𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 8 | benci

921 47 2
                                    

"Aku benci kau!" Jerkah Adira lantang. Tubuh Ammar menjadi sasaran dipukul.

"D-Dira.. Sakit Dira" Rintih Ammar. Dia sudah terbaring di atas lantai beserta darah. Kerusi roda itu ditolak kuat oleh Adira supaya Ammar tidak dapat mencapai kerusi roda itu.

"Kau memang sial la! Dasar lelaki tak guna! Aku benci ada suami macam kau!" Makanan disumbat-sumbat ke dalam mulut Ammar yang terbaring itu.

Kayu ditangannya dilibaskan ke tubuh Ammar. Ammar hanya mampu mengetap gigi. Air mata jantannya mengalir.

Sakit ya amat apabila tubuhnya menjadi sasaran dipukul dan mulutnya disumbat-sumbat makanan.

Salahkah dia mahu makan? Apa salahnya? Dia hanya mahu makan sahaja. Kenapa harus dilayan sebergitu?

"Kau dan keluarga kau boleh pergi mampus la!" Lagi sekali tubuhnya dipukul oleh batang kayu sehingga tubuhnya mengeluarkan cecair darah.

"Kau memang pembawa sial! Aku benci kau! Dasar suami segkek!" hina Adira. Dia terasa puas apabila melihat cecair darah yang keluar dari tubuh Ammar itu.

Kemudian, dia mengambil nasi dan disumbat-sumbatnya kemulut Ammar. Ammar terbatuk-batuk.

Ammar menggeleng dia tidak mampu untuk menelan nasi itu. Mulutnya sudah penuh disumbat oleh Adira. Kenapa kena kejam sangat Adira?

"Ya Allah Adira!" jerit Makwan apabila melihat sekejung tubuh yang terbaring lemah di atas kantai beserta darah itu.

Tubuh Adira ditolak perlahan. Kalau dia dan suaminya tidak keluar pasti dia dapat menghalang semua ini..

"Apa Adira buat ni? Ni suami Adira. Sedar Adira. Ni suami Adira!" marah Makwan. Dia mengangkat muka Ammar dan diletakkan di atas pehanya.

"Adira jangan sampai Makwan bagitahu pada Dato dan Datin" ugut makwan dalam tangisan.

Adira menayangkan wajah selambanya.

"Eh orang tua kau tu setakat pembantu je dalam rumah ni. Kau tahu tak kau dengan suami kau dah menyusahkan aku? Kau nak jaga dia kan? Jaga la. Kau dengar sini orang tua. Mulai harini aku pecat kau!" Makwan tergamam.

"Adira!" Adira berpaling pada Pakdaus.

"What? Now kau orang dah boleh berambus dari sini. Kalau kau orang berani bagitahu dekat keluarga aku atau dekat polis. Kau orang jangan ingat kau orang akan selamat faham?" Kata Adira. Kayu ditangannya dibaling. Dia melangkah pergi.

Langkah Adira tethenti apabila dia seakan lupa sesuatu "By the way, kau dengan isteri kau dah boleh berambus dari sini. Aku taknak tengok muka kau orang lagi dekat sini, faham?" Senyuman sinis dihadiahkan kepada mereka. Adira melangkah pergi meninggalkan mereka.

"Abang.. Abang rasalah kan Ammar tu bahagia tak dengan Sofi? Anak kita tu kan keras kepala. Saya takut la kalau dia apa-apakan si Ammar tu." Kata Datin Haila dengan mata memerhati ombak-ombak berhempasan serta langit biru itu.

"Ish awak ni sampai kesitu difikirknya. Saya pasti yang Ammar okay. Takkan la si Sofi tu nak pukul Ammar. Syurga kan dibawah telapak kaki suami. Dah la takpayah fikir sangat pasal tu. Kita kesini nak enjoy. Dah takpayah fikir" Ujar Dato Faizal. Datin Haila mencebik. Apa la nasib dia dapat suami kerja asyik fikir positive je.

"Susah la cakap dengan awak ni. Tahu nak fikir positive je. Kalau jadi apa-apa pada Ammar saya tak tahu la nak cakap apa. Dah la dulu dia orang kahwin pun Sofi tu macam tak suka je pada Ammar." Kata Datin Haila mengenangkan nasib Ammar. Cinta pada isteri tapi si isteri? Langsung tidak mencintai si suami.

"Ala nanti lama-lama okay la tu. Saya pasti yang Ammar dapat ubah Sofi" Belakang pinggang isterinya dipaut kemas. Tepi dahi isterinya dilabuhkan kucupan hangat.

"Abang! Malu la. Ramai orang tengok nanti" Marah Datin Haila. Dato Faizal hanya mengukir senyuman. Kisah apa kalau orang tengok pun. Halal kot dah ada anak lagi.

Tak payah nak malu!

"Biar la orang tengok pun kisah apa" Balas Dato Faizal dengan nada selamba. Tangganya berpaut di pinggang Datin Haila. Datin Haila hanya mampu menggeleng melihat telatah suaminya.

Bunyi music menandakan Adira ke club bersama kawan-kawannya. Dia meninggalkan Ammar bersendirian dirumah selepas dia memberhentikan Makwan dan Pakdaus dari terus bekerja dirumahnya.

Adira menari dalam keadaan mabuk dan pakaiannya juga menjolok mata para jejaka. Ammar dirumah hanya menanti kepulangan Adira. Sungguh dia tidak menipu, Sakit ditubuhnya masih ada tetapi diendahkan sahaja. Yang penting isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Sejahat-jahat Adira, Ammar tetap mencintainya. Itu la namanya kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sentiasa sabar menghadap segala ujian berumah tangga.

Mana la Adira ni? Call tak angkat. Ya Allah kemanakah isteri aku?. Desis Ammar di dalam hati.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now