𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 31 | peluang

1.1K 66 1
                                    

"Please Ammar, saya merayu dengan awak, kita rujuk semula. Saya janji saya takkan buat perangai macam dulu lagi. Tolong Ammar" rayu Adira bersama tangisan.

"Tolong Ammar..."

Kata - kata dari Adira petang tadi masih terngiang - ngiang difikirannya. Semua orang berhak mendapat peluang kedua, tetapi salah kah dia mahu menguji Adira? Dia takut jikalau tersalah lagi.

Salah diri dia kah kerana membuat benda bodoh ini? Salah dia ke? Dia bukan taknak bagi Adira peluang kedua, tetapi dia cuba mahu melihat sejauh mana Adira mampu mempertahankan dirinya. Dia mahu Adira berubah.

Dia cuma mahu melihat sejauh mana Adira sanggup bekerja keras demi hubungan mereka.

Bunyi sesuatu terjatuh menyentakkan Ammar. Adira bangkit dan ke arah Adira.

"Adira nak apa sayang?" Adira menelan air liur payah. "D-dira nak minum air" Ammar mengangguk.

Dia menuangkan air di dalam cawan plastik tersebut. Kemudian menolong Adira untuk ke posisi duduk. Dia sanggup menemani Adira dihospital. Bukan kerana dia dipaksa tetapi dia sendiri mahu menemani Adira sampai Adira boleh pulang.

Air disua ke dalam mulut. Kemudian dia meletakkan dia atas rak tersebut. "Ammar.." Sapa Adira.

"Hmm? Nak apa - apa ke?" Adira pantas menggeleng. "Kenapa awak baik sangat? Sedangkan saya dah buat awak macam - macam tapi awka tetap maafkan saya, kenapa ye boleh saya tahu?" Ammar tersenyum kelat.

"Sebab saya pasti suatu hari nanti awak pasti akan berubah. You know what, dulu saya tak boleh berjalan, but now alhamdulillah saa dah semakin pulih. Awak kena banyak berehat. Dan sekarang saya pula tanya awak, kenapa awka makan pil?" Kata Ammar sambil menyoal balik Adira.

"Saya rasa bersalah sangat dengan awak. Saya tak patut buat awak macamtu. Saya silap. Saya tak patut pilih Syed,  Sedangkan saya dah bersuami. I'm so sorry Ammar. Saya nka rujuk dengan awak. Please" Ammar tidak menggeleng mahupun mengangguk. Dia hanya berdiam. "Dah lewat la Dira. Dira mesti mengantuk kan? Tidur la Ammar jaga Dira" Ammar menukar topik.

Adira menghela nafas. Dia tahu dia mesti sudah tidak dapat peluang lagi. Ammar mesti sudah tawar hati dengannya.

Apa lagi yang patut dia buat?

Dia taknak kehilangan Ammar. Dia sayang akan Ammar. Tuhan, jikalau masa boleh diputarkan kembali, dia taknak semua ini terjadi. Dia mahukan kebahagiaan.

Adira ke posisi baring. Duvet ditarik ke para dada. Lalu dia terlena. Ammar pula masih setia menemani Adira.

Keesokan harinya…

Adira masih ditahan ward lagi. Ammar pula masih setia menemani Adira dari malam sampaikan ke pagi. Sanggup dia tidak tidur untuk menjaga Adira.

Maafkan Abang, sayang. Kata Ammar di dalam hati.

Adira yang sedap makan bubur dipandang sekilas. Rindunya terhadap wanita itu terlalu besar.

"Sedap?" Adira mengangguk. Adira mengelap bibirnya yang kotor.

"Umm abang.."

"Ye sayang?"

"Abang handsome. Dulukan Dira buta. Buta sangat. Sebab Adira sanggup hina abang, caci maki abang. Now Adira dah mula nampak dengan betul. Abang... Abang taknak bagi Dira peluang lagi ke?" Ujarnya sayu. Ammar berdiam diri. Peluang? Patut kah aku bagi dia peluang kedua? Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

"Umm... Abang nak mandi kejap" Adira menghela nafas. Disebabkan dia Ammar sekarang dah mula tawar hati. Salah dirinya yang dulu buta mencintai seseorang.

"Apa patut aku buat ni? Kalau Adira bagitahu Ammar mesti habis plan aku. Argh! Tapi takpe dia orang kan dah cerai. Senang la untuk aku dapatkan Ammar" ujarnya dengan sinis, tanpa Medina sedar ada dua orang yang mendengar luahannya. Raisha dan Munirah. Mereka juga turut tersenyum sinis.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk" pintu dikuak. Raisha dan Munirah menerpa ke dalam.

"So how?"

"Apa?"

"So how? Stick to the plan or what?" Soal Munirah.

"Ouh. Umm just stick to the plan" Mereka mengangguk. Mereka akan pastikan Adira jatuh tersungkur. Tidak sia - sia mereka menghasut Adira dahulu. Now dia orang dah cerai. So senang la dia orang nak jatuhkan Tengku Adira Sofia.

"Jangan lupa Rm 5000 kita orang" Medina mengerling sekilas. "Ye, okay"

Bukan Adira seorang yang turut ke Perth, Australia. Malah, Raisha dan Munirah juga turut ke Australia untuk bertemu dengan Medina dan Tengku Syed Aryan Ezekiel.

Usai Ammar bersiap semua, dia ke arah Adira.

"Abang boleh bagi sayang peluang kedua. Tetapi perlukan masa. Sayang kena buat apa sahaja untuk membahagiakan abang. Tapi sayang kena buat dengan ikhlas" Adira mengangguk laju. "Adira sanggup buat apa sahaja, asalkan kita rujuk semula. Please" Ammar tidak mengangguk. Betul ke apa yang dia buat ni?

Takut sahaja jikalau Adira tidak berubah. Tapi dia pasti Adira akan berubah sepenuhnya.

Semuanya atas kemampuan Adira sendiri. Jikalau dia mencintai Ammar dia harus melakukan apa sahaja untuk merujuk dengan lelaki tersebut.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now