𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 42 | Sakit

994 59 6
                                    

"Abang makan la sikit please. Dira taknak abang sakit" kata Adira dengan dicelah tubir matanya berair.

Ammar tersenyum hambar seraya itu menggeleng.

"Abang tak lapar sayang. Eh what's wrong? Hmm sayang?" Ammar mengerut dahi. Pelik. Kenapa isterinya tiba - tiba sahaja menangis?

Dengan pantas Adira meletak bubur tersebut lalu dipeluknya tubuh Ammar dengan erat. Dia menangis di dalam pelukan Ammar. Selama ni dia bertahan untuk menjaga Ammar. Dia taknak keluarkan air matanya dihadapan Ammar disebabkan Ammar ada penyakit. Dia taknak nampak lemah. Tetapi di dalam hatinya? Dia lemah. Dia taknak kehilangan orang yang dia sayang lagi.

"Dira taknak hilang abang... hisk hisk. Dira... dira tak mampu" ujarnya dengan akhirnya dia menangis jua apabila teringat akan apa yang dicakap oleh doctor Riz.

"Sayang... cuba bagitahu abang. Kenapa sayang tiba - tiba je nangis ni? Abang sihat la" nafi Ammar. Dia masih tidak faham kenapa isterinya menangis.

"Kenapa abang tak bagitahu Dira yang abang hisk kanser otak? Dira... dira tak mampu untuk hidup tanpa abang hisk hisk" rintih Adira.

Ammar tergamam. Dia dah tahu...

Ammar pantas melabuhkan kucupan di atas dahi Adira. Dia seakan terkaku seribu bahasa. Kenapa sekarang? Kenapa tidak selepas dia pergi? Kenapa sekarnang sewaktu isterinya berbadan dua?

Ya Allah... rintih Ammar di dalam hati.

"Abang janji kan yang abang takkan tinggal kan Dira dengan anak - anak, kan?" Soal Dira dengan nada sayu. Dia memandang tepat dalam anak mata Ammar seraya itu menunggu jawapan.

"Sayang... dengar ni. Abang cuma tak tahu kalau abang berjaya atau tidak. Kita cuma serah pada Yang Maha Esa ye? Abang tak janji tau. Abang takut abang mungkir janji" kata Ammar. Adira sudah megalir air mata.

"Kenapa abang cakap macamtu? Abang kan dah janji yang abang takkan tinggalkan Dira. Jangan la cakap macamtu." Mata Ammar sudah berkaca. Dia takut jika dia memungkir janji.

Maafkan abang sayang...

Ammar kembali mendakap tubuh isterinya dengan erat. Seakan itu adalah pelukan terakhir kepada isterinya.

"Sayang... pandang abang. Abang minta maaf kalau abang terpaksa mungkir janji. Abang sayangkan sayang. Dan sayang kena kuat demi anak - anak kita. Demi Aqiera, demi baby and demi abang" air mata Adira mula deras. Kenapa Ammar perlu cakap macamtu? Ammar menggosok lembut perut besar Adira.

"Abang jangan la tinggalkan Dira. Dira tak kuat. Dira tak mampu hidup tanpa abang" kata Adira diiringi tangisan.

Ammar tidak berkata. Dia melabuhkan ciuman di atas ubun - ubun isterinya.

Puan Nuha yang mendengar dari tadi mampu mengalirkan air mata namun Puan Nuha menekup mulut supaya tiada sesiapa mendengar tangisannya.

Kenapa anaknya tidak memberitahu kepadanya? Dia berhak tahu semua itu, iya kerana dia adalah ibu kepada jejaka itu. Puan Nuha yang sudah terlorot jatuh itu tidak mampu lagi menekup mulutnya. Adira meleraikan pelukan. Semua disitu yang mendengar tangisannya turut berpaling.

"Mak?"

Puan Nuha bangkit. Dia menyeka air matanya yang mengalir lalu menghampiri anaknya di atas katil ward itu.

"Haqeem..." Puan Nuha terus mendapatkan tubuh anak lelakinya itu.

Tangisan yang diiringi oleh Puan Nuha semakin kuat. Ya Allah selama ini dia yang sakit dan sekarang anak lelakinya pula. Ammar Firhan Haqeem. Semua disitu turut menapak ke dalam bersama riak wajah sayu.

"Kenapa Haqeem tak bagitahu mak yang Haqeem sakit? Tahu tak hati mak ni macam mana bila dapat tahu anak mak kanser otak? Sakit Haqeem. Mak taknak hilang kamu. Mak sayangkan kamu" Kata Puan Nuha diiringi tangisan. Mia dan Aidan juga turut menghampiri Puan Nuha. Belakang tubuh Puan Nuha digosok Aidan perlahan.

Mia dan Aidan juga turut mengalirkan air mata. Kenapa Tuahn uji abang mereka sampai macamni sekali? Mereka pun taknak kehilangan abang mereka.

"Bang... kau tahu tak? Selama ni kan mak sakit dan kau yang jaga mak tapi sekarang kenapa kau pulak yang sakit? Aku taknak hilang kau do bang. Aku sayangkan kau. Kita orang semua sayangkan kau. Mak, aku, Mia, Kak Dira dan semua sayangkan kau. Apa pun kau kena kuat bang. Aku percaya dekat kau yang kau kuat hadapi semua ni" Bicara Aidan bersama air mata. Dia cuba untuk tidak mengalirkan air mata namun dia tidak dapat pertahankan air mata dari mengalir.

Ammar tersenyum pahit. Dia juga akan rindukan adiknya itu. Mia, Aidan. adik - adiknya yang dia sayang

"Abang sayangkan kau Dan. Aku cuma nak kau tahu yang... kalau apa - apa terjadi pada aku, kau yang akan gantikan tempat aku untuk menjadi ketua keluarga. Kau lelaki dan kau akan faham bila besar nanti" Kata Ammar. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata.

Aira mendakap Adira yang sudah dibanjiri air mata. Giliran Mia pula yang menghampiri Ammar. Tubuh abangnya itu dipeluk bgi melepaskan rindu.

"Mia sayang abang. Mia taknak hilang abang macam mana kita hilang abah. Mia taknak abang mati. Mia taknak orang yang Mia sayang pergi dari hidup Mia. Dulu abah dan sekarang takkan abang pula? Mia taknak!" Ujar Mia. Matanya mengalirkan air mata. Ammar menggosok belakang tubuh adik perempuannya. Kemudian Mia sendiri meleraikan pelukan.

"Abi..." panggil Aqiera. Ammar menoleh. Aqiera menhampiri Ammar. Aedy menolong Aqiera naik ke atas katil ward tersebut.

"Ye sayang?"

"Kenapa ibu nangis? Dan kenapa tangan abi ada jarum - jarum tu?" Tanya Aqiera. Ammar memandang sekilas isterinya yang sudah dibanjiri air mata.

"Umm.. Ibu... mana ada ibu nangis la sayang. Tengok tu ibu mata dia masuk habuk. And abi kan dalam hospital mesti la tangan abi ni ada wayar - wayar, jarum - jarum ni semua" kata Ammar. Aqiwra meng'o'kan sahaja. Amamrtersenyum pahit. Setelah itu dia melabuhkan ciuman di atas dahi anak perempuannya.

"Fia... boleh tak kalau abi nak minta Fia jadi kuat untuk ibu? Mana tahu lepasni abi takde boleh la Fia tengok - tengokkan ibu. Boleh kan?" Aqiera mengangguk pantas.

"Boleh!" Ammar tersenyum manis.

"Goodgirl" balas Ammar

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now