𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 2 | nasihat

1.2K 71 5
                                    

Seawal pagi rumah itu telah dikejutkan dengn bunyi bising. Siapa lagi kalau bukan suara Adira.

"Apa masalah kau huh?" Tempik Adira lantang. Kertas kerjanya ditolak jatuh dari atas meja ruang tamu itu.

"A-Ammar... Ammar tak sengaja. Maafkan Ammar" Kata Ammar. Adira meraup rambut panjangnya kebelakang. Apa masalah laki ni tak faham betul la!

"Maaf maaf. Tak habis-habis dengan kau punya maaf. Kau tahu tak ni kerja aku? Bodoh la kau! Dah cacat tu buat je la cara cacat! Bodoh!" Marah Adira. Kertas kerjanya yang basah itu diambil dan dicampaknya dimuka Ammar.

"Aku benci kau! Dasar suami cacat!" Tengking Adira. Tanganya mengambil telefon miliknya dan melangkah pergi meninggalkan ruang tamu itu.

Ammar terkaku. Sampai bilakah dia harus bertahan? Setiap hari pasti ada hinaan atau sebaliknya.

Kau kuat Ammar. Jangan lepaskan dia. Kau kena ingat juga kalau tak disebabkan keluarga dia mak kau sampai sekarang tak buat-buat lagi pembedahan tu.

"Argh! Aku benci kau Ammar! Dasar laki tak guna! Bodoh! Cacat! Habis kertas kerja aku. Sial la laki tak guna tu! Bodoh! Aku benci kau!" Marah Adira telefonnya dicampak ke atas katil. Dasar laki tak kenang budi!

"Ammar okay?" Celah Makwan secara tiba-tiba

"Ammar okay Makwan. Ammar betul-betul tak sengaja tertumpahkan air atas kertas kerja Dira" Ujarnya sedih.

"Makwan faham. Takpe biar dia tenang dulu. Nanti Makwan cakap dekat Dato dengan Datin sebab benda ni dah melebih lagi-lagi semalam" Ammar menggeleng. Dia pantas meraih tangan makwan.

"Eh takpayah la Makwan. Jangan. Ammar taknak. Ammar okay. Takpayah la bagitahu Bonda dengan Walid, ye?" Makwan terasa pelik. Kenapa dengan Ammar ni ye? Masih lagi mempertahankan Adira sednagkan dia sudah lena macam-macam.

"Betul ke ni Ammar?" Ammar pantas mengangguk.

"Betul Makwan" Makwan menghela nafas berat. Matanya cukup dilihat kepenatan.

Bunyi pintu dikuak ketahui lah mereka bahawa Adira keluar. Dia memasuki perut kereta dan menuju ke sebuah cafe.

Sampai sahaja disana dia mengambil tempat yang jauh sedikit dari orang. Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang.

"Hey babe, sorry aku lambat. Asal ajak aku jumpa? Ni mesti ada benda penting kan?" Sapa Aira merangkap kepada kawan childhood Adira.

"Memang pun" bengang Adira. Dahi Aira mengerut. Masalah apa pula ni?

"Lah asal? Tell me babe. What's wrong" Adira mengambil nafas dahulu sebelum memulakan cerita.

"Kau tahu tak aku punya penat siapa kan kerja last-last kertas tu basah. Semua sebab laki tak guna tu la" Marah Adira. Aira sudah seperti tidak keruan. Malu sebab ramai yang memandang mereka.

"Orang tengok la kau ni. Perlahan la sikit" Celah Aira. Adira memandang sekilas semua orang yang berada di dalam cafe itu. Ya Allah malunya.

"Argh whatever la yang penting aku kena buat balik kerja tu. Penat tahu tak. Dah la ada suami cacat. Meyusahkan pulak tu. Dasar laki cacat" Aira menepuk dahi.

"Kau ni tak baik la. Sepatutnya kau jaga dia. Bukannya hina dia ke apa. Kau ni pun satu la kerja tu boleh buat balik. Kerja boleh diganti kot. Buat je la balik. Kalau aku la ada suami macam dia aku akan jaga betul-betul tau. Kau at least kena la bersyukur sebab dia tu baik. Bukan senang tau nak dapat laki macamtu. Bersyukur la sikit" Nasihat Aira tapi dibalas jelingan.

"Kau pun sama je macam bonda aku. Sikit-sikit nak ceramah aku" Bengang Adira lagi sekali.

"Aku nasihat ni pun untuk kebaikan kau juga. Kau tahu tak aku dah tak kenal kawan masa kecil aku. Mana Adira Sofia yang aku kenal? Kawan aku masa kecil? Mana dia? Kenapa kau mudah berubah selepas abang kau tiada Sofia? Kau dah lain. Kau dah tak macam du--" Ujarnya tetapi ayatnya pantas dipotong Adira.

"Enough la! Kalau aku tahu kau nak ceramah aku, baik aku takpayah ajak kau. Kau dengan parents aku sama je. Dah la aku malas nak layan kau." Kata Adira seraya itu mengambil handbag dan telefon miliknya.

"Adira aku--" Sekali lagi ayatnya tergantung apabila Adira melangkah meninggalkan dia disitu.

Kalau la awak masih ada sini mungkin semua ni takkan berlaku. Mungkin dia takkan berubah sampai macamni sekali. Saya rindukan awak Aedy. Desis dalam hati Aira.

Tanpa sedar ada mata yang memerhati.

"Ammar tunggu siapa ni?" Sapa Pakdaus

"Ammar tunggu Dira"

"Nanti dia balik la tu. Jangan risau" Ammar mengangguk walaupun dia risau akan keadaan Adira.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now