𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 10 | Medina Alia

934 58 4
                                    

Setelah lama menetap di negara orang akhirnya, dia kembali ke tanah airnya semula.

Malaysia

Medina Alia tiba di KLIA pada jam 12:30 p.m. Sudah 11 tahun Medina menetap di New Zealand dan kini dia kembali untuk memberitahu sesuatu pada seseorang.

Nombor seseorang didail. Tetapi panggilan tidak dijawab. Dia menelefon lagi dan lagi akhirnya terjawab.

"Assalamualaikum" Sapa Medina terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Ni siapa?" Kata jejaka itu. Senyuman terus terukir dibibir gadis itu.

"Ammar.."

Medina? Omel Ammar.

"Medina ke? Macam mana Medina dapat nombor Ammar?" Soal Ammar. Kening sebelahnya terangkat. Pelik macam mana dia lupa pasal Medina. Sedangkan Medina Alia adalah kawan kepada Ammar sewaktu universiti dahulu. Tetapi Ammar hanya 2 tahun sahaja di universiti itu malah dia berhenti belajar untuk menjaga ahli keluarganya.

"Ammar tak save ke nombor Medina? By the way Medina still save tau nombor Ammar. Actually Ammar apa khabar?" Ujar Medina ditalian. Senyumannya tidak lekang apabila mendengar suara jejaka itu.

Sudah lama dia menanti untuk memberitahu kepada Ammar bahawa dia menyimpan rasa cinta terhadap jejaka itu. Tetapi jika dia dapat tahu bahawa jejaka yang dicintainya sudah pun berumah tangga mesti dia akan berasa sedih dan kecewa.

"A-Ammar khabar baik. Medina?" Medina mengangguk "Alhamdulillah Medina okay. Ni Ammar--" belum sempat Medina berkata-kata. Terlebih dahulu telinganya menyapa satu suara.

"Ammar!"

"Umm Medina Ammar kena pergi tau. Kalau ada masa kita cakap lagi" Hendak sahaja Medina mengeluarkan kata-katanya dengan secara tiba-tiba talian mereka putus.

Suara siapa tu eh? Soalnya didalam hati.

"Ammar! Hey bodoh kau tak dengar ke apa aku panggil?" Ammar mengetap gigi. Hujung bajunya digenggam.

"A-Adira? Adira nak apa?" kata Ammar tergentar-gentar..

"Buatkan aku sandwich aku lapar" Kata Adira malas. Ammar menggeleng. "Ammar tak boleh buat la Adira. Ammar kan sakit" Ammar takut-takut. Sejak kejadian Adira tidak pulang kerumah itu perangai dia semakain menjadi-jadi. Sehinggakan ditubuhnya banyak kesan parut dan yang paling tak boleh dilupakan adalah Adira membawa lelaki masuk ke dalam rumah.

Kejadian itu sangat membuatkan Ammar berasa gagal menjadi seorang suami kepada Tengku Adira Sofia. Mungkin dia tidak layak untuk bersamanya? Miskin, tiada apa-apa siapa je yang mahukan? Hanya buang ditepi jalan sahaja.

Adira menghampiri Amnar yang terduduk elok di atas kerusi roda itu "kan aku cakap buatkan aku sandwich. Kau pekak ke apa? Jangan buat aku marah boleh tak!" Tengking Adira ddihadapan Ammar.

"Adira stop. Adira dah la jangan la pergi club tu lagi. Tak elok la. Adira mesti dalam keadaan mabuk kan sekarang?" Ujarnya menahan sebak. Riak wajah Adira menjadi marah "Eh sial! Kau siapa nak halang-halang aku? Suka hati aku la. Kau tu kena sedar diri sikit. Dah la cacat, miskin pulak tu. Jijik tahu tak?!" Tempelik Adira lantang. Ammar menggenggam erat hujung bajunya. Adira memukul Ammar menggunakan tangannya sendiri.

Dia taknak marah kerana dia sayang kan Adira.

"Ammar dah kahwin ke? Kenapa ada suara perempuan? Tak tak Ammar tak kahwin lagi" Nafi Medina seraya itu menggelengkan kepalanya. Telefon ditangganya diletak tepi.

"Alia... Alia..." Panggil umi. Medina berpaling pada arah pintu biliknya.

"Ye umi?"

"Jom makan"

"Okay mi" Medina mengambil telefonnya dan melangkah ke pintu.

Pintu dikuak dan ditutup rapat kembali kemudian dia melangkah menuju ke tangga. Satu persatu anak tangga diturun sehinga ke tingkat bawah.

"Alia?"

"Assalamualaikum abi"

"Waalaikumussalam. Bila Alia balik? Tak tahu la pula Alia balik harini" Kata abi. Alia menggaru kepalanya yamg tidak gatal itu.

"Alia saja je nak surprise kan abi dengan umi" Kata Medina dengan senyuman manisnya.

"Abi... Alia nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia anak abi?"

"Abi ada jumpa Ammar tak? Alia rasa Alia nak jadikan dia suami Alia la" Abi dan Umi serentak terkaku. Ammar?

Abi dan Umi rasa teragak-agak mahu memberitahu kepada Medina bahawa Ammar sudah berkahwin.

"A-Alia.. Umi rasakan baik Alia cari orang lain untuk jadikan suami" Kata umi. Riak wajah Medina bertukar pelik.

"Apa maksud umi ni? Bukan ke dulu Umi dengan abi suka sangat dekat dia? Tapi kenapa suruh Al--" Tidak sanggup mahu mendengar lagi pantas ayat Medina laju dipotong oleh umi.

"Ammar dah kahwin"

Dang!

Medina tergamam. Dia tidak salah dengar kan? Ammar dah kahwin? Ye Ammar dah berkahwin.

Medina menggeleng. Tidak. Ammar tak boleh berkahwin. Dia suka lelaki itu. Dan dia pasti juga lelaki itu suka padanya.

"T-tak. Umi tipu! Ammar belum kahwin la!" bentak Medina. Dia tidak dapat menerima bahawa Ammar sudah berkahwin. Laju saja dia bangkit dan berlari naik ke atas. Dia langsung tidak hiraukan umi yang memanggilnya.

Pintu dikuak dan laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam dan dia malabuhkan punggungnya dibirai katil.

"Ammar jahat! Hisk hisk. Medina sayangkan Ammar. Kenapa Ammar kahwin? Medina nak Ammar" Teriak Medina diiringi tangisan.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAМесто, где живут истории. Откройте их для себя