𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 5 | flashback

895 54 2
                                    

"Adik cepat la nanti lambat. Hujan ni. Kesian walid dengan bonda tunggu" Panggil Aedy diluar bilik Adira. Jam tangan dilihat sekilas.

"Ye kejap dah nak siap ni" Balas Adira.

"Adik--" pintu dikuak.

"Ye ye dah siap ni" Melebar terus senyuman Aedy apabila melihat Adira mengenakan dress warna hitam yang dibelinya.

"Wow cantiknya adik abang ni" puji Aedy.

Adira tersengih. "Memang la cantik tengok la siapa yang beli baju ni. Aedy spencer kot. Beli apa saja semua cantik" Kata Adira. Tak tipu memang cantik baju dress yang dibeli abangnya.

"Dah la are you ready? Walid dengan bonda dah sampai. Kesian dia orang tunggu" Balas Aedy bersama satu senyuman.

"Okay-okay, sorry"

"It's okay"

"By the way abang handsome la" puji Adira pula. Aedy mengukir senyuman. Dia mengenakan baju suit bewarna hitam.

Makan dinner diluar bersama keluarga membuatkan Aedy terasa sangat teruja. Bukan dia tak pernah berdinner diluar dengan family tetapi harini dia terasa sangat teruja. Kot kot la dinner itu adalah dinner terakhinya.

"Ofcourse la tengok la siapa. Adik abang ni pun cantik" Adira tersengih lebar. "Hihi dah la jom pergi" Aedy mengangguk.

"Adik, abang nak pegang tangan adik boleh? Ala macam orang kahwin tu. Turun tangga ada orang pegangkan tangan tu" Adira terasa pelik. Kenapa la abangnya ini. Pelik semacam tetapi apa pun dia tetap mengangguk.

"Erk okay" Pelik-pelik je abangnya ini. Tetapi abangnya malam ini sangat nampak handsome. Setiap hari memang la handsome tetapi malam ni paling nampak handsome. Tak tahu la kenapa.

Satu persatu anak tangan diturun. Tangan Aedy berpaut pada tangan Adira. Seolah-olah macam orang berkahwin.

Sampai sahaja ditingkat bawah Aedy tidak lekang memegang tangan Adira. Mereka memasuki ke dalam perut kereta sebelum hujan semakin lebat.

Kereta dipandu. Dan akhirnya hujan semakin lebat serta kilat.

"Abang jangan la bawak laju-laju sangat. Dira takut.." Kara Adira apabila kereta yang dipandu Aedy sangat laju.

"Okay-okay sorry" Aedy memperlahankan keretanya. Dia tahu adiknya itu sangat takut jika kereta dipandu laju.

"Adik... Abang nak tanya sikit boleh tak?" Soal Aedy. Sempat dia memandang sekilas wajah Adira.

"Apa dia abang?"

"Kalau nanti, katakanlah abang dah takde. Adik jangan pernah sesekali berubah tau. Maksud abang jangan sesekali berubah menjadi pemarah atau apa sekalipun. Adik kena move on dan terima hakikat itu sahaja." Kata Aedy. Senyuman yang terukir dibibir gadis itu panta menjadi pudar.

"Apa maksud abang ni? Please don't say that. Abang nak pergi mana? It's not funny abang. Where are you gonna go?" Marah Adira. Dia bengang kenapa abangnya saja berkatakan begitu?

"I know but i just say if oneday i'm gone, Abang taknak adik berubah. Abang kenal adik. Adik mudah berubah. So i just say that." Adira menggeleng. Wajah abangnya dipandang. Mutiara jernih mengalir kepipi.

Aedy yang seakan perasan itu terus memberhentikan keretanya ditepi jalan raya. Ibu jarinya naik menyeka air mata adiknya.

"Please don't leave me" Kata Adira diiringi tangisan. Aedy pantas memeluk Adira disebelahnya.

Belakang tubuh Adira digosok perlahan bagi menenangkan dia.

"Shh... Abang takkan tinggalkan Dira ye sayang? Dah jangan nangis. Abang sayang Dira. I love you so much my beautiful Angel" Dikucup lama ubun-ubun gadis itu. Lama sangat lama.

Kemudian ciuman turun ke dahi gadis itu. Lagi sekali ciuman itu lama. Sanga lama. Baginya itu adalah ciuman terakhirnya. Dan pelukan itu adalah pelukan terakhirnya.

"Dira sayang abang. Dira taknak kehilangan abang. I love you abang" Balas Adira bersama tangisan yang makin reda. Pelukan itu ciuman itu sangat membuatkan dia berasa tenang.

Maafkan abang Adira Sofia. Abang terpaksa. Terima kasih kerana selalu ada bersama abang walaupun hanya sekejap sahaja. I love you so much my beautiful angel. Kata Aedy didalam hati.

Dia meleraikan pelukan. Air mata adiknya diseka. Kemudian, dia memulakan pemanduan dia.

Sikit lagi mahu sampai ke destinasi tiba-tiba....

Pin! Pin! Pin!

"Abang!!"

"Adik!!"

Serentak mereka. Dan akhirnya mereka terbabas.

Kereta mereka terjunam ke dalam gaung. Dan kereta mereka terlanggar pokok. Adira keluar bersama darah yang mengalir. Bunyi suara orang-orang awam didengari.

"To-tol-ong!" Jerit Adira tersekat-sekat. Nasib ada orang awam yang menggunakan jalan itu. Mereka juga turut keluar dari perut kereta dan cuba untuk menolong.

"Tolong!" Adira menjerit lagi sekali meminta pertolongan dan akhirnya ada juga orang yang menolong mereka.

"Adik okay?" Kata beberapa orang yang menolong mereka itu.

"Abang. Abang ada dalam kereta" mereka mengangguk. Ada beberap orang juga yang cuba membuka perut kereta itu.

"Abang..."

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now