𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 1 | abang!

1.6K 85 3
                                    

Dush!

Bunyi kilat itu membuatkan Adira terjaga dari lenanya. Duvet ditarik sehingga paras dada. Kaki dirapatkan kedada. Tangan naik menutup kedua-dua belah telinga.

"Abang... Sofi takut..." Teriak Adira. Wajahnya sedikit pucat. Air mengalir deras.

Dush.

"Abang!" Jerit Adira lantang. Ammar terjaga dari lenanya apabila mendengar jeritan Adira.

Pintu bilik Adira dikuak dari luar. Makwan dan Pakdaus melangkah masuk ke dalam.

Makwan terus menerpa kearah Adira. Rambut gadis itu diraup kebelakang.

"Ya Allah Dira. Kenapa ni sayang?"

"D-dira takut.. Dira nak a-abang Aedy" Makwan terkaku. Sedih juga dia melihat keadaan Adira.

Trauma dengan kisah dahulu. Dimana saat dia kehilangan seseorang.

Tengku Aedy Spencer.

Abang sulungnya. Dia kehilangan abangnya sewaktu umurnya lapan belas tahun. Mereka kemalangan tetapi hanya dia seorang yang selamat. Manakala abangnya tidak dapat diselamatkan. Hujan yang membasahi dunia serta kilat membuatkan Adira trauma kerana sewaktu kejadian hujan lebat serta kilat. Mereka terbabas akibat ada kereta yang datang dari arah lawan.

Jadi disebabkan itu mereka kemalangan dan trauma yang dilalui oleh Adira Sofia.

"Ma-makwan.. D-dira nak abang... Mana abang?" Rintih Adira bersama esakan.

"Sayang.. Dengar makwan kata ni. Abang Aedy dah takde. Dia dah takde. Dia dah lama pergi sayang" Dibelai-belainya rambut Adira.

Adira menggeleng tanda salah. Tak abangnya tak mati lagi.

"Tak! Makwan tipu! Abang hidup lagi! Dira nak abang.." Makwan turut mengalirkan air mata. Kenapa sampai macamni sekali gadis ini diuji?

"Wan abang turun tengok Ammar kejap" Kata Pakdaus. Makwan mengangguk. Tangannya masih mengelus rambut Adira.

Pakdaus melangkah keluar dari bilik itu. Mata Makwan tertacap pada satu benda yang tergantung tidak jauh dari katil itu. Gambar seseorang iaitu, Aedy Spencer.

Sampai sahaja ditingkat bawah pintu bilik Ammar diketuk.

Tuk tuk tuk

"Ammar? Amar dah tidur ke?" Soal Pakdaus.

"Belum Pakdaus. Masuk je" Kata Ammar. Pintu bilikny dikuak. Pakdaus melangkah ke dalam.

"Pakdaus Adira okay?" Soal Ammar cemas.

"Jangan risau la Mar. Adira okay. Biasa la tu trauma dengan benda lalu. Tapi takpe Makwan ada dengan dia sekarang. Ni Ammar belum tidur ke?" Ujar Pakdaus seraya itu mengambil tempat disebelah Ammar.

"Ammar dah tidur tadi tapi lepastu Ammar terjaga sebab dengar jeritan Adira. Tu yang Ammar risau mana tahu apa-apa jadi pada dia." Balas Ammar sopan. Dari matanya jelas boleh nampak bahawa dia takut akan ada benda yang terjadi pada Adira.

"Takpayah la risau. Makwan tu ada dekat atas dengan dia sekarang. Benda yang sama jadi balik. Setiap kali hujan dengan guruh pasti Adira tu takut. Ye la trauma kan. Pakdaus pun kesian juga tengok Adira tu. Dia baik sebenarnya tapi sebab satu kejadian dia berubah. Kalau la abang dia Aedy ada lagi mesti dia takkan berubah sampai macamni sekali. Kesian dia" Ammar memandang Pakdaus dengan riak wajah sedih. Di celah tubir mata Pakdaus berair.

Teringat akan kisah dahulu. Semasa Aedy dan Adira kecil-kecil dahulu. Sukanya dia melihat mereka. Dari mereka bayi lagi Pakdaus dan Makwan sudah bekerja di rumah Dato Faizal Amirul dan Datin Haila Haryna.

Dush.

"Abang!"

"Ya Allah Adira. Makwan ada ni jangan takut" Makwan berselawat. Mata dipejam erat. Pelukan dieratkan lagi.

Adira menangis teresak-esak di pelukan Makwan. Rindunya terhadap abangnya amatlah besar.

"Jangan takut ye sayang. Makwan ada ni. Jangan takut" Sekaligus Makwan berselawat dengan tangan mengelus rambut Adira.

Bagaikan anak dan ibu. Adira semakin teresak-esak menangis. Dia trauma tapi kedua-dua ibu bapanya tidak faham. Mereka seakan tidak mengambil berat tentang itu.

"Makwan.. Takut..." Kata Adira.

Dush.

Bunyi guruh lagi sekali membuatkan kedua-dua belah bahu Adira terhinjut. Dalam pelukan Makwan dia menangis teresak-esak.

"Kalau ikutkan hati nak je Ammar ada dengan Adira sekarang tapi sebabkan Ammar tak boleh jalan la Ammar tak dapat ada disisi Adira sekarang. Dia perlu kan seseorang berada disisinya"

"Betul tu. Adira tu Pakdaus dah anggap macam anak sendiri. Dia perlukan sokongan. Pakdaus bukan la nak cakak buruk pasal Dato dengan Datin tapi apa yang Pakdaus dengan Makwan perasan lah. Adira tu dia tak rapat sangat dengan Dato dan Datin. Tapi dia lebih rapat dengan Aedy." Ammar mengangguk faham. Dia mengerti perasaan wanita itu. Kehilangan abang pada usia lapan belas tahun.

Dush.

Lagi sekali bunyi guruh membuatkan Adira terkejut. Dia memeluk Makwan erat seeratnya.

"Shh.. Makwan ada dekat sini, Dira jangan takut, ye sayang"

"Abang.... Mana abang? Dira nak abang.."

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now