𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 3 | pengsan

1.1K 65 0
                                    

"Adira, Adira pergi mana sayang? Puas Makwan tunggu Adira semalam." Makwan menerpa ke arah Adira.

Rambut Adira dielus "Adira... Adira tidur rumah kawan. Adira naik atas dulu makwan" Jawab Adira dalam keadaan mabuk.

Ammar melihat itu sudha menghela nafas. Apa nak jadi la dengan isterinya ini. Mesti pergi club semalam.

Adira melangkah setapak ke arah anak tangga sebelum dia jatuh rebah ke lantai.

"Adira!!"

Tuala kecil itu diperahkan kemudian diletakkan diatas dahi Adira. Perlahan tangan Adira digosok. Ammar menikmati wajah tidur itu.

"Makwan keluar dulu. Nanti kalau Adira sedar Ammar panggil Makwan ye?" Kata Makwan dibalas anggukan.

"Okay Makwan, terima kasih" Makwan mengiyakan saja. Kemudian melangkah keluar dari situ.

Ammar mengukir senyuman apabila dapat menikmati wajah tidur isterinya. Cantik.

"Sampai bila kau nak rahsiakan benda ni? Aku ni pun yang tengok dia, dia betul-betul dah berubah" Kata kawan kepada lelaki misteri itu.

"Aku nak tengok sejauh mana dia berubah. Aku sayangkan dia. Tapi aku buat semua ni bersebab. Kau tahu kan sebab apa?" Balas lelaki misteri itu dengan riak wajah kosong.

"Ye aku tahu." Anggukan jejaka itu mendapat senyuman sinis.

"A-abang..." Panggil Adira tersekat-sekat. Ammar tersedar dari lenanya.

"Dira? Dira nak air? Kejap, Makwan. Makwan" panggil Ammar.

Pintu dikuak."Ye Ammar kenapa?" Makwan menerpa ke dalam.

"Ya Allah dah sedar dah Adira."

"Berapa hari Adira tak sedar Makwan?" Soal Adira seraya itu tangan naik memegang kepalanya. Dia bangkit ke posisi duduk sama seperti Ammar.

"Dua hari Adira tak sedar sayang. Nak je Makwan call Dato dengan Datin tapi sebab Ammar kata takpayah sebab nanti menyusahkan dia orang pulak" Jawab Makwan.

"Adira kat mana?"

"Dekat bilik Ammar. Ammar la yang jaga Adira." Ammar melarik senyuman. Adira diam tidak berkata. Jejaka itu menjaganyanya? Tidak mungkin la. Cepat-cepat Adira menafikan itu.

"Adira nak pergi bilik Adira" Ammar tersenyum pahit. Dia tahu wanita itu tidak suka padanya.

Yang dia tahu adalah pandang jijik terhadap dirinya yang tidak sempurna itu.

"Adira kejap. Makan bubur dulu"

Adira menggeleng "Taknak la. Adira takde selera nak makan. Adira naik atas dulu" Acuh tak acuh sahaja dia menjawab.

Kemudian dia menapak keluar dari bilik Ammar dan menuju ke arah anak tangga.

"Ammar usah ambil hati ye. Adira tu dia perlukan masa. Ammar banyakkan bersabar ye" Senyuman terukir di bibir jejaka itu.

"Okay Makwan" Makwan membalas senyuman itu."Makwan keluar dulu la ye. Apa-apa panggil Makwan"

"Baik makwan"

Ya Allah aku sayangkan dia. Tetapi kenapa susah sangat dia mahu menerima aku? Tolong aku Ya Allah. Kata Ammar di dalam hatinya.

"Mak.. Bila kita nak jumpa along mak? Dah lama kita tak jumpa along. Mia rindu along" Ujar Mia kepada Puan Nuha.

Mia Aisyah anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Yang sulung adalah Ammar Haqeem dan kedua adalah Aidan Haqimi.

"Entah mak. Bila kita nak jumpa Along? Angah dah tak sabar ni nak jumpa along." Kata Aidan pula.

"Nanti kita jumpa Along eh? Sekarang ni kita duduk sini dulu" Balas Puan Nuha.

"Kenapa ni? Rindu along ke?" Celah Datin Haila.

"Eh Datin"

"Ishh takpayah la panggil Datin ni bagai. Kita kan dah jadi keluarga dah. Panggil je Haila." Puan Nuha membalas senyuman.

Dia juga malu bila menumpang dirumah keluarga menantunya. Kalau diikutkan dia mahu sahaja duduk dirumah kecilnya tetapi Datin Haila mengajaknya tinggal sekali apabila mendapat tahu bahawa dia berpenyakit dan harus membuat pembedahan secepat yang mungkin.

"Ni esok aunty bawak korang pergi beli baju nak?" Serentak Mia dan Aidan mengangguk.

"Nak!"

"Mia Aidan kan mak dah cakap jangan susahkan aunty Haila. Kalau nak ikut boleh tapi jangan minta yang mahal-mahal tau mak takde duit sangat nak bayar balik" Tegur Puan Nuha. Aidan dan Mia menunduk.

"Takpelah beli je apa-apa. Cakap je nak apa esok kita pergi beli. Aunty tak kisah korang nak beli apa pun. Sebab aunty dah anggap Mia dengan Aidan dah macam anak sendiri. Kita kan keluarga. Duduk je sini dengan aunty. At least adalah suara budak-budak dalam rumah ni kalau tak sunyi la jadinya" Mereka tergelak kecil.

"Ni Nuha aku nak pergi masak sekejap. Kau kena rehat tau"

"Biar la aku tolong na"

"Takpayah la kau kena banyak rehat tau. Biar aku je pergi masak denga bibik-bibik tu. Duduk tau" Puan Nuha mengalah. Sekali sekalas mengalah dengan besan sendiri takpelah.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant