𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 9 | enjoy

873 55 4
                                    

Adira melabuhkan punggungnya di atas kerusi club itu. Dia seakan mabuk. Tangan mencapai cawan kaca yang berisi air itu.

"Wow babe. Kau nampak stress je ni. Asal? Cuba bagitahu aku" Soal Munirah dalam keadaan mabuk. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Adira. Manakala kawannya lagi seorang yang bernama Raisha duduk disebelah kirinya.

"Mana tak stress gila. Nak kena hadap si laki bodoh tu dekat rumah. Rimas aku tahu tak." Marah Adira. Belakang bahunya ditepuk Raisha perlahan.

"Ala biasa la babe. Laki macamtu tak berguna pun. Easy, what about kau minta je cerai? Manatahu dia ceraikan kau. Dapat la kau hidup bebas" Kata Raisha.

"Cerai? Kau ingat dia nak ceraikan aku ke? Sampai mampus dia taknak ceraikan aku" Balas Adira. Dia merenung tajam ke dalam anak mata Raisha. Kemudian dia menenguk secawan.

"Dah la babe. Kau takpayah nak stress ni bagai. Kita datang sini nak enjoy babe. Let's go" Munirah menarik tangan Adira. Mereka ke bahagian tengah. Dan macam biasa mereka menari.

Ammar kelihatan risau apabila panggilan tidak dijawab. Dia takut jika apa-apa terjadi pada Adira. Iaitu isterinya sendiri. Tiba-tiba dia terfikir akan sesuatu. Nombor Aira iaitu kawan childhood Adira. Nasib dia menyimpan nombor Aira.

Nombor Aira didail.

Sebaik sahaja Aira menghabiskan solat Isyaknya. Dia menghampiri laci nightstandnya dan mencapai telefonnya. Nombor Ammar terpapar di skirn miliknya.

"Assalamualaikum" Sapa Aira terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Aira?"

"Ye Ammar kenapa?"

"Ammar nak tanya Adira ada ke dengan Aira?" Soal Ammar. Dahi Aira bekerut.

"Eh Adira takde dekat rumah ke? Bukan apa Adira takde datang ke sini pun. Dia keluar ke mana?" Soal Aira balik. Dia juga pelik Adira langsung tidak menelefonnya sejak kebelakangan ini.

Riak wajah Ammar bertukar kecewa "Tu yang Ammar nak tahu dia keluar ke mana. Dah banyak kali Ammar call dia tapi dia tak pick up. Sebab tu Ammar call Aira nak tanya Adira ada tak dengan Aira"

Aira menggeleng "Maaflah Ammar. Tapi Adira takde dengan Aira sekarang. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan kita orang yang lain kot" Ammar mengangguk walaupun dalam kehampaan.

"Takpelah kalau macamtu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Pantas talian dimatikan oleh Ammar sendiri. Dia menghela nafas berat. Kemanakah isterinya pergi?

Adira kau ni memang langsung ke tak fikir pasal suami kau? Astagfiruallazim. Kata Aira di dalam hati. Dia kenal sangat Adira. Tengku Adira Sofia yang dia kenal bukan macam ni.

Dengan secara tiba-tiba dia melihat gambar yang berada di atas laci nightstand itu. Gambar yang penuh kenangan. Gambarnya bersama seorang insan bergelar tunang iaitu Aedy Spencer.

"I rindukan you Aedy. I sayang dan cintakan you seorang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup i walaupun hanya untuk sementara." Ujar Aira seakan bayang-bayang Aedy berada disitu mendengar luahan hatinya.

Belakang tubuh Adira disentuh oleh seseorang semasa dia menari. Dia berpaling pada arah belakang. Sosok seseorang yang sangat dia kenali iaitu teman lelakinya. Tengku Syed Aryan Ezekeil. Nama seindah tetapi tidak pada perangainya. Dia juga sama sahaja. Suka ke club. Dan dia la yang selalu ada bersama Adira. Tidak kira Adira sudah bersuami atau tidak.

"Hey babe" Sapa Tengku Syed.

"Biy? Oh my god i miss you" Adira memeluk leher Tengku Syed. Tengku Syed membalas pelukan itu. Rindunya terhadap teman wanitanya.

Adira mencium pipi jejaka itu.

"I miss you too. How are you?"

"I'm fine" Balasnya diiringi music club itu. Tangan Tengku Syed melingkar di pinggang Adira.

"You dah kahwin kan?" Soal Tengku Syed bersama kening sebelah diangkat. Adira tergamam.

"Yeah. I dah kahwin. Tapi i malas la nak cakap pasal dia. Dah la cacat" Jawab Adira acuh tak acuh. Riaksi Tengku Syed berubah terkejut. Cacat?

Dasar laki dayus! Sebab tu isteri tak suka!

"Cacat? Seriously? I ni lebih perfect dari dia. What about you minta je cerai? How?" Tengku Syed berkata dengan nada selamba.

Adira mengangguk "Benda tu la yang i tengah fikirkan sekarang. Bukan mudah untuk minta cerai dengan dia. Nanti parents i tahu habis la i" Kata Adira. Dia masih lagi berjoget-joget disitu.

Ammar dirumah hanya setia menanti kepulangan Adira "Adira mana Adira ni? Lambat lagi ke nak balik?" Gumam Ammar.

Risau keadan Adira. Dia sendiri tidak tahu dimana Adira berada sekarang. Jika dia tahu pun dia bukan boleh buat apa-apa. Dia cacat. Tak boleh berjalan. Macam mana dia nak tahu Adira selamatkan apa sekarang ni?

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now