𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 14 | terima?

885 50 1
                                    

"Assalamualaikum...mak abah" Aira menyalam kedua-dua tangan ibubapanya.

Dia memeluk erat tubuh mak Asmah dan abah Zamri. Rindunya la dekat kedua-dua ibubapanya ini. Lama tak balik kampung dan yang paling lama ialah masakan tiptop mak Asmah. Rindu betul...

"Waalaikumussalam. Qaseh apa khabar?" soal Mak Asmah.

"Alhamdulillah khabar baik. Mak abah sihat?" Kedua-dua kepala itu mengangguk.

"Alhamdulillah sihat. Ni naik la dah malam ni. Esok-esok je kita borak ye?" Aira mengangguk. Dia mengangkat lagguagenya dan membawa masuk ke dalam.

Ammar terpaksa mengesot untuk mengelap bubur kerana secara tidak sengaja dia tertumpahkan mangkuk yang berisi bubur yang dibuat oleh Adira pagi tadi. Walaupun sakit untuk bangkit dari kerusi roda itu tetapi nak buat macam mana Ammar terpaksa cuba bangkit dan akhirnya dia terjatuh juga dari kerusi roda itu.

Tetapi ditangannya ada tuala kecil. Dan dia mengelap bubur yang tertumpah itu.

Pintu dikuak itu membuatkan Ammar tersentak. Dia berpaling pada Adira yang menghampiri ke arahnya.

"Kau buat apa ni? Asal bersepah? Bodoh la kau ni! Yang pergi tumpahkan bubur ni asal? Ish rimas la!" bentak Adira. Handbagnya dicampak ke tepi. "M-maaf... Ammar lapar. Ammar tak sengaja terjatuhkan bubur tu" Ammar mengetap gigi. Adira sudah naik berang.

"Lapar? Kau nak makan kan? Sini kau" bubur yang sudah kotor kerana terjatuh di atas lantai itu disumbat-sumbat ke dalam mulut Ammar. Ammar meronta-ronta kerana mulutnya penuh disumbat-sumbat seraya itu terbatuk-batuk Ammar dibuatnya.

"Nah makan ni" Adira tidak lepas menyumbat bubur yang sudah kotor itu ke dalam mulut Ammar. Adira bangkit dari mencangkung di hadapan Ammar. Dia melangkah pergi mengambil air. Air panas dituangkan di atas tangan Ammar. Ammar meronta-ronta kesakitan. Air mata jantannya mengalir tetapi dia langsung tidak endahkan itu.

"S-sakit Dira! Sakit!" Kata Ammar. Adira tersenyum sinis. Sakit? Sakit ye? Padan muka kau! Dasar lelaki sengkek!.

"Apa?" Terkejut Aira apabila mendapat tahu hal sebenar dia pulang kesitu.

"Mak dengan Abah suka dia. Walaupun duda tetapi dia kata dia kenal Aira. Kejap lagi dia mai. Jadi nak taknak Qaseh kena terima tau. Mak dengan Abah dah setuju" Aira menggaru kening. Taknak!

"Tapi mak Qaseh taknak kahwin dengan duda. Qaseh taknak kahwin" Rengek Aira bagaikan anak kecil.

"Qaseh jangan mengada. Mak abah tahu yang dia mampu jaga kamu." Aira menggeleng. Taknak! Taknak!

"Abah--"

"Keputusan abah muktamad ye puteriku. Abah akan serahkan tanggungjawab abah pada dia. Nak taknak Qaseh kena terima. Keputusan ketua kampung muktamad. Abah sebagai ketua kampung nak yang terbaik untuk puteri kedua abah, tengok macam kakak kamu yang sulung tu. Dah kahwin lepastu dah ada anak. Kamu tu bila lagi?" Soal Abah Zamri panjang lebar. Aira membuat muka sedih. Mulut dimuncungkan.

"Apa kata abah suruh adik kahwin?"

"Adik kamu tu baru 15 tahun. Nak suruh dia kahwin lamberttt lagi" Kata Abah. Pengaruh tiktok la ni. Aduhai.

"Dah dah keputusan abah muktamad ye. Kejap lagi dia nak sampai dah. Pergi siap kan makanan dan minuman untuk dia" Aira menggeleng.

Taknak. Taknak. Taknak!

"Assalamualaikum"

Tuk tuk tuk

Aira sudah gelabah teruk sebaik sahaja pintu diketuk. Dia pantas berlari masuk ke dalam. Tudung bawal dipakai. Aira menutup pintu biliknya rapat. Tidak mahu berkahwin.. Huwaaa.

"Waalaikumussalam... Jemput la masuk" Pintu dikuak oleh Abah. Jejaka itu masuk ke dalam bersama seorang budak kecil.

Budak kecil itu pantas berlari ke arah mak Asmah dan memeluk tubuh tua itu.

"Rindunya la nekwan dekat dia sorang ni." dicium-cium pipi budka itu bertalu-talu. Tapi nasib dia tidak seorang yang suka menangis.

Abah Zamri tersenyum melihat telatah isterinya itu. Macam dia pulak yang emak kepada budak itu. Haishh sabar je la.

"Jemput duduk"

"Terima kasih pakcik" Abah Zamri mengangguk. Lelaki itu duduk di atas sofa itu. Anaknya duduk disebelah mak Asmah.

"Qaseh mai sini keluar. Jumpa bakal suami kamh ni" Aira di dalam bilik mempu meggeleng. Taknak... Takut...

"Aira... Meh sini keluar ni" Nak taknak Aira terpaksa juga mengikut kata si ibu. Pintu dikuak perlahan demi perlahan. Kemudian dia seakan teringat. Dia memakai tudung tetapi baju lengan pendek. Dia pantas kembali menutup pintu lalu menukar baju ke lengan panjang.  Usai dia menukar baju. Dia membetulkan tudung bawalnya kemudian pintu dikuak.

Keluar sahaja dari bilik. Matanya tertacap pada lelaki yang sedang duduk di atas sofa tersebut.

Mata bertemu mata. Senyuman terukir dibibir jejaka itu.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now