𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 11 | Curang

1K 56 3
                                    

"Ya Allah Adira. Apa Adira buat ni" Celah Ammar apabila melihat Adira yang dalam keadaan mabuk seraya itu duduk di peha seorang lelaki.

Lelaki itu. Dia tidak kenal langsung siapa lelaki itu. Tiba-tiba sahaja lelaki itu menjejak kaki di dalam rumah mereka.

Adira berpaling pada Ammar yang sudah kelihatan kecewa itu.

"Sibuk la kau ni" Balas Adira. Nada dia cukup menahan amarah.

"Kau siapa?" Soal Ammar kepada lelaki itu.

"Aku Aryan. Maksud aku Tengku Syed Aryan Ezekiel. Boyfriend Adira" Perkenal Tengku Syed. Belakang tubuh Adira digosok perlahan.

"Sayang, jom kita pergi jalan-jalan nak? Bosan la duduk dekat rumah you dengan lelaki tak guna tu" Sinisnya.

Adira tersenyum sinis "Sure i pun bosan nak duduk dengan lelaki cacat tu" Ammar terasa hina dengan percakapan Adira. Ye dia tahu dia tidak sempurna. Tetapi dia adalah lelaki yang setia dan penyabar.

Adira dan Tengku Syed bangkit dan melangkah pergi. Mereka berpeganggan tangan.

Pintu dikuak menandakan mereka keluar meninggalkan Ammar bersendirian dirumah "kenapa Adira? Kenapa sampai macam ni sekali Adira buat Ammar? Adira sanggup curang belakang Ammar?" Kata Amnar kepada dirinya sendiri.

Sungguh dia terluka dengan apa yang terjadi.

"Kau dengar sini April mulai sekarang aku taknak tengok muka kau lagi. April Syuhada binti Muiz, aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Dang!

April tergamam.

Dia memandang anak perempuannya dan juga suaminya silih berganti. Hatinya bagaikan ada panah petir menyambar.

"Kau boleh berambus dari sini!" Kata lelaki misteri itu. April Syuhada menangis teresak-esak apabila dia dihalau tanoa belas kasihan.

"Abang.. Tolong maafkan April. April tahu April salah. April cintakan abang hisk hisk" Kata April teresak-esak memohon rayuan. Tetapi langsung tidak diendahkan oleh lelaki itu.

"Cinta? Eh pergi mampus la! Kalau kau cintakan aku. Kau takkan curang dengan aku la sial!"

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus gadis itu. April memegang pipinya yang berasa sakit apabila dilempang oleh lelaki itu.

"Aku sendiri akan jaga Haura. Dan aku takkan sesekali biarkan Haura jatuh ketangan kau. Dasar perempuan murah!" Tengking lelaki itu dengan lantang. Bahu April terhinjut. Haura yang berada disebelah babanya hanya berdiam melihat ibunya menangis.

"Kau bukan ibu yang baik April. Kau sanggup curang dibelakang aku. Tak cukup ke aku bagi kau semua benda yang aku ada. Duit, kasih sayang apa lagi yang tak cukup April. Dah la kau ambil semua pakaian kau kau berambus dari sini. Aku benci nak tengok muka kau. Pergi!" Lelaki itu mengheret April keluar dari rumah itu. April merayu-rayu supaya dia tidak diheret keluar dari rumah itu.

"Abang jangan buat April macam ni. Sakit abang" Teriak April.

"Diam la! Harap je bertudung tapi perangai macam lahanat! Berambus kau!" Jerkahnya. Pintu ditutup rapat. April tidak sempat mahu melihat anaknya. Pintu diketuk banyak kali sambil esakan. Tetapi lelaki itu hanya mengendahkan sahaja. Dia mendukung anaknya jauh dari pintu itu.

April terlorot jatuh ke atas tanah. Pintu masih lagi diketuk-ketuknya. Mutiara jernih mengalir deras.

Dia tidak dapat menerima bahawa dia sudah tiada di hati lelaki itu. Dia sudah dibuang. Tetapi itu adalah karmanya merana curang dibelakang suami sendiri. Sedangkan suami kaya, handsome, hati baik. Tapi apa yang tak cukup lagi? Kenapa dia sanggup memilih untuk curang?

Ammar dirumah hanya menanti kepulangan Adira. Sekarang sudah malam, Adira langsung tak  balik ke rumah. Kemanakah dia pergi?

Pintu dikuak. Ammar terus berpaling pada pintu dan kelihatan Adira dalam keadaan mabuk "Adira" Sapa Ammar. Dia menolak-nolak kerusi rodanya menggunakan tanggannya sendiri.

Dia menghampiri Adira. Adira yang dalam keadaan mabuk terus menghampiri Ammar dan duduk di atas peha Ammar. Ammar terkaku kerana Adira mendekatkan wajahnya dengan dia.

"Ammar? Handsome" Kata Adira dalam keadaan mabuk. Dia tersenyum melihat Ammar yang seakan tergamam itu.

"Jangan la takut. Aku nak cium kau je" Terbeliak mata Ammar apabila Adira berkata sedemikian bergitu.

"Ya Allah Adira. Adira pergi club lagi ke? Adira mabuk kan? Sudah-sudah la Adira. Jangan buat dosa lagi. Jangan pergi club tu lagi. Berdosa Adira" Kata Ammar dengan nada lembut dan tenang.

"Bising la kau ni. Dah la aku nak cium kau je" Kata Adira.

Ammar menggeleng. Bukan dia taknak. Kalau dia cium isterinya apasalahnya dah nama pun isteri. Tapi dia taknak jika Adira sedar dari keadaan mabuk mesti dia rasa hina.

Tanpa membalas apa-apa Adira pantas mencium bibir merah Ammar.

Cup!

Ammar tergamam.

Benarkah apa yang dilihatnya?

"Now i want to sleep. Goodnight little boo" Kata Adira seraya itu mengucup lagi bibir Ammar.

Cup!

"Goodnight" Kata Adira selepas itu dia bangkit dan melangkah naik ke atas.

Goodnight. Balas Ammar di dalam hati.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

Sebelum ke bab seterusnya Sya nak minta maaf kerana Sya sekarang demam jadi Sya akan update tak update macamtu. Sorry guys ✌

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now