𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 30 | rintih

1.2K 65 4
                                    

"Apa aku dah buat ni? Aku hina Ammar. Aku pukul dia. Aku tinggalkan anak aku sendiri. Aku khilaf Ya Allah" ujarnya. Air matanya tumpah jua.

"Ammar... Maafkan aku" rintih Adira.

Kemudian Adira mengambil jalan untuk menelan pil. Pil tersebut disua ke dalam mulut. Lalu ditelannya pil itu.

Lama sedikit, Adira seakan pening. Matanya menjadi kabur dan akhirnya Adira terlorot jatuh di dalam tandas. Roomate Adira iaitu Eilish terus membatalkan niatnya mahu masuk ke dalam bilik setelah mendengar sesuatu di dalam bilik Adira.

Dia mengetuk pintu bilik Adira berkali - kali tetapi lansung tiada respon. Eilish mengambil keputusan untuk main terjah ke dalam. Pintu dikuak. Dia menapak ke dalam.

"Sofia? Where are you?" Eilish ke arah bilik air Adira. Dia cuba membuka pintu bilik air. Pintu dikuak dan terlihat sosok tubuh terbaring bersama buih - buih dimulut.

"Sofia!" Eilish mendapatkan tubuh terbaring tersebut dan pipi Adira ditepuk - tepuk malah tiada respon.

"Bonda! Bonda! Adira..." tercungap - cungap nafas Aedy. Mereka yang lain sudah kelihatan pelik. Adira? Kenapa dengan dia?

"Adira? Kenapa dengan Adira? Aedy?" Sapa Ammar terlebih dahulu.

"Aku baru dapat call dari kawan Adira. Adira masuk hospital!" Mereka semua terkejut. Ammar yang berada di di atas katil Wad cuba untuk mencabut wayar ditangannya.

"Ammar kau nak buat apa ni?"

"Keluarkan aku dari sini. Aku nak tengok Adira. Please Aedy. Aku taknak apa - apa jadi pada Adira" Ujarnya dengan nada cemas. Aedy menggeleng.

"Tak boleh Ammar. Kau pun baru--"

"Aku tak kira! Tolong la Aedy. Aku taknak apa - apa jadi pada Adira. Aku sayang dia." Nak taknak Aedy terpaksa keluarkan Ammar dari situ. Tapi bagai mana?

Tiga hari sudah berlalu dengan pantas. Amar sudah boleh pulang. Dan bila sahaja dia boleh pulang, mereka semua ke Australia.

Dalam tempoh tiga hari ini juga, Adira masih tidak sedarkan diri. Eilish masih setia menunggu Adira bangun, tetapi hampa. Adira langsung tidak sedarkan diri.

Usai mereka sampai di Australia. Hala tuju mereka ke Perth dan terus ke hospital.

Sesampai sahaja hospital, mereka ke kounter pertanyaan. Apabila sudah diberitahu, mereka terus menapak ke tingkat tersebut. Eilish yang seakan perasan ahli keluarga Adira. Terus dia bangkit dari duduk dan melangkah ke arah mereka.

"Hey" sapa Eilish. Mereka berpaling padanya.

"Thanks godness, by the way i'm Eilish. And i can speak Malaysian too. Actually Sofia tak sedarkan diri lagi. Dah tiga hari dia tak sedarkan diri" Kata Eilish lalu menceritakan apa yang terjadi.

Air mata Ammar mengalir kepipi apabila melihat tubuh terbaring di atas katil Wad bersama alat pernafasan.

"She's fine. Don't worry" Aedy menepuk bahu Ammar. Ammar mengangguk dan menyeka air matanya.

"Eilish mana?" Soal Ammar apabila melihat kelinat Eilish tiada disitu.

"Aku suruh dia balik. Lagipun dia dah jaga Adira tiga hari kut" Ammar mengangguk.

"Abi... Ni ke ibu, Fia?" Soal Aqiera lalu mendekati katil tersebut dan cuba memanjat katil tersebut.

Aedy menolong Aqiera naik ke atas katil itu.

"That's your mother baby" Melebar senyuman Aqiera. Lalu dia mencium pipi ibunya, Adira.

Tanpa mereka sedar dengan secara tiba - tiba, Air mata Adira mengalir. "Abi.. Ibu menangis la" katanya. Mereka semua seakan terkejut. Aedy menapak keluar untuk memanggil doctor.

Tiba - tiba doctor menapak ke dalam. Bunyi mesin tersebut berbunyi. Terus nurse - nurse disitu menyuruh mereka keluar.

Aedy terpaksa menahan Ammar dari masuk kedalam. Kelihatan wajah Ammar cemas. Dia takut jikalau apa - apa terjadi pada Adira.

Ya Allah selamatkan la Adira. Gumam Ammar. Dia mundar mandir disitu.

Pintu dikuak.

Klak!

Seorang Doctor wanita menapak keluar dari wad Adira.

"Doctor how my wife?" Soal Ammar terlebih dahulu.

"Thanks to the god. You wife are in good healt. She's fine" jawab Doctor wanita tersebut. Mereka semua mengucap syukur. Alhamdulillah.

"Thanks doctor" Doctor itu mengangguk lalu melangkah pergi.

Ammar dan yang lain terus menapak ke dalam. Aqiera berlari masuk ke dalam.

"Ibu!" Adira berpaling pada sosok seseorang.

Ya Allah, Aqiera Hafia. Anak perempuannya.

"Anak ibu." Adira terus mengangkat Aqiera naik atas katil tersebut. Lalu memeluk tubuh anak perempuannya.

Ammar dan yang lain tersenyum bahagia.

"Ya Allah anak ibu dah besar" dicium - cium pipi Aqiera bertalu - talu. Seraya itu, mata Adira berlinang.

Ammar mendekati mereka. "Adira..."

Adira berpaling pada Ammar. Matanya yang berlinang terus diseka.

"Ammar..."

"Awak okay?" Adira mengangguk. "I'm fine" Ammar tersenyum.

Lupakah dia dengan apa yang terjadi? Lupakah dia dengan apa yang dilakukan Adira terhadap dirinya?

"S-saya minta maaf. Sa-saya salah. Saya tak patut--" belum sempat Adira menghabiskan ayat nya terlebih dahulu Ammar memintas."it's okay. Bukan salah awak" Adira mampu tersenyum kelat. Kalau dia tak ikutkan egonya mungkin semua ni takkan berlaku. Mungkin sampai sekarang Ammar takkan memaafkan dirinya.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now