𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 19 | menyesal

1.2K 77 2
                                    

Nah author belanja bab seterusnya untuk korang >3

Adira melangkah ke bilik Ammar. Hari sudah pun malam. Telinganya masih sakit apabila diceramah oleh bondanya sebentar tadi. Kata bondanya mereka mahu menetap disitu dalam beberapa hati untuk manjaga Ammar. Kata Datin Haila dia tidak mahu apa-apa terjadi pada menantu kesayangannya.

Lagi sikit lagi rahsia hampir terbongkar. Tetapi nasib dia pantas berfikir pada masa itu. Tetapi padan la muja diri sendiri kena ceramah. Adira melangkah ke bilik Ammar.

Sampai sahaja di bilik Ammar dibawah. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Ammar. Dia dipaksa untuk tidur sekali bersama Ammar. Kata Datin Haila, isteri kena tidur sekali dengan suami.

"Bila pasangan tu dah berkahwin kena la tidur sekali bukannya sorang tidur bilik lain. Ni bilik lain" Kata-kata dari bondanya terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

Tetapi bila sahaja dia menapak ke dalam matanya tertacap pada sosok lelaki yang sedang baring di atas lantai bersama satu bantal. Tiada duvet.

Dia hanya beriak kosong dan hanya mengabaikan saja. Dia menuju ke arah katil. Badan dihempaskan. Matanya semakin lama semakin terasa ngantuk dan akhirnya dia terlena.

Hujan lebat bersama kilat membuatkan lena Adira terganggu.

"A-abang..." Panggil Adira dengan kedua-dua belah tangan naik menutup telinga.

Air mata membasahi pipi. Satu tubuhnya menggigil.

"Abang Aedy...hisk--hisk" Panggil Adira lagi dan lagi bersama tangisan.

"Fi-fi takut...."

Dush!!

"Abang!" Jeritan Adira membuatkan Ammar terbangun dan pantas sahaja dia ke posisi duduk wanita itu memeluk lehernya.

Ammar tergamam.

Dia membalas pelukan lambat-lambat. Belakang tubuh isterinya digosok perlahan bagi menenangkannya. Dapat dia  merasakan tubuh isterinya menggigil. Dan nafas tercungap-cungap di bahagian lehernya.

Dush!

Lagi sekali bunyi kilat membuatkan Adira terkejut dan semakin dirapatkan pelukan dileher Ammar.

"Shh...Adira kenapa ni? Cuba bagitahu Ammar. Kenapa?"

"D-dira ta-takut... Di-dira.." Teragak-agak dia menjawab.

"Sofi!" Panggil Datin Haila gelisah. Pintu bilik Ammar dikuak dari luar.

Terkaku sekejap Datin Haila dan Dato Faizal apabila melihat Adira dalam pelukan Ammar.

"Walid bonda" Sapa Ammar.

"Kenapa ni? Sofi? Kenapa dengan Sofi Ammar?" Tanya Datin Haila cemas.

"Takde apa lah bonda. Biasa la bunyi guruhkan. Siapa je yang tak terkejut. Takpelah bonda dengan walid pergi la tidur. Biar Ammar jaga Adira." Kata Ammar seraya itu mengelus lembut rambut panjang isterinya.

"Betul ke ni Ammar?" Soal Dato Faizal.

"Ye walid"

"Kalau macam tu iye lah. Walid dengan bonda masuk tidur dulu." Ammar mengangguk. Kemudian Dato Faizal dan Datin Haila melangkah keluar dari bilik itu.

"Adira. Adira naik atas katil tidur. Ammar jaga Dira okay?" Adira pantas mengeleng.

"D-dira... Dira takut... Dira n-nak tidur dengan Ammar" Kata Adira bersama tangisan.

"Tapi nanti Adira tak selesa. Baring atas lantai"

"Ta-taknak! Dira nak tidur dengan Ammar. Jangan t-tinggalkan Dira. Dira nak A-Ammar" Ammar hanya mengangguk. Kasihan isterinya itu. Trauma dengan benda lalu.

"Okay jom tidur" Ammar dan Adira saling tidur berpelukkan.

Adira menyorokkan wajahnya dibidang  dada Ammar. Ammar menggosok perlahan belakang tubuh Adira supaya wanita itu terlena. Rambut gadis itu juga turut diusap.

Jangan takut sayang. Selagi abang ada disini abang akan jaga sayang.

Keesokan harinya. Suasana sejuk dipagi hari membangunkan Adira dan Ammar apabila ada ketukan dari luar.

Tuk tuk tuk

"Adira... Ammar bangun breakfast" Panggil Datin Haila diluar.

Adira dan Ammar masing-masing serentak tersedar dan masing-masing melihat wajah masing-masing. Mata mereka bertemu. Mata hijau bertemu mata coklat pekat.

"Good morning" Sapa Adira terlebih dahulu.

"Good morning"

Cup!

Ammar tergamam. Bibir merahnya disambar macam tu saja. Ciuman dipagi hari tetapi bukan di pipi tetapi di...

Bibir!

Pagi-pagi lagi dah dapat morning kiss on lips. Jangan risau halal okay.

Tetapi heran kenapa tiba-tiba je Adira macam ni? Selalunya marah tapi ni lain pulak. Takpelah asalkan dia takde dalam keadaan mabuk. Alhamdulillah.

"Jom breakfast" Ammar menganggukkan saje. Adira bangkit dan menolong Ammar duduk di atas kerusi roda.

Ammar tersenyum apabila melihat Adira. Nampak macam dah ada sikit perubahan.

Adira menolak kerusi roda sehingga ke meja makan. Dato Faizal dan yang lain mengukir segaris senyuman apabila melihat Adira menolak kerusi roda tersebut. Seakan seperti mereka sudah berbaik. Ada can la mereka nak dapat cucu. Hihihi..

Adira memberhentikan kerusi roda tersebut betul-betul disebelahnya. Adira melabuhkan punggungnya disebelah Ammar.

"Good morning semua" Sapa Adira. "Good morning" jawab mereka serentak.

"Abang nak makan apa?" Ammar terasa beku sekejap. Abang? Dia tidak salah dengar kan?

"Umm... Apa-apa je" Adira mengangguk. Dia mengambil pinggan yang berisi sandwich itu lalu disuap ke dalam mulut Ammar dengan lembut. Ammar mengunyah sandwich tersebut.

Nasib dia sudah baca doa makan.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now