𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 | Special Chapter

1.2K 54 6
                                    

5 tahun kemudian…

"Aqiera tolong tengok - tengok kan adik!" Jerit Adira dari luar rumah. Pokok disiram.

"Okay ibu!" Jerit Aqiera lantang. Dia bangkit dari sofa dan menuju ke tingkat atas. Kaki panjangnya melangkah ke bilik adik - adiknya.

Pintu dikuak perlahan supaya tidak meganggu lena si kecil. Pintu ditutup kembali apabila melihat mereka sedang lena. Kaki panjang Aqiera pantas berlari menuju ke tingkat bawah.

"Adik tengah tidur ibu"

Adira meng'o'kan saje.

Susah juga dia mahu menjaga anak - anaknya berseorangan. Susahnya hidup tanpa seorang suami.

"Ibu? Ibu!" Adira tersentak dari lamunannya.

"Are you listening or not?" Soal Aqiera. Dihijung sudut baju Adira ditarik - tarik.

"Yes baby girl. I'm listening" Balas Adira.

Susahnya la nak jaga tiga orang pada satu masa yang sama. Buat benda sorang - sorang. Sakit dihatinya masih ada lagi apabila kehilangan seorang suami. Melahirkan twins pun sorang - sorang tanpa ada teman. Twins pula selalu merengek tidak tentu masa. Tetapi nasib ada Aqiera. Boleh la dia tolong menolong. Kerana dia tahu ibunya penat.

Nama yang diberi kepada twins nama yang diberi oleh Ammar.

TENGKU AMAR FIRASH HAIQAL BIN AMMAR FIRHAN HAQEEM

Dan…

TENGKU AMIRA SHAFIA BINTI AMMAR FIRHAN HAQEEM

Nama - nama itu dipilih oleh Ammar sendiri. Namun nama bayi lelaki nama yang diberi oleh Adira manakala bayi perempuan diberi oleh Ammar.

Sesuai kepada tiga beradik. Seorang Aqiera, Seorang Amar dan seorang Amira. Semua bermula huruf A.

Abang… Dira rindu abang. Dira harap kita dipertemukan kembali nanti. Dira sayang abang. Abang rehat la ye. Dira sentiasa sayang kan abang. Kata Adira di dalam hati. Tidak semena - mena air matanya mengalir jua.

Aqiera yang melihat air mata ibunya gugur terus mengerut dahi. Dia ada buat salah ke?

"Ibu are you alright? Ibu!" Adira tersentak.

"Sorry. Kenapa sayang?" Disekanya air mata dengan pantas.

"Ibu teringatkan abi ke?" Soalnya.

Adira hanya mempu terenyum hambar. Rindunya terhadap seorang bergelar suami.

"Sayang… sayang jom masuk dalam. Ibu nak masak" Aqiera meng'o'kan sahaja. Mesti ibu teringatkan abi.

Mereka menapak ke dalam.

Aqiera terlebih dahulu naik ke atas. Itu la kerjanya selalu bersendirian setelah kehilangan Ammar.

Pintu dikuak. Dia menapak ke dalam dan mengunci pintu tersebut. Punggung di labuhkan di birai katil.

"Abi… kalau la abi ada lagi mesti sekarang ni kita pergi jalan - jalan kan? Fia rindukan abi. Abi tenang la disana. Fia sayangkan abi." gumam Aqiera. Tidak semena - mena matanya berkaca. Gambar yang berada di atas laci nightstand diambil dan dipeluk.

Gambar kenangan dia dan abinya. Tak lama lagi dah nak raya. Harini dah last puasa lepastu esok dah raya. Tapi raya nanti mesti tak best sebab abi tiada.

Semua orang raya ada bapa tetapi dia je yang takde. Kawan - kawan dia pun ada ayah tapi dia seorang je tiada. Bila cakap pasal rayakan mesti air matanya mengalir deras. Rindunya terhadap seorang bergelar ayah.

Tuk tuk tuk

"Aqiera sayang.. bukak pinntu ni" Aqiera tersentak. Dia menyeka air mata lalu melangkah ke arah pintu dengan wajah yang basah.

Pintu dikuak.

"Aqiera sayang.. Kenapa ni?" soal Adira cemas apabila melihat wajah anaknya basah kerana air mata.

"Ibu…" lantas tubuh Adira didakap.

"Hisk hisk Qie-qiera rindu abi… qie-qiera…" rintih Adira bersama air mata. Tubuh ibunya didapak erat.

Adira membalas pelukan tersebut. Belakang tubuh anaknya ditepuk perlahan.

"Shhh it's okay. Ibu kan ada. Esok raya kita pergi ziarah kubur abi okay?" Aqiera mengangguk.

Adira mengukir segaris senyuman hambar. Terinngat akan dia kepada Ammar… rindunya terhadap lelaki itu. Lelaki yang ada selalu bersamanya walaupun dahulu dia tidak pernah menghargai lelaki itu.

Aedy yang tengah memasang langsir itu ditenung lembut. Suami siapa la ni kan? Buat kerja last minit. Aira tertawa kecil apabila teringat akan apa yang dibuatnya sehinggakan Aedy naik berang. Nak prank last - last suami merajuk.

"Papa… lama lagi ke nak pasang langsir tu?" tanya Aira. Aedy menoleh

"Apa langsuir?" Aira mengerut dahi. Orang cakap pasal langsir dia pergi cakap pasal langsuir. Bodohnya lahai.

"Langsir papa. Bukan langsuir" kata Aira sambil menahan tangga yang dinaiki Aedy.

Takut la mana tahu jatuh. Tak pasal - pasal beraya dekat hospital.

"Ouu langsir. Sorry sorry"

"Lambat lagi ke nak siap? Mama nak pergi buat kuih ni" Kata Aira.

"Sikit je lagi mama." Ujar Aedy sambil membetulkan langsir - langsir teresebut.

"Ye la papa. Apa - apa je la. " Kata Aira. Dia melepaskan tangga tersebut. Kalau jatuh lantak la. Pandai - pandai la dia.

"Abang, kalau la abang ada mesti Aqiera takkan berkurung je dalam bilik kan. Dira rindu abang. Dira tak tahu nak buat apa supaya Aqiera happy. Dia dah tak banyak luangkan masa dia dengan Dira. Dia banyak kali duduk je terperap dalam bilik" omel Adira sambil merenung lembut gambar Ammar.

Dicelah tubir matanya berkaca. Sakit yang dilaluiya sangat la besar. Kehilangan seorang suami semasa dia tengah sarat mengandung bukan la mudah.

"Dira harap sangat abang ada sekarang ni. Dira.. Dira dah tak tahu nak buat apa lagi. Hilang abang bukan la mudah. Dira harap abang berada disisi Dira. I love you Ammar Firha Haqeem. Tenang la disana wahai suami" kata Adira di dalam hati. Air mata mengalir kepipi. Sakit yang teramat kehilangan seorang suami. Sekarang dia harus menjalani kehidupannya tanpa seorang lelaki bergelar suami.

Ammar Firhan Haqeem dalam kenangan…

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAOnde histórias criam vida. Descubra agora