𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚| Special Chapter 2

1.4K 33 3
                                    

"Selamat hari raya maaf zahir dan batin ibu. Qiera minta maaf kalau selama ni Qiera ada buat salah dengan ibu. Qiera minta maaf ye? Kosong - kosong" Ujarnya lalu mengucup tangan Adira.

"Selamat hari raya anak ibu. Ibu pun nak minta maaf kalau selama ni ibu ada buat salah dengan Aqiera sedangkan Aqiera takde buat salah pun dengan ibu. Kita kosong - kosong ye?" Aqiera mengangguk pantas. Seraya itu tangan membuat bentuk peace ✌

Adira melabuhkan kucupan hangatnya di atas dahi si Aqiera.

"Nah untuk Aqiera. Duit raya yang special untuk Aqiera Hafia" balas Adira. Tangan mengambil sampul disebalahnya lalu diberi kepada Aqiera.

Aqiera mengambil huluran tersebut. Lalu ketepi untuk memberi ruang kepada adik - adiknya pula.

"Mat yi ya-ya (selamat hari raya)" kata si kecil Amar. Kecik - kecik dah pandai. Besar - besar nanti mesti lagi pandai.

"Selamat hari raya" dikucupnya dahi si Amar.

Kemudian setelah diberinya duit raya terus giliran si kecil Amira.

"Am-at ari a-ya (selamat hari raya)" kata sikecil Amira. Adira tertawa kecil. Aduhai la gelagat si kecil ni. Sama je macam lagi seorang tu si kecil Amar.

Diberinya duit raya lalu dilabuhkan kucupan di dahi Amira.

"Wow! Rm 1000 ringit la! thank you ibu! Sayang ibu" dipeluknya tubuh si ibu dengan erat. Rm 1000 ringit kut. Mak aii.

"You're welcome darling. Love you too" melebar senyumannya melihat gelagat anak - anaknya.

Kalau la Ammar ada lagi...

"Sayang... jom kita dah lambat ni nak pergi melawat kubur abi." panggil Adira. Aqiera mengangguk. Si kecil pula sudah pun pandai berjalan cuna masih lagi dengan pelatnya.

Aedy yang baru sahaja tiba di perkarangan rumah Adira terus keluar dari perut kereta dan mengetuk pintu rumah Adira. Pintu dikuak olehnya sendiri kerana tidak berkunci. Dia menapak ke dalam untuk menolong adiknya membawa twins.

Usai sahaja mereka sampai di tanah perkuburan Adira mengambil nafas dahulu lalu dihembus kembali. Dia keluar dari perut kereta.

Pusara arwah Ammar dihampiri. Dia mengukir senyuman tawar. Yang lain sudah sampai terlebih dahulu. Mereka menanti akan Adira dan anak - anaknya sampai.

Adira melabuhkan punggung di atas tikar. Lalu air mata jatuh jua kepipi.

"Assalamualaikum abang... Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Adira datang bawak Aqiera dengan twins. Adira minta maaf kalau selama ni Dira ada buat salah dengan abang. Dulu Dira khilaf sangat. Dira pukul abang. Dira..." terhenti percakapan Adira tatkala air mata mengalir. Dia tidak mampu. Tidak mampu untuk menghabiskan ayat.

Sakit yang dilaluinya kehilangan dua orang yang dia sayang sangat la sakit. Kehilangan umi tercinta dan suami yang tercinta.

Sakit. Sangat sakit.

Pedih!

Nafas diambil dengan beratnya "Dira sayangkan abang. Abang tenang la ye? Dira cintakan abang... terima kasih sebab bagi Dira peluang untuk menjaga abang walaupun hanya untuk sementara sahaja. Terima kasih Ammar Firhan Haqeem. Tenang la disana wahai Malaikat-Ku..."

Walaupun mereka tidak bersatu didunia tetapi mereka akan bersatu di Syurga-Mu Ya Allah.

Terima kasih kerana memberi ku peluang untuk bersama dengannya. Aku cintakannya Ya Allah. Selamat tinggal buat selamanya wahai Malaikat-Ku, Ammar Firhan Haqeem...

Kisah kita berakhir disini...

Cinta sementara

Cinta terakhir

Dan Cinta selama -lamanya.

Pertemukan aku dengannya di Syurga-Mu Ya Allah...

𝑻𝑨𝑴𝑨𝑻

Alhamdulillah

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Alhamdulillah... kini tamat la sudah Special chapter untuk MTAS. Dengan ini maka berakhir kisah diantara mereka. Terima kasih diucapkan pada semua yang sudi membaca, vote dan comment. Walaupun susah unuk lepaskan story ini tetapi saya harus ke karya seterusnya. Selagi saya masih ada idea saya akan terus bekarya. Terima kasih lagi sekali!

Jumpa di next story saya iaitu sambungan dari MTAS KE MTAH.

MR. TENGKU AQIERA HAFIA

See yea 💖

Assalamualaikum

Love, AlessVix

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt