boleh kan Nurynmarissa menghilang dari bumi ini buat seketika? huargh!" dengan rasa geram yang berbuku manneuqin itu aku goyangkan dengan sekuat hati. Kalau benda tu boleh hidup sudah lama aku teriak pada telinga patung tu dan cakap 'yusoff taiyobbb' eh salah salah dia macam ni 'tolong jangan menyusahkan boleh? orang penat ni'. Ha cenggitu lah.

Penat.

Kaki mannequin itu aku pandang lama. Rasa nak sepak pulak. Baru je aku berura ura nak menyepak, ada pula suara yang menegur. Aku menoleh ke arah pintu.

"Miss, Vera dah sampai."

Aku mengangkat kening. Tak nampak ke orang tengah bergaduh ni?

"Amira awak tahu kan saya sibuk? Lagipun buat masa sekarang saya tak terima mana-mana appointment." Jarum peniti yang melekat pada kain di mannequin itu aku cabut satu persatu. Haih, mula dari kosong lah balik jawabnya.

"Tapi Miss, Cik Ivy MC hari ini. D-dah tak ada sesiapa selain Miss Rissa." Takut takut Amira bercakap dengan Marissa. Bukan dia tak nampak tadi yang Marissa macam kemasukkan Jin. Macam gila pun ada kan? Risaulah cantik-cantik gila hahaahha kang tak pasal pasal Amira pula yang kena tumbuk.

Aku terdiam seketika. Kena ambik ahli tugas Ivy lah kalau macam ni gayanya.

"Uhm, Beri saya kemas ini semua. Awak pergi handle Cik Vera, selama tunggu saya siap kemas semua ni."

Amira mengangguk faham dan keluar dari bilik kerjaku.

"Katalog cik ivy saya letak luar, ya."

"Baik, Amira."

Jarum peniti yang terkumpul tadi aku simpan ke dalam bekas penyimpan. Meja yang berselerak dikemaskan sedikit. Berselerak sangat duhai Marissa. Setelah selesai, aku terus mengatur langkah ke luar pejabat.

Perempuan yang membelakang aku dipandang lama. Berfikir sejenak. Mungkin dia si Vera Vera yang dimaksudkan Amira. Hanya dia yang seperti menunggu sesuatu.

"C-cik Vera," panggilku ramah.

Sedar dengan teguranku perempuan itu menoleh ke belakang. Pandangan kami berdua bertembung. Mata dia. Entah kenapa aku dapat merasakan dunia ku sekarang betul betul berhenti saat ini. Takkan lah perempuan kat depan aku ni 'dia'.

Dia.

Manusia.

dan.

Perempuan.

Dari masa lalu aku.

Kalau orang lain mungkin pada saat ini akan berpeluk tampar mahupun saling bertanya khabar. Tapi untuk aku semua itu tidak akan terjadi lagi.

"Ya, Alvera Louvina"



"Marissa kau okay ke?" Tanya Afiera prihatin.

"Mungkin kita tak kenal rapat tapi boleh aku tanya kau kenapa? kau ada masalah ke? cerita lah inshaAllah kalau boleh aku bantu aku bantu"

Aku memandang ke arah Afiera. Pasang mata hitam itu aku pandang untuk cari kejujuran. Trauma. Aku takut untuk percaya orang.

Melihat Afiera senyum yang nampak ikhlas membuatkan aku yakin untuk membuka cerita. Aku tak boleh samakan semua orang sebab satu trauma. Aku kena fikir masih ada orang yang baik di Dunia ni.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now