𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 32 | percaya

967 59 2
                                    

Tiga minggu kemudian

Adira sudah boleh pulang dan mereka juga telah pun balik ke Malaysia. Dan tempoh tiga minggu ini Adira selalu merayu kepada Ammar agar memberinya peluang kedua. Namun, Ammar masih dengan egonya, dia taknak dipermainkan lagi. Medina juga telah pun balik ke Malaysia seminggu sebelum mereka balik ke Malaysia. Medina masih sama, plannya adalah untuk merampas Ammar.

Adira duduk dibirai katil usai menghabiskan solat subuh berjemaah. Dia merenung wajah Aqiera. Matanya dan hidungnya ikut Ammar dan yang lain semua ikutnya. Adira mencium pipi gebu Aqiera.

"Comelnya la anak ibu ni. Menyesal ibu tinggalkan Aqiera dengan abi. Ibu tak patut buat macamtu. Semua ni salah ibu." Gumam Adira perlahan. Kenapa Ammar langsung tidak memberinya peluang?

Salah lagi kah dirinya? Dia tahu dia khilaf. Kenapa Ammar membuat dirinya sebegini? Sudah berkali - kali dia meminta Ammar memberinya peluang namun tidak dibalas malahan menukar topik. Tempoh tiga minggu ada la masa yang panjang baginya untuk merayu kepada Ammar, tetapi Amnar tetap dengan egonya. Dia tidak marahka Adira namun, dia cuma mahu melihat sejauh mana Adira mampu bertahan dalam hubungan mereka.

Tuk tuk tuk

Adira tersentak dari lamunannya, dia menoleh, pintu dikuak dari luar.

"Sorry kacau, awak okay? Awak nak rehat? Kalau awak nak rehat Fia boleh tidur dengan saya" Kata Ammar dengan perlahan supaya Aqiera tidak terjaga.

Adira menggeleng "It's okay Fia tidur dengan saya je. Selamani kan awak jaga dia biarla saya jaga dia pula" Ammar mengangguk kan aje.

"Okay, saya keluar dulu"

"Ammar..." langkah Ammar terhenti apabila Adira memanggilnya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Adira. "Ye?"

Adira bangkit dan menerpa ke arah Ammar.

"Awak percayakan saya kan?..." jelas di wajah Ammar yang dia kelihatan keliru "Atau.. Awak percayakan apa yang Medina cakap?" Ammar tidak membalas. Dia mengambil keputusan berdiam sebelum menggeleng atau mengangguk.

"Ammar... Apa yang Medina cakap tu semua tak betul. Saya sendiri nampak dengan mata saya yang... Medina tidur dengan bekas teman lelaki saya. Sumpah saya cakap benda yang betul. Medina tidur dengan Syed. Saya sendiri nampak. Apa yang Medina cakap tu semua tak betul. Tolong Ammar percayakan saya" Rayu Adira. Ye, dia cakap benda yang betul tetapi Ammar langsung tidak mengatakan iya atau sebaliknya lebih kepada mempercayai kata - kata Medina.

Flashback

Di sebuah Cafe, Ammar berjumpa dengan Medina atas kerana mahu menyoal apa yang dikatakan Adira. Tetapi Medina berkata dia tidak pernah tidur dengan lelaki lain. Namun, Adira berkata Medina tidur bersama Tengku Syed.

"Ammar tolong percayakan saya, saya tak buat semua tu. Apa yang Adira cakap pasal saya semua tak betul. Saya tak pernah tidur dengan mana - mana lelaki. Saya hanya setia menunggu awak itu sahaja Ammar. Ammar jangan percayakan Adira tapi tolong percayakan Medina, Ammar" ujar Medina seraya itu mata nya berlinang.

Ammar keliru mahu mempercayai siapa. Adira atau Medina? Yang mana dia harus percaya?

End Of Flashback

"Saya sayangkan awak Ammar. Tolong percayakan saya. Saya janji takkan sia - sia kan peluang kalini. Please Ammar. I'm begging on you. Please" Ammar tidak membalas selainya dia melangkah keluar tanpa berkata - kata.

Mutiara jatuh menitis ke atas pipi dan Adira menoleh ke arah Aqiera yang sedang lena. Dia menghampiri Aqiera. Rambut Aqiera dielus lembut.

"Argh! Bodoh!" bentak Medina. Raisha, Munirah dan Cyra hanya menadah telinga sahaja mendengar maki carut yang keluar dari mulut Medina.

"Yang kau ni memberontak ni asal?" tanya Cyra.

"Kau tahu tak yang aku ni hampir kantoi dengan Ammar? Semua sebab perempuan tak guna tu la!" Cyra tersenyum sinis.

"Relax la. Kita ada empat orang dan dia hanya seorang sahaja. So senang la kita nak jatuhkan dia" Ujar Raisha.

"Dengan pertolongan dari Cyra kita mampu untuk jatuhkan Tengku Adira Sofia" Kata Munirah pula. Cyra tersenyum sinis dari tadi.

"Now korang perlukan aku untuk jatuh kan Adira. So.. It's time for me to comeback"

It's time for her to comeback to this story, Cyra Eleoner.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now